Salam...
Kebelakangan ini, saya sering terbaca posting di beberapa blog berkenaan kewujudan penceroboh (hacker) yang aktif menceroboh dan merampas blog orang lain. Amaran kepada para pemilik blog lain turut diberikan agar tidak terjatuh ke dalam perangkap yang dibuat oleh penceroboh berkenaan. Sedikit sebanyak, amaran ini telah mencetuskan panik di kalangan penulis blog.
Tidak pasti apakah motif pencerobohan dilakukan tetapi daripada posting yang disiarkan dan dinyatakan oleh pemilik blog yang berkaitan, blog penceroboh berkenaan memaparkan tulisan yang lebih berunsur dendam dan ugutan. Terdapat juga senarai blog yang sudah dirampas dalam profail penceroboh berkenaan (user profile).
Mula-mula lihat pada alamat URL seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas. Sekiranya alamatnya adalah http://blogger... , sila tinggalkan halaman berkenaan kerana inilah halaman tiruan yang dibuat penceroboh untuk memerangkap mangsa. Jangan sesekali anda memasukkan maklumat Email dan kata laluan anda di kotak biru sebelah kanan halaman berkenaan. Dikhuatiri blog anda akan 'dirampas'.
Berbeza dengan halaman sebenar yang telah di halaman Google (lihat di bawah):
Di halaman sebenar Google, sekiranya anda ingin ke bahagian email, anda boleh pilih untuk klik butang Gmail atau Sign In (hypertext sebelah kanan sekali bawah Toolbar)
Lihat alamat URLnya, bermula dengan https://www.google...... Huruf s di hujungnya bermaksud secured (dilindungi). Bermakna anda selamat untuk masuk ke akaun anda (lihat kotak biru sebelah kanan). Terdapat mesej menyambut kedatangan pengguna ke halaman Google pada bar biru (Welcome to Gmail). Begitu juga jika anda klik pada butang Sign In, anda akan dibawa ke halaman ini:
Persamaan dengan kes sebelum ini.
Terdapat juga blogger lain yang memberikan peringatan mengenai penceroboh kali ini. Mungkin lebih jelas mengenai profailnya. Anda boleh baca di sini dan di sini.
Terfikir juga saya, apa salah kita semua selaku penulis blog di Malaysia ini sehingga didendami sedemikian rupa? Pesanan saya, berhati-hatilah agar tidak menjadi mangsa. Buatlah baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali..




4 comments:
semua blogger perlu berhati2 sekarang ini...
terima kasih di atas peringtn ini..
kalau sifat hasad dengki itu menebal dlm diri..mcm ni la jadinya...x mengapalah jika kini dia mampu tersenyum puas si atas kejatuhan org lain..
esok lusa....giliran dia pula... :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
SERANGAN MALWARE
orang jahat ni buat jahat kat orang yang tak sepatutnya..
ingat dah pandai sangat la tu..
salam
terimakasih atas peringatan ini...kdg2 bila nak sign in..tak terperasan pulak benda2 mcm tu...dek kelalaian sendiri..akhirnya rugi..
thnkz blade! aku dh bagithu dalam blog aku dah....
Post a Comment