MY FOLLOWERS

Monday, September 20, 2010

Artikel - Attacked Page!!

Credits to: Google, Farah Liyana


Salam... pagi ini sewaktu saya membuka satu blog, untuk kali pertama saya mendapat mesej AMARAN daripada Google yang memberikan peringatan mengenai tahap keselamatan laman web yang dilayari. Terkejut saya, ingatkan laman blog berkenaan atau mungkin blog saya menjadi mangsa terbaru pihak tidak bertanggungjawab menceroboh (hacked) dan melakukan kerja khianat. Saya pernah membaca peringatan pencerobohan sebegini daripada blogger lain sebelum ini. Apabila saya cuba melayari blog yang ingin dilawati, halaman berikut dipaparkan (alamat url blog berkenaan dipadamkan): Klik pada rajah untuk lebih jelas




Rajah 1


Perhatikan, di atas kotak merah amaran berkenaan terdapat 2 butang - Get me out of here! dan Why was this page blocked? Apabila anda klik pada butang Get me out of here!, anda akan keluar semula ke halaman default untuk browser anda dan jika anda klik pada Why was this page blocked? anda akan dibawa ke halaman seperti di bawah:



Rajah 2


Disarankan agar anda baca dahulu notis yang diberikan untuk memahami sedikit sebanyak akan apa yang berlaku. Segala tindakan daripada Google adalah sebahagian usaha untuk melindungi privasi anda ketika melayari halaman berkenaan. Jangan nanti sudah terhantuk baru terngadah, memahaminya dari peringkat awal adalah lebih baik.

Pada bahagian bawah kanan kotak merah berkenaan (lihat Rajah 1), terdapat teks bersaiz kecil bertulis Ignore this warning. Anda boleh klik dan mengabaikan amaran ini, tetapi sejurus anda dibawa ke blog atau halaman berkaitan, toolbar merah turut dipaparkan (lihat anak panah)


Rajah 3


Justeru, saya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini. Saya sarankan anda semua (pembaca dan followers) agar mengambil tindakan yang sama. Terima kasih banyak-banyak kepada yang telah memberi peringatan.


Updates
Hari ini ada lagi maklumat terbaru berkenaan pencerobohan (hacking) pihak tidak bertanggungjawab seperti yang saya tulis di atas. Anda boleh klik pautan di bawah untuk maklumat selanjutnya. Sila klik pada gambar yang disertakan untuk lebih jelas.



Semoga kita semua selamat daripada semua gangguan pihak tidak bertanggungjawab. InsyaAllah...