Gambar ihsan Yahoo
Salam...
Hari ini 8.12.2010. Sambil menyiapkan tugasan, saya melayari internet seperti biasa. Kebiasaannya untuk mencari bahan untuk dibaca. Berikut adalah halaman utama Yahoo sewaktu saya melayarinya pagi ini.
Bagaimanapun, saya sedikit hairan. Barangkali kerana perkara sebegini belum pernah berlaku setiap kali saya melayari internet. Sebagaimana yang anda dapat lihat dalam gambar yang disertakan di bawah. Gambar berita terkini adalah karakter dari permainan video World of Warcraft, tetapi tajuk yang disiarkan adalah berbeza. Tajuk berita di petak pilihan kecil adalah sama dengan gambar yang dipaparkan. Saya telah tandakannya dengan kotak merah.
Klik pada gambar untuk lebih jelas
Apabila saya klik pada ayat bersaiz kecil yang berwarna biru (lihat dalam kotak merah besar dalam gambar di atas), saya dibawa ke halaman berikut seperti di bawah.
Klik pada gambar untuk lebih jelas
Bukanlah berita berkaitan John Lennon sepertimana tajuknya, tetapi berita berkaitan World of Warcraft disiarkan sebagaimana gambarnya di halaman Yahoo.
Sehebat mana pun teknologi yang dibangunkan, kesilapan tetap berlaku walau sekecil mana pun, kerana yang menguruskan segala teknologi itu juga adalah manusia.


1 COMMENTS:
eyh?tapi td masa sy baca still ada pasal john lennon tu ^^ masalah teknikal lah tu =)
Post a Comment