Credits to: diri sendiri jer...
Sepanjang bulan Mei ni, saya dah semakin sibuk dengan macam-macam kerja. Tak terhad di pejabat sahaja, yang kerja sampingan tu pun sama la. Di pejabat, bos cari untuk macam-macam urusan. Kadang-kadang bukan untuk apa pun, cuma kerja yang ringan sikit walaupun sekadar temankan pergi ke bandar Kuala Terengganu untuk duduk dalam kereta!
Itu semua untuk elak daripada kereta kena kompaun atau saman daripada MBKT. Penguasa MBKT memang pantang kalau tengok mana-mana kereta yang tak ada sesiapa diletak di tempat larangan parking. Biasanya, kalau tak ada orang akan adalah kertas merah MBKT. Kalau kena kompaun, nak selesai pulak satu hal. Silap haribulan kena naik tingkat 4 Menara PERMINT untuk bayar..Sabor jer..
Penat giler naik tangga....
Sepanjang bulan ni, diari saya penuh dengan macam-macam hal la! Sekali tengok dah bertindih-tindih dengan kerja pejabat dengan yang sampingan. Campur pulak dengan conteng nombor-nombor telefon orang, jadi makin serabut pulak...Senarai peralatan kena bawa ke tapak projek, urusan dengan JKR, jadual temuduga, orang perlu dihubungi, dan banyak lagi..Tu la semua urusan yang saya terpaksa hadapi dan selesaikan segera. Tiap-tiap hari kebelakangan ni pun macam ni, sampaikan orang rumah pun sekali-sekala merungut. Kita ni yang sudah letih setiap hari lepas pulang dari kerja jadi semakin letih. Malas nak bercerita panjang, senyapkan sahaja sudahlah.
Dari minggu lepas pula, lagi bertambah sibuk. Kadang-kadang kita tengah bercakap di handpon, ada pulak yang telefon dari telefon pejabat untuk cakap dengan kita. Hari ini pun jadi macam tu. Terus tak angkat!! Sebelum ni, oleh kerana sibuk sampai tak menang tangan, kita pesan jer kat kawan lain yang tolong angkat telefon tu suruh beritahu yang kita tak ada! Mana tidaknya, orang yang selalu jadi 'opis boy' tak ada pulak hari ini. Mesyuarat kat lokasi lain. huhuhu...Jadi, kita yang tinggal inilah yang kena suruh. Terpaksalah memandu ke banyak tempat untuk bereskan bil dan cukai-cukai. Mula-mula, kena pergi ke bank untuk tunaikan cek. Lepas tu, kena naik ke tingkat 12 Menara PERMINT untuk bayar cukai-cukai taksiran dan bil pungutan sampah. Tapi alhamdulillah, pejabat pos di pasaraya Giant yang dekat tu memudahkan sedikit urusan ini.
Hari ini kena ke TLDM pula, jumpa pegawai bertugas untuk minta tandatangan dan cop pada borang TNB sebelum ke bandar untuk berurusan di pejabat TNB. Malangnya, borang TNB pun tak boleh dihantar lagi!!! Tak boleh beres jugak lagi. Nombor telefon pemohon dengan setem hasil pun tak bubuh lagi...huhuhuhu... Nampak gayanya, kena pergi semula ke TNB esok untuk urusan ni. Ini baru dua borang, ada 2 lagi yang perlu diberes tapi terpaksa tangguh dulu untuk beri laluan kepada TNB untuk laksanakan tugas mereka di tapak projek dulu. Kaki pun dah letih, kena balik dulu....
Kerja pun kerja juga, sampai masanya kenalah berehat....




