MY FOLLOWERS

Thursday, September 30, 2010

Artikel - Konspirasi Dunia: Pendominasian Surah Al-Baqarah ayat 278-281 (Bhgn 1)

Credits to: Wake Up Project


Salam...



Saya mulakan artikel dengan mengambil petikan ayat al-Quran dari surah al-Baqarah 278-281 mengenai riba`:

"Hai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahwa Allah dan Rasulnya akan memerangimu.

Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba),maka bagimu pokok hartamu;kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran,

maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya,sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya." (Surah al-Baqarah: ayat 278 - 281)



Mungkin anda pernah terbaca pada artikel-artikel yang lalu mengenai Benedectine Order dan Last Pope serta misi mereka. Kali ini kita akan cuba mengupas mengenai misi mereka mendominasi ayat di atas dan kaitannya dengan riba.

Moga-moga Pengenalan yang ringkas ini dapat memberi gambaran isu riba dalam syariat Islam.

Memahami riba merupakan asas terpenting dalam kehidupan seorang muslim, kerana isu ini adalah isu besar, jika kita tidak mengetahuinya, bermakna kita cuba meletakkan diri kita dalam mengisytiharkan Perang kepada Allah.


Walaupun isu ini sangat penting tetapi tidak diketahui secara betul oleh majoriti umat Islam. Kebanyakan orang mengenali riba hanya sebagai bunga (interest). Sedangkan realitinya riba adalah lebih kompleks. Silap faham ini bukan sahaja kerana silap kiraan tetapi hasil dari pembelajaran dan doktrin palsu yang membawa kepada kejatuhan kuasa politik ummah yakni Khilafah Islamiah dan proses Islamisasi atas pembaharuan yang datang berikutnya.

Riba sangat jauh bertentangan dengan jual beli. Melalui riba, satu pihak akan menindas satu pihak yang lain, sedangkan jual beli memberikan dua-dua pihak keuntungan.

Sebagai permulaan, bagi memahami realiti riba, kita perlu mengetahui takrifan bagi kedua-duanya, mari kita lihat maksud al-bai’ (jual beli) dan riba dalam jual beli.


Dari Kitab Fathul Muin : Albai’(jual beli)

Dari segi bahasa ‘jual beli’ ialah menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain. Menurut syarak ialah menukar harta dengan harta pada wajah tertentu.

Riba dari segi bahasa bermaksud “lebihan”dalam bahasa Arab. Qadi Abu Bakr ibn al-Arabi, di dalam Tafsir “Ahkamul Qur’an” mendefinasikan riba sebagai: setiap lebihan antara nilai barang yang diberi dan nilai yang diterima.


Lebihan ini merujuk kepada dua perkara:

1. setiap lebihan, manfaat hasil dari penambahan yang tidak ketentuan dalam timbangan dan ukuran.
2. setiap lebihan, manfaat dari ketidaktentuan yang datang dari penangguhan.


Jual beli riba (Bai’ ribawi): Jual beli riba hanya terjadi pada dua hal:

1. Makanan: spt. gandum, sya’ir, kurma, anggur, garam, beras, jagung, ful
2. Nuqud: Emas dan Perak - Walaupun dalam bentuk bahan seperti perhiasan emas dan perak.




Dua aspek ini membawa ulamak kita mengkategorikan riba kepada dua jenis.

Ibn Rushd berkata: “Fuqahak bersependapat bahawa riba di dalam jual beli (perniagaan) ada dua jenis: penangguhan (nasi’ah) dan lebihan yang ditetapkan (tafadul)”

Dengan maksud, ada dua jenis riba:

1. Riba al-Fadl (lebihan dalam penambahan)
2. Riba al-Nasiah (lebihan melalui penangguhan)

Riba al-fadl merujuk kepada kuantiti/bilangan/berat.

Riba al-nasiah merujuk kepada masa yakni penangguhan.


1 – RIBA AL-FADL

Riba al-fadl sangat mudah untuk difahami. Dalam pinjaman, riba al-fadl adalah interest/bunga yang dikenakan sebagai lebihan atas pokok. Tetapi secara umumnya ia bermaksud satu pihak meminta penambahan dari nilai yang diberi.

Satu pihak memberi sesuatu dengan nilai 100 bagi pertukaran sesuatu yang bernilai 110.

Ini termasuk juga yang dilarang apabila dua transaksi jual-beli (aqad) dihubungi dengan satu transaksi (aqad) – dikenali sebagai dua jual-beli dalam satu, di mana satu pihak dikehendaki menjual sesuatu pada satu harga dan menjual semula dengan tempoh tertentu dengan harga yang lebih rendah kepada penjual yang mula tadi. Sebenarnya, ini adalah dalih bagi mendapatkan pinjaman dengan bunga / interest atas nama jual beli. Tidak ada sesiapa pun yang perlukan alasan atau dalih untuk mendapatkan pinjaman terus dari Bank hari ini tetapi Perbankan Islam telah kembali kepada muslihat ini bagi memperdayakan pelanggan mereka dengan menyelewengkan makna "murabaha".


Contoh dua jual beli dalam satu:

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang dia telah mendengar bahawa Rasullullah s.a.w. melarang dua jual beli dalam satu jual beli.

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang dia telah mendengar bahawa seorang lelaki berkata kepada yang lain,

"Belilah unta ini bagi saya segera supaya saya boleh membeli dia daripada anda secara berhutang."

Abdullah ibn Umar telah ditanya tentang yang itu dan dia tidak bersetuju dan melarangnya.

Dalam permasalahan kini: Kita meminta Bank membeli rumah untuk kita dari kontraktor secara tunai (satu harga) dan kita akan membeli semula rumah tersebut dengan hutang (satu harga yang lain) dari bank. Ada dua harga yang berlaku disini. Bank hanya akan membeli rumah secara tunai jika kita membelinya semula dengan hutang pada harga yang lain. Jika tidak, jual beli tidak akan berlaku.

Apakah perbezaan antara contoh hadis dan yang sedang dibuat oleh bank-bank yang melabelkan mereka bank Islam atau cawangan islam?

Sesungguhnya, berjayalah mereka yang dapat melihat bagaimana orang islam dilibatkan dalam transaksi riba dan berusaha meninggalkannya.


Contoh Riba al Fadhl:

Penukaran emas dengan emas atau perak dengan perak.

Kitab Al Muwatta’

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Yahya ibn Said berkata,

"Rasullulah s.a.w, mengarahkan dua Saad untuk menjual becana/bekas yang diperbuat dari salah satu emas atau perak daripada harta rampasan. Mereka sama ada menjual masing-masing tiga unit-unit berat untuk empat unit berat duit syiling atau masing-masing empat unit-unit berat untuk tiga unit berat duit syiling. Rasulullah s.a.w, berkata kepada mereka, ‘Kamu telah mengambil riba, jadi kembalikan ia.' Penukaran ini melibatkan berat yang tidak sama. Antara becana atau bekas yang diperbuat dengan emas dan perak. Menjualnya dengan tidak setimpal dari segi berat syiling dinar dan dirham adalah riba."


Yahya meriwayatkan daripada Malik daripada Humayd ibn Qays al-Makki yang Mujahid berkata,

"Saya berada bersama Abdullah ibn Umar, dan seorang tukang datang kepadanya dan berkata, ‘Abu Abd ar-Rahman – Saya membentuk emas perhiasan dan kemudian menjual lebih daripada beratnya. Saya mengambil satu jumlah bersamaan kerja tangan saya.’ Abdullah melarang dia melakukan yang demikian, jadi tukang itu mengulangi soalan kepadanya, dan Abdullah terus melarangnya sehingga dia datang ke pintu masjid atau kepada binatang tunggangannya. Kemudian Abdullah ibn Umar berkata, ‘Satu dinar untuk satu dinar, dan satu dirham untuk satu dirham. Tidak boleh menambah antara mereka. Ini merupakan perintah dari Nabi kita untuk kami dan nasihat kami untuk anda.’ "


Yahya meriwayatkan daripada Malik yang dia telah mendengar dari datuknya, Malik ibn Abi Amir yang Uthman ibn Affan menyatakan,

"Rasullulah s.a.w berkata kepada saya, ‘ Jangan kamu jual satu dinar untuk dua dinar atau satu dirham untuk dua dirham' "

Apa yang kita faham dari hadis Saidina Uthman bahawa tukaran emas dengan emas dan perak dengan mestilah seimbang. Maknanya bukan menukar 1 dinar syiling emas dengan 1 dinar syiling emas. 1 dinar ialah 1 mithqal iaitu berat emas 4.25 gram tidak kira dalam apa bentuk sekalipun tukarannya mesti sama berat.

Sebab itulah syiling dinar emas mesti dalam bentuk emas 916 kerana barang kemas majoritinya adalah emas 916. Jika 2 dinar emas 999 ditukar dengan barang kemas 916 yang beratnya 8.5 gram, walaupun sama timbangan beratnya dalam tukaran, kualitinya tidak sama maka akan berlaku riba di situ.




Imam Malik berkata:

"Tiada salah dalam membeli emas dengan perak atau perak dengan emas tanpa berukuran jika ianya bukan dalam bentuk syiling atau barang kemas yang telah diperbuat. Syiling dirham dan dinar yang boleh dikira tidak sepatutnya dibeli tanpa pengiraan sehingga mereka dikenali dan terjumlah. Untuk meninggalkan jumlah dan membeli mereka secara rambang akan menjadi jual beli mengagak-agak (spekulatif). Itu bukan sebahagian daripada urus niaga muamalat bagi umat Islam. Apa – apa bahan dari emas dan perak dalam bentuk bukan syiling dan barang kemas, tidak ada salahnya dalam membeli benda-benda sebegitu tanpa berukuran. Untuk membeli mereka tanpa berukuran adalah seperti membeli gandum, kurma kering, dan barang makanan yang lain, yang dijual tanpa berukuran, walaupun benda-benda seperti mereka adalah diukur "

Benda yang jelas perlu dihitung dalam tukaran ialah syiling dirham perak dengan syiling dinar emas. Ini bagi menjelaskan kadar/rate tukaran antara syiling dirham dan syiling dinar.

Ini boleh merujuk kepada zakat keatas syiling dirham dan perak.


Kitab Muwatta’

Imam Malik berkata, jika seorang lelaki telah memiliki seratus dan enam puluh dirham dan kadar pertukaran dalam di kotanya ialah lapan dirham untuk satu dinar, beliau tidak perlu membayar apa-apa zakat. Zakat hanya untuk dibayar jika sampai dua puluh dinar emas atau dua ratus dirham.

Contoh yang melibatkan bahan makanan (ingat bahawa jual beli yang melibatkan makanan yang boleh menjerumuskan kepada riba adalah makanan asasi masyarakat spt. gandum, sya’ir, kurma, anggur, garam, beras, jagung, ful) :

Abu Said al-Khudri meriwayatkan bahawa Bilal telah membawa kepada Nabi beberapa kurma Barni (jenis kurma) dan apabila beliau (Bilal) ditanya oleh baginda (Nabi) dari manakah beliau mendapatkannya, Beliau menjawab, "Aku mempunyai kurma yang mempunyai kualiti yang rendah, kemudian aku menukarkan dua Sa’ (bekas) daripadanya untuk satu Sa’ (bekas) yang ini."

Nabi menjawab: "Ah, inilah intipati riba. Intipati dari riba. Jangan kamu lakukan demikian, tapi jika kamu mahukan, jualkan kurma dalam transaksi yang berasingan kemudian kamu beli dengan apa yang kamu dapatkan (dari jual beli kurma tadi)."


Lebih mudah jika kita menggunakan contoh beras, kerana beras adalah makanan asasi masyarakat nusantara.

Saya adalah tokey beras Basmati. Awak adalah tokey beras Siam.

Jika saya mahu menukarkan beras Basmati dengan beras Siam, maka syaratnya adalah satu kilogram beras Basmati saya ditukar dengan Satu Kilogram beras Siam awak.

Jika saya mempunyai beras Basmati, dan saya mahukan beras Siam untuk dimakan, maka saya tidak boleh menjualkan satu kilogram beras Basmati untuk mendapatkan dua kilogram beras Siam dari awak. Ini adalah riba. Walaupun kita tahu bahawa beras Basmati adalah beras kualiti tinggi, dan beras Siam sedikit rendah kualitinya, tetapi inilah syarat jika kita mahu menukarkan makanan yang sama. Iaitu sama berat.

Jika Saya masih mahukan beras Siam dari satu kilogram beras Basmati kepada dua kilogram beras Siam, saya perlu menjual satu kilogram beras Basmati yang ada di tangannya dan mendapatkan dinar (emas) atau dirham (perak) atau barangan lain, kemudian dari barangan yang beliau dapatkan itu, beliau boleh membeli beras Siam yang diinginkannya.


2 – RIBA AN-NASIAH

Memahami Riba al-nasiah adalah lebih halus dan teliti. Lebihan pada masa secara tidak adil yang ditambah dalam transaksi adalah penangguhan yang tidak adil.

Imam Malik berkata, “Tidak elok pertukaran dalam dua untuk satu daripada satu jenis dengan tertangguh. Tiada merosakkan tukaran dalam mengambil dua daripada satu jenis untuk satu daripada satu jenis lagi dengan tertangguh, jika keduanya dengan jelas berbeza jenis. Jika kedua-duanya menyerupai satu sama lain tetapi nama mereka adalah berlainan, seperti plumbum biasa dan plumbum hitam, loyang biasa dan loyang kuning, saya tidak bersetuju mengambil dua daripada satu jenis untuk satu daripada yang lain secara bertangguh .”

Ada ulama` memperincikan riba kepada riba al yad. Iaitu keadaan di mana salah satu penjual atau pembeli meninggalkan majlis aqad sebelum berlaku serah terima

Ini merujuk kepada pemilikan (‘ayn) dan bukan pemilikan/hutang (dayn) sebagai alat pembayaran (emas, perak dan makanan yang digunakan sebagai wang). ‘Ayn ialah barang yang nyata dan selalu dirujuk sebagai tunai (fizikal). Dayn adalah nota janji untuk membayar atau suatu hutang atau apa barang di mana penghantaran atau pembayaran ditangguh.

Menukar (safr) dayn dengan ‘ayn samalah seperti Riba al-nasiah. Menukar dayn dengan dayn juga dilarang. Didalam penukaran hanya ‘ayn dengan ’ayn diizinkan.


Banyak hadis yang menyokong isu ini.

Riwayat Imam Malik:

Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa ia mendengar bahwa al-Qasim ibn Muhammad berkata,

"Umar ibn al-Khattab berkata, `Dinar untuk dinar dan dirham untuk dirham dan sa’ untuk sa’. Suatu yang akan diambil kemudian tidak boleh dijual dengan sesuatu yang ada di tangan.' "


Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa Abu’z-Zinad mendengar Sa’id al-Musayyab berkata,

“Riba terdapat hanya dalam emas dan perak atau apapun yang ditimbang dan diukur oleh makanan dan minuman.”

Riba al-nasiah merujuk terutamanya kepada penggunaan dayn dalam pertukaran (sarf) barang yang sama jenis. Tetapi larangan ini dilanjutkan dalam jual-beli secara am di mana dayn sebagai matawang sudah melewati batasan kontrak peribadi kepada alat pertukaran (sebagai wang ) yang menggantikan ‘ayn.

Imam Malik, r.a., menunjukan perkara ini di dalam ‘Al-Muwatta’:

Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa ia mendengar tanda terima/resit (sukukun) dibagikan pada penduduk pada masa Marwan ibn al-Hakam untuk barang di pasar al-Jar. Penduduk membeli dan menjual resit di antara mereka sebelum mereka mengambil barangnya. Zayd ibn Tsabit bersama seorang Sahabat Rasulullah, sallallahu alayhi wa sallam, pergi menghadap Marwan ibn al-Hakam dan berkata, “Marwan! Apakah engkau menghalalkan Riba?” Ia menjawab, “Naudzubillah! Apakah itu?” Ia berkata, “Resit-resit ini yang dipergunakan penduduk untuk berjual-beli sebelum menerima barangnya.” Marwan kemudian mengirim penjaga untuk mengikuti mereka dan mengambilnya dari penduduk kemudian mengembalikannya pada pemilik asalnya.

Zayd ibn Thabit khususnya menyebut riba, resit (dayn)‘ di mana penduduk berjual beli sebelum menerima barang’. Emas, perak atau makanan boleh digunakan sebagai bayaran, tetapi kamu tidak boleh menggunakan nota janji pembayaran. Di dalamnya ada penangguhan sebagai tambahan yang tidak dibenarkan. Sekiranya kamu memiliki dayn, kamu haruslah mengambil barang tersebut (‘ayn) dan barulah kamu boleh bertransaksi. Dayn tidak boleh digunakan sebagai matawang.

Secara umumnya, peraturannya ialah kamu tidak boleh menjual sesuatu ada disitu dengan suatu yang tiada. Amalan ini dipanggil Rama’ dan ini adalah Riba. Imam Malik menyambung :


Yahya meriwayatkan kepada saya dari Malik dari ‘Abdullah ibn Dinar dari ‘Abdullah ibn ‘Umar bahawa ‘Umar ibn al-Khattab telah berkata

"Janganlah kamu menjual emas dengan emas kecuali dengan seimbang, janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagian yang lain, janganlah kamu menjual perak dengan perak kecuali dengan seimbang dan, janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagian yang lain dan janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak ada dengan suatu yang ada (fizikal). Jika seseorang meminta kamu menunggu untuk membuat pembayaran sehingga dia kembali ke rumahnya, janganlah kamu tinggalkannya, aku bimbang rama’ ke atas kamu. Rama’ ialah riba."

Rama’ adalah amalan biasa dalam pasar kita sekarang ini. Matawang dayn (wang kertas, resit) telah mengantikan matawang ‘ayn (dinar, dirham). Inilah yang dimaksud oleh Umar ibn al-Khattab apabila dia berkata saya bimbang Rama’ ke atas kamu.

Jual-beli dengan penangguhan tidak terhad atas logam sahaja tetapi termasuk makanan. Kata Malik

"Rasullulah s.a.w melarang makanan dijual sebelum makanan tersebut diserah."


Oleh itu apa yang dilarang di dalam riba al-nasiah ialah penambahan palsu yang tidak sepatutnya ada dalam transaksi secara fitrah. Apakah yang dimaksud dengan palsu dan fitrah di sini? Maksudnya setiap transaksi mempunyai keadaan masa dan harga.

Pinjaman melibatkan penangguhan tetapi bukannya lebihan kuantiti. Seorang memberikan sejumlah wang, selepas jangka masa waktu tertentu wang tersebut dipulangkan tanpa sebarang tambahan. Tambahan masa adalah halal tetapi tambahan kuantiti apabila dipulangkan adalah haram.

Ini adalah riba. Pertukaran (as-sarf) tidak boleh melibatkan penangguhan dan tambahan kuantiti. Apabila seorang memberi wang, yang sama diberikan tanpa penangguhan. Penangguhan tidak dibenarkan dalam pertukaran. Jika kamu mahu melambatkan pembayaran, kamu harus jadikan ia sebagai pinjaman, kamu tidak boleh menjadikan pinjaman sebagai sesuatu yang tersembunyi di sebalik 'Pertukaran yang ditangguhkan'. Pertukaran yang ditangguh dipanggil riba al-nasiah.

Sewaan melibatkan penangguhan dan penambahan dan ianya halal. Apabila kamu menyewa sebuah rumah, kamu telah memgambil rumah tersebut untuk tempoh waktu tertentu (penambahan) dan sebagai balasannya kamu membayar sewa (penambahan). Penambahan ini dalam masa dan kuantiti dibolehkan dan halal.

Tetapi kamu hanya boleh menyewakan barang yang hanya boleh disewa. Kereta, rumah atau kuda. Wang atau makanan tidak boleh disewa, untuk berpura – pura wang boleh disewa akan merosakkan transaksi jual beli dan menjadikannya riba.

Setiap transaksi melibatkan keadaan yang berkaitan dengan benda itu sendiri. Kita tidak boleh mengambil syarat untuk suatu benda dan dikaitkan dengan syarat pada benda yang lain tanpa merosakkan transaksi tersebut. Dengan menambah syarat atau lebihan akan berlaku riba.

Oleh kerana dayn itu sendiri adalah penangguhan, penggunaan dayn hanya dihadkan penggunaannya secara individu dan dilarang digunakan sebagai medium untuk pembayaran. Dayn adalah halal, menggunakannya sebagai matawang adalah haram.

Dayn adalah kontrak persendirian antara dua individu dan akan terus menjadi kontrak dalam skop persendirian. Perpindahan dayn dari seorang ke seorang yang lain boleh dijalankan, secara Islamnya dengan menyelesaikan dayn yang pertama dan membuat dayn yang baru. Dayn tidak boleh diedarkan di luar batas kontrak individunya dan bebas merata. Pemiliknya mesti mengambil barang sebagaimana yang tertera pada dayn dan melupuskan dayn tersebut. Dayn tidak boleh digunakan sebagai alat tukaran dan digunakan sebagai medium pembayaran, oleh itu dayn tidak boleh digunakan untuk membayar zakat.

Hadis yang terkenal yang menyebut tentang "tangan dengan tangan" dan "seimbang" merujuk kepada riba. Emas dengan emas, seimbang dan tangan dengan tangan merujuk kepada perseimbangan dalam transaksi. Satu aspek merujuk kepada keseimbangan dalam kuantiti jika berlaku ketidakseimbangan menjadi riba al-fadl dan satu lagi merujuk kepada kesegeraan (tanpa penangguhan) dan jika berlaku penangguhan dirujuk sebagai riba al-nasiah. Ini akan menghalang keadaan di mana emas yang tidak ada (dayn) ditukar dengan emas yang ada ('ayn). Ini sangat relevan kerana cara beginilah orang Islam ditipu dengan emas mereka dengan cara menukar dengan kertas janji palsu emas (bentuk asal wang kertas)

Kedua-dua riba al-nasiah dan riba al-fadl dilarang dalam al-Quran, malah riba dalam al-Quran dan Sunnah adalah sama. Sunnah adalah amalan hidup sebagai penafsiran dari al-Quran.

Riba yang dikenali sebagai riba al-jahiliyah mengandungi kedua-duanya riba al-nasiah dan riba al-fadl. Dalam transaksi ini, pembayaran ditangguh (nasiah) ditukar dengan penambahan (fadl), tetapi riba al-nasiah melibatkan lebih dari hanya riba al-jahilliyah.

Memahami riba al-nasiah adalah asas kapada pemahaman tentang kedudukan kita k eatas duit kertas.


Bersambung...


Sumber asal:  Konspirasi Dunia: Pendominasian Surah Al-Baqarah 278-281 bhg. 1

Artikel - Konspirasi Dunia: Pendominasian Surah Al-Baqarah Ayat 278-281(Bhgn. akhir)

Credits to: Wake Up Project


Salam...




Selepas kita memahami isu asas riba, maka kita akan melihat bagaimanakah riba ini menjadi asas kepada sistem ekonomi semasa.

Dalam kita memahami isu riba, ia tidak lari dari kita memahami mengapa riba menjadi asas kepada sistem ekonomi pada hari ini. Kepelbagaian ideologi ciptaan manusia pada zaman ini bagi menggantikan cara hidup Islam menunjukkan bahawa ideologi-ideologi ini tidak lain melainkan menjadikan Tuhan hanya sebagai satu bahagian dari kehidupan bukan dalam semua cara hidup.

Salah satu ideologi yang terus subur pada hari ini adalah KAPITALISME.


Hukum pertama kapitalisme ialah: untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Hukum ini tidak akan beralih-alih.

Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam hukum kapitalis tetap sama.

Kapitalisme juga bergerak melalui hutang. Sistem kapitalisme akan runtuh jika hutang dan riba tidak wujud. Peneraju utama yang melahirkan hutang dan riba ini ialah bank. Justeru kita wajib memahami bagaimana bank mula bergerak untuk mendapat keuntungan maksimum.


Sebelum kemunculan bank di zaman kapitalisma kaum pedagang emas adalah tukaran. Justeru, jika kita menyemak Sejarah Melayu, kita akan terbaca ufti yang dibayar kepada Raja Siam berbentuk Bunga Emas.

Kita juga terbaca perkataan perak sebagai wang. Jika melawat muzium, kita akan akan dapat melihat mata wang lama Alam Melayu, emas dan perak.





Para saudagar yang berniaga akan mengupah tukang emas untuk membuat kepingan emas dan perak ini sebagai tukaran membeli-belah.

Saudagar akan meninggalkan emas dan perak untuk disimpan ke dalam peti besi tuan kedai. Kepingan emas dan perak ini dijaga rapi. Sebagai tandanya, tuan kedai akan menulis di atas kertas/resit jumlah emas yang tersimpan.

Kertas/resit ini cukup berharga. Sesekali si saudagar akan datang melihat emasnya yang tersimpan.

Tuan kedai emas melihat bahawa surat yang ditulisnya telah diyakini umum. Keyakinan ini datang kerana tuan kedai bukan hanya menyimpan untuk seorang saudagar tetapi berpuluh-puluh.

Jika ada si saudagar atau sesiapa yang datang untuk melihat emasnya, tuan kedai akan memperlihatkan emas-emas kepunyaan saudagar yang lain. Maka keyakinan mereka akan bertambah.

Keyakinan yang bertambah ini menjadikan saudagar-saudagar menggunakan resit/kertas ini dalam urusan jual beli di atas keyakinannya bahawa kertas-kertas/ resit-resit itu adalah bernilai sama dengan emas yang disimpan.


Sebagai contoh penggunaan resit ini seperti berikut:

Pak Ali simpan 10 gram emas pada Tuan Kedai Emas, dan Tuan Kedai Emas mengeluarkan suatu kenyataan bertulis bahawa kertas/resit ini mewakili 10 gram emas milik Pak Ali telah disimpan.

Maka Pak Ali pergi ke kedai Pak Abu, ingin membeli barang(contoh kurma atau apa sahaja barang) tetapi Pak Ali tiada emas di tangan, hanya ada sekeping kertas bertulis Mewakili Nilai 10 gram emas.

Pak Ali memberikan kertas tersebut kepada Pak Abu, dan Pak Abu menyerahkan satu bidang karpet kepada Pak Ali.


Jika kita ingat pengertian RIBA', riba terjadi apabila berlaku dalam urus niaga yang berkaitan emas/perak atau makanan.

Maka setelah urusan jual beli tersebut selesai, Pak Abu perlu pergi ke kedai emas untuk menukarkan kertas/resit kepada nilai emas yang disimpan.

Di sini berlaku penangguhan yang dilakukan oleh Pak Ali terhadap emas miliknya yang sepatutnya Pak Ali perlu membayar dengar emas, tetapi Pak Ali menangguhkan pembayaran dengan menjanjikan sekeping kertas yang boleh ditebus dengan nilai emas yang tertulis di atasnya.

Ini adalah RIBA` yang jelas. Dari sinilah masyarakat dikaburi dan hidup di atas sistem riba dan yang lebih pasti kini umat Islam juga tidak terkecuali umat.


Dari sini hukum kapitalisme bergerak lagi. Contohnya, tuan kedai menyimpan 100 keping emas yang dimiliki saudagar Minyak. Jika disimpan, maka nilainya tidak bertambah.

Justeru tuan kedai telah menulis 200 keping kertas untuk Minyak. Ertinya, ada seratus keping kertas lebih daripada 100 keping emas. Lebihan kertas ni menjadikan modal saudagar Minyak bertambah satu kali ganda.

Kertas yang ditulis oleh tuan kedai ini diuar-uarkan sama dengan nilai emas yang tersimpan dalam peti besi tuan kedai. Inilah asal-usul duit kertas atau bank note. Daripada pengalamannya, tuan kedai tahu bahawa para saudagar ini tidak semuanya akan datang serentak untuk melihat emas simpanan masing-masing. Justeru, dia boleh memutarbelitkan jumlah kepingan emas yang disimpan.

Hukum keuntungan maksimum sistem kapitalis bergerak lagi. Kali ini tuan kedai bukan lagi mengeluarkan kertas kepada si penyimpan emas sahaja tetapi telah berani menjual kertas ini kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar untuk digunakan sebagai modal. Kertas yang dijual ini pastilah telah melebihi daripada jumlah emas yang tersimpan. Perkara ini tidak diketahui umum kerana tuan kedai menyimpan emasnya secara rahsia dengan alasan untuk menjaga kestabilan suasana perniagaan.

Tuan kedai emas menjadi kaya dengan menjual kertas kosong yang tidak berasaskan emas. Justeru inilah asal-usul bank dalam sistem kapitalisme. Amat jelas bank bermula dengan pembohongan.

Penipuan ini menjadi kukuh kerana adanya keyakinan daripada orang ramai. Mereka yakin kerana melihat ramai saudagar telah menyimpan emas dengan tuan kedai.

Tuan kedai emas ini juga dilihat hebat di kalangan masyarakat kerana memiliki rumah besar, isteri gemuk, makanan sedap, ada orang gaji dan pengawal peribadi.

Tuan kedai emas ini akhirnya menjadi pemilik bank. Gejala ini berlaku 500 tahun dahulu. Jika kita membaca karya Shakespeare, kita akan bertemu dengan si Mamat yang bernama Shylock tuan peminjam wang di kota Venice.





Shylock ini watak pemilik bank 500 tahun dahulu. Hari ini watak, hukum-hakam dan ciri-ciri seorang pemilik bank tidak pernah berubah. Hutang wajib dibayar. Jika tidak, daging seketul wajib diagihkan.

Hari ini iaitu 500 tahun kemudian, asas hukum perbankan tidak pernah berubah tetapi cara pengendalian lebih tersusun.

Masyarakat umum selalu bertanya dari mana datangnya wang. Jawabnya: yang mencetak wang ialah bank!! Caranya tidak jauh bezanya daripada amalan tuan kedai emas dahulu.


Contoh: Ada sebuah bank yang memiliki modal sebanyak 100 ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit seorang.

Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit. Lihat mereka melakukakan penipuan yang nyata!

Dari 100 ringgit modal asal, kini menjadi 2100 ringgit. Bank ini sebenarnya tidak memberikan pinjaman duit tetapi kredit. Tidak ada duit bertukar tangan. Ini duit atas angin. Tuan punya bank seperti tuan kedai emas tahu bahawa tidak semua pelanggan akan datang serentak untuk mengeluarkan duit simpanan.

Bank memungut bunga dan riba yang dipanggil untung. Duit bunga ini akan terus dipusingkan untuk dipinjamkan lagi. Ertinya duit dalam sistem ekonomi kapitalis lahir daripada hutang dan bunga.


Beginilah yang telah dilakukan oleh semua bank. Inilah caranya bagaimana duit muncul dalam pasaran. Sistem bank dalam ekonomi kapitalis bergerak mengikut hukum ini. Dalam masa yang sama, si peminjam diminta memberi cagaran, amalan ini untuk menjamin keuntungan kepada bank. Jika si pelanggan gagal membayar hutang, maka cagaran akan terlupus.

Harus difahami bahawa bank membuat duit bukan melalui cagaran. Bank membuat duit dengan memberi orang berhutang. Cagaran hanya mainan silap mata untuk melahirkan keyakinan.

Katakan pada hari Rabu minggu hadapan, semua pelanggan Bank ingin mengeluarkan duit maka nescaya huru haralah Bank! Kerana hakikatnya di dalam bank itu sendiri tidak tesimpan sejumlah wang yang pelanggan simpan di dalam bank itu. Yang berpusing-pusing hanya kertas. Inilah yang sedang kita hadapi semenjak September 2008.

Bank Northern Rock di Scotland menjadi huru hara apabila semua penyimpan datang beratur untuk meminta wang simpanan mereka, ia merupakan permulaan hilangnya keyakinan orang ramai terhadap bank.





Orang ramai tidak yakin bahawa duit mereka selamat disimpan di dalam bank. Apabila orang ramai hilang keyakinan, maka penipuan yang mereka lakukan terdedah. Orang ramai akan berbondong-bondong datang untuk mengeluarkan duit mereka.

Bank yang melakukan penipuan kini tidak akan dapat melakukan apa-apa melainkan mengaku diri mereka bankrap. Inilah yang sedang berlaku sekarang. Selama 30 tahun yang lalu, pelbagai bentuk penipuan telah dilakukan oleh bank. Pemilik-pemilik bank ini telah mempengaruhi para ahli politik untuk melupuskan pelbagai larangan dan rintangan.

Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan yang terkumpul hasil daripada memakan riba, para pemilik bank telah memberi sumbangan kepada politikus.

Persekongkolan ini cukup intim. Para pemilik bank ini tidak pernah muncul di khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka.


Pada 2009, banyak bank telah muflis. Lalu timbul persoalan - Ke mana perginya duit-duit ini? Harta kekayaan tidak hilang, ia hanya bertukar tangan. Duit ringgit milik orang ramai yang tersimpan di bank telah dijadikan modal untuk membuat lebih banyak keuntungan.

Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh muflis, bank boleh diisytihar bankrap tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrap.


Sejarah Duit Kertas Zaman Moden






Cuba kita imbas kembali sistem duit kertas ini mula melebar di kalangan negara umat Islam dan mengapa umat Islam berterusan dilihat hidup dalam kehinaan.

Pada tahun 1944, satu perjanjian di Bretton Woods yang diwakili oleh sejumlah 44 buah negara bersetuju menjadikan Dollar Amerika (USD) sebagai matawang antarabangsa menggantikan emas, dan setiap satu USD mewakil 1gram emas yang disimpan di dalam bank di Amerika atau dengan kata lain, setiap satu auns (34 @ 35 gram emas) bernilai 35 USD.

Setiap negara yang mempunyai USD dalam simpanan negara mereka, maka negara tersebut boleh membawa duit USD di negara tersebut ke Amerika, dan boleh ditukarkan dengan emas yang ada.

Syarat ini hanya sah untuk kerajaan, jika rakyat perseorangan ingin menukar USD dengan emas, ini tidak dibenarkan sama sekali.

Maka kita melihat, satu sistem kufar, sistem yang mengisyhtiharkan Perang terang-terang dengan Allah, mula beroperasi.

Emas yang sepatutnya diniagakan secara tunai tidak lagi dilaksanakan, melainkan ianya ditangguhkan dalam urusan jual beli. Penjual yang sepatutnya mendapat emas, sebaliknya hanya mendapat kertas dan perlu mengambil sendiri emas yang sepatutnya dia dapat dari satu tempat lain.


Mari kita rujuk salah satu hadis yang berkaitan:

Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa ia mendengar tanda terima/resit(sukukun) dibagikan pada penduduk pada masa Marwan ibn al-Hakam untuk barang di pasar al-Jar. Penduduk membeli dan menjual resit diantara mereka sebelum mereka mengambil barangnya. Zayd ibn Tsabit bersama seorang Sahabat Rasulullah, sallallahu alayhi wa sallam, pergi menghadap Marwan ibn al-Hakam dan berkata, “Marwan! Apakah engkau menghalalkan Riba?” Ia menjawab, “Naudzubillah! Apakah itu?” Ia berkata, “Resit-resit ini yang dipergunakan penduduk untuk berjual-beli sebelum menerima barangnya.” Marwan kemudian mengirim penjaga untuk mengikuti mereka dan mengambilnya dari penduduk kemudian mengembalikannya pada pemilik asalnya.


Kemudian, pada tahun 1971, Amerika mengisytiharkan bahawa US dollar tidak lagi disandarkan dengan nilaian emas, setiap negara yang mempunyai USD tidak lagi boleh menukarkan USD dengan emas.

Maka di sini, kita melihat satu perjanjian yang dibuat dahulu telah dimungkiri, sebilangan besar manusia/negara yang terlibat dalam perjanjian ini telah bulat-bulat ditipu. Maka nilai USD yang ada pada tangan mereka sekarang tiada apa-apa nilai melainkan kertas.

Bermula tahun 1971, nilai kertas terhadap emas semakin meningkat. Sehingga pada hari ini, satu auns (35 gram) bernilai 1280 USD berbanding satu auns pada sebelum 1971 nilainya 35 USD.

Jika seseorang pada tahun 1970 contohnya, dibayar gaji oleh majikannya bergaji RM 900 ringgit (1 USD = RM 3), maka kita akan dapati nilai emas yang boleh didapati adalah lebih kurang 8.5 auns.

Pada hari ini, seorang amah yang dibayar RM 900, pada hari ini, hanya boleh mendapat sekitar 0.2 atau satu perlima (1/5) auns.

Lihatlah bagaimana manusia DIMISKINKAN dan DITIPU. Nilaian kerja setiap manusia setiap hari dikurangkan sedangkan bebanan kerja yang dihadapi setiap hari ditambah.





Isu wang kertas boleh disimpulkan dalam 4 perkara tetapi hanya 3 yang akan dijelaskan di sini.


1. Isu Riba dan Hutang.

Ini isu yang sangat jelas apabila kita sudah memahami asas kepada timbulnya wang kertas.

Emas dan Perak tidak boleh diniagakan/dijual beli secara bertangguh. Maka penangguhan yang dibuat dalam urus niaga emas dan perak menjadikan urusan jual beli tersebut menjadi urusan riba, bukan urusan jual beli.

Kedua-dua pihak yang terlibat, penjual dan pembeli, secara terang mengishtiharkan Perang terhadap Allah dan Rasul.

Selain isu riba, isu hutang juga dikaitkan dengan wang kertas. Apabila seseorang memberikan kertas 10 USD bererti ada nilai sebanyak 10 gram emas di dalam bank.

Bila dia menjadikan kertas 10 USD itu untuk urus niaga, maka 10 USD itu boleh dikatakan sebagai hutang sebanyak 10 gram emas dari pembeli kepada penjual.

Maka urus niaga ini tidak sah. Bahkan apabila kertas ini bertukar-tukar tangan. Hutang dijadikan bahan niaga.

Ini sesuatu yang jelas melanggar hukum Allah. Kerana hutang, ianya perlu dicatat dan mempunyai saksi, sedangkan urusan perpindahan hutang (kertas) dengan hutang (kertas) ini tidak dicatat langsung semua aturan Allah.


2 . Isu menjadikan ahli kitab sebagai pemegang amanah.

Emas yang kita ada disimpan pada seorang pemegang amanah (bank atau siapa-siapa). Apakah kata-kata Allah, Pencipta Kita terhadap perkara ini? Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, dia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya.

Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan:Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta). (Surah Ali Imran: ayat 75)


Dari ayat ini, Allah menjelaskan dari ahli kitab itu, tidak amanah apabila emas kita disimpan dengan mereka.

Berkenaan ayat ini, seorang ulama memberikan penjelasan, Qadi Abu Bakr ibn Al-Arabi di dalam bukunya Ahkamul Quran (hukum-hukum Quran)

”Ia adalah dilarang bagi seseorang muslim untuk memberikan amanah kepada orang kafir di luar Dar Al-Islam (Tanah air/Negara Islam), iaitu "kecuali engkau selalu menuntutnya" yang membawa erti ianya dibawah kuasa seorang Muslim yang mempunyai autoriti untuk memaksanya."

Penerangan terhadap keterangan ini ada di dalam ayat itu sendiri

"Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi ... ”

Yang boleh kita jelaskan, bahawa mereka akan dengan sendiri memungkiri perjanjian yang awal. Disebabkan perkara ini dibuktikan oleh sejarah, maka kita merumuskan bahawa ianya satu perkara yang sangat penting bagi seorang muslim memahaminya.


3. Kehilangan Nilai Wang Kertas.

Jika kita masih ingat, harga seekor kambing pada awal 1990-an, ianya hanya sekitar harga RM100, tetapi  kini harga seekor kambing bernilai sekitar 600-700 seekor.

Jika kita menyimpan RM100 dari awal 1990-an, maka jika menggunakannya pada waktu kini, kita tidak berjaya membeli satu bahagian kambing pun.

Begitu juga dengan barangan lain, dan barangan yang paling ketara adalah emas. Proses kehilangan nilai duit kertas ini adalah perompakan secara besar-besaran. Perompakan atau penipuan, dua-dua kita boleh istilahkan kepada sistem kehilangan nilai duit kertas.

Seorang Muslim apatah lagi mukmin, tidak boleh meletakkan dirinya di dalam kebinasaan.

Apatah lagi, meletakkan dirinya sendiri dalam situasi sentiasa ditipu dan dianiaya. Bukankah Nabi pernah menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh terjatuh ke dalam lubang yang sama kali ke dua? (betulkan saya tentang hadis ini) Ingatlah bahawa suatu ketika dahulu peristiwa atau keadaan yang ada pada zaman ini, sudah berlaku tika zaman nabi Syu’aib.

Antara yang Nabi Syuaib a.s dakwahkan, adalah larangan terhadap perangai atau sifat dari kalangan masyarakat yang suka menyebabkan kerugian dan kehilangan nilai harta manusia. Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya;

"... dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman. (Surah al-A’raf: ayat 85)

Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui jalan Allah dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kerosakan."
(Surah al-A’raf: ayat 86)


Kisah Nabi Syuaib adalah peringatan yang jelas dari Allah, bahawa antara punca kerosakan bumi adalah penipuan dalam timbangan, dan sifat suka menghilangkan/merugikan nilai dari dari harta manusia. Sikap yang ditunjukkan oleh kaum Nabi Syuaib adalah penentangan yang nyata, maka kalian cuba bacakan apakah nasib kaum yang terang-terang memepertahankan sistem itu.

Nasib kita pada hari ini, jika tidak mahu terus berada di dalam kerosakan dan termasuk golongan yang akan dihapuskan Allah, maka berwaspadalah terhadap sistem ekonomi yang ada pada hari ini, fatwa-fatwa ulama berkenaan sistem duit kertas perlu dinilai semula, bahkan ditolak secara terus kerana ianya bertentangan dengan peringatan Allah agar kita menjauhinya.

Fatwa sebilangan kecil ulama di Malaysia yang menghalalkan ASB adalah sangat diragukan dengan alasan ianya untuk maslahah umat islam, sedangkan kaitan ASB dengan riba sangat jelas, sedangkan Allah menghendaki agamaNYA terus lurus, tetapi mereka yang digelar ulama ini, mengambil pendekatan menjauhkan manusia dari agama Allah dan menjadikan agama Allah yang lurus menjadi bengkok.

Kesimpulan akhir dari wang kertas, disebabkan majoriti umat Islam dan negara umat Islam menggunakan duit kertas, maka kita melihat kehinaan yang menimpa sebilangan besar umat Islam disebabkan kita dengan sendiri mengistiharkan Perang terhadap Allah, dan kita meninggalkan suruhannya dan mengikut telunjuk manusia-manusia yang tidak beriman kepada Allah dalam urusan kehidupan kita. Jika kita memahami isu duit kertas, maka dari isu ini akan timbul isu perbankan termasuk perbankan Islam, takaful, saham, ASB. Jika ada yang mempersoalkan bahawa ulama sudah berfatwa, maka jawapan pada persoalan ini adalah, ulama bukan Tuhan yang memberikan HUKUM.

Kesilapan terbesar umat islam pada zaman ini apabila seorang yang dikatakan ilmuwan Islam mengeluarkan fatwanya berkaitan duit kertas, Dr Yusuf Al-Qaradawi dari Fatwa Muasirah beliau:

“WANG KERTAS TELAH MENJADI WANG YANG DIGUNAKAN SELURUH DUNIA. BAGAIMANAKAH INGIN MEMBATALKAN HUKUM RIBA PADANYA SEDANGKAN SEMUA MANUSIA BERMUAMALAT DENGANNYA TIDAK LAGI DENGAN EMAS DAN PERAK ? SESIAPA YANG MEMILIKINYA DIANGGAP KAYA WALAUPUN TIDAK MEMPUNYAI SIMPANAN EMAS DAN PERAK. DENGAN WANG INI, LELAKI MENJADIKAN MAHAR, DIGUNA DALAM JUAL BELI, SEWA DAN MEMBAYAR DIAT. SEMUA MUAMALAT MELALUI WANG KERTAS SUDAH MENCAPAI TAHAP EMAS DAN PERAK”

Jika seorang yang dikatakan ulama tidak memahami realiti sebenar duit kertas, maka bagaimanakah ummat ini ingin dibawa keluar dari kehinaan? Mereka hanya manusia sama seperti kita, dan keterangan ini saya tidak mengatakan tidak perlu orang yang berautoriti untuk mengulas sesuatu isu, tetapi yang HALAL telah jelas dan yang HARAM telah jelas, mengapakah hukum-hukum yang jelas ini ingin disamar-samarkan isunya? Ingatlah satu kisah dari al-Quran yang mana ramai manusia menyuruh Allah agar ditimpakan azab yang berkali ganda kepada golongan yang membawa mereka kepada neraka.


Allah berfirman:

"Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: 'Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka.' Allah berfirman: 'Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui.' Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): '(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami.' (Allah berfirman): 'Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan.' " (Surah al-A`araf: ayat 38-39)



Apakah kita mahu mengikut sikap ahli neraka yang menunjukkan yang ianya kesalahan orang lain apabila kita termasuk dalam kalangan yang tersilap/salah? Rugilah jika kita tidak memahami isu ini dengan jelas. Semoga Allah menunjukkan kepada kita jalan kepada kebaikan dan menjadikan kita cenderung kepada kebaikan dan memberikan kita kekuatan untuk beramal.


Sumber asal:  Konspirasi Dunia: Pendominasian Surah Al-Baqarah 278-281 bhg. akhir

Artikel - Klik Iklan: Jangan Buat Ikut Suka Hati!

Credits to: Apa Kata Hati,


Salam...

Sebentar tadi saya baru terjumpa satu post berkenaan iklan Nuffnang. Saya perhatikan banyak blog yang mempunyai iklan berkenaan dan saya sudah melihat sendiri laman web berkenaan. Agak menarik untuk mempromosi produk-produk yang ingin dijual, cuma saya sendiri belum membuat sebarang keputusan untuk mendaftar di laman berkenaan.
 

 Muka depan laman Nuffnang (pada sesiapa yang belum mengenali, sila klik SINI )


 Ruangan kepada sesiapa yang ingin mendaftar (boleh juga klik di SINI )


Sebelum mendaftar, pastikan anda membaca terlebih dahulu terma dan syarat yang dinyatakan. Ini untuk memastikan anda memahami serba sedikit peraturannya serta beberapa perkara berkaitan bisnes Nuffnang. 

Saya bersetuju dengan penulis blog berkenaan bahawa iklan-iklan sebegini secara umumnya hanyalah untuk menjana pendapatan sampingan blogger, tetapi kini disalah gunakan seolah-olah menjadi suatu keutamaan. Tidak terhad kepada Nuffnang sahaja, saya percaya apa-apa sahaja iklan untuk menjana pendapatan di blog hanyalah sampingan sahaja.

Monday, September 27, 2010

Artikel - Awas! Saman Trafik

Credits to:


Gambar hiasan - dari Yahoo


Salam...

Hari ini 27.9.2010 jam 11.47 pagi, ketika dalam perjalanan ke Chendering untuk urusan kerja, kereta saya ditahan di satu sekatan jalan raya dalam operasi yang diadakan oleh pihak Cawangan Trafik Kuala Terengganu. Sekatan jalan raya diadakan di jalan sebelum lampu isyarat menghala ke Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung selepas melalui kawasan sekolah menengah berdekatan. Setelah memeriksa kad pengenalan dan lesen memandu, saya dikenakan denda RM80 kerana tidak memakai tali pinggang keledar. Resit saman turut diberikan oleh pegawai yang bertugas.

Setelah urusan kerja selesai, saya terus ke Ibu Pejabat Cawangan Trafik Kuala Terengganu untuk membayar denda berkenaan. Penjelasan diberikan oleh pegawai di kaunter bayaran berkenaan merungkai sedikit kekeliruan sebelum ini. Sekiranya ditahan oleh polis trafik, bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar, denda RM80 dikenakan ke atas pemandu manakala denda RM300 pula bagi penumpang di belakang. Tidak perlu berurusan di mahkamah, hanya dengan cawangan trafik sahaja.

Dijelaskan lagi oleh pegawai berkenaan, berkuatkuasa 14.5.2010 semua jumlah denda adalah muktamad dan tidak boleh dikurangkan kecuali yang berjumlah RM300. Itupun hanya dikurangkan RM100 sahaja (RM300-RM100 = RM200 perlu dibayar). Segala rayuan dan permohonan daripada pesalah trafik untuk mengurangkan denda akan dihantar dahulu ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum ia diluluskan. Segala keputusan rayuan akan dipertimbangkan oleh pihak Bukit Aman.

Berbanding operasi dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bagi kesalahan yang sama dendanya adalah sebanyak RM300 ke atas pemandu dan sekiranya ingin denda dikurangkan, pesalah yang disaman JPJ perlu membuat rayuan di mahkamah. Maklumat ini diperolehi sendiri daripada pegawai JPJ yang bertugas. Tempoh pembayaran saman dan tarikh untuk hadir ke mahkamah adalah sebagaimana dicatatkan di atas kertas saman yang diberikan oleh pegawai JPJ berkenaan.


Peringatan buat semua

Segala peraturan disusun untuk diikuti demi kebaikan semua. Sebagaimana di sekolah, di tempat awam, atau dalam sebarang pekerjaan yang dilakukan, denda adalah sebagai peringatan agar kesalahan yang sama tidak berulang.



Sunday, September 26, 2010

Berita - Senarai 10 Jenama Paling Berkuasa Di Dunia

Credits to: Yahoo! Finance


Salam.

Di sini saya petik artikel dari Yahoo! Finance mengenai senarai 10 jenama paling berkuasa di dunia. Maklumat ini adalah berdasarkan kajian dikeluarkan oleh sebuah syarikat perunding jenama, Interbrand pada 16 September 2010. Nilai syarikat yang tersenarai ini adalah dalam juta USD$

          


1. Coca-Cola                                 $70,452,000,000



2. IBM                                          $64,727,000,000
 


3. Microsoft                                   $60,895,000,000



4. Google                                       $43,557,000,000




5. GE                                             $42,808,000,000
 


6. McDonald's                               $33,578,000,000
 


7. Intel                                           $32,015,000,000



8.  Nokia                                       $29,495,000,000



9. Disney                                       $28,731,000,000




10. H-P                                         $26,867,000,000


Semestinya, pencipta dan pencetus idea bisnes gergasi ini menjadi jutawan kerana ideanya juga berkembang selari dengan kemajuan dan kemodenan dunia hari ini. Dari sudut yang lain, siapakah yang menyumbang ke arah kekayaan konglomerat ini? Sebahagian wang yang kita belanjakan barangkali sudah berada dalam poket mereka. Selagi mana kita memerlukan idea mereka, selagi itulah kita harus membayar untuk mendapatkannya dan mereka akan bertambah kaya saban hari. Bagaimana pula dengan masyarakat kita? Mampukah kita menghasilkan produk dengan idea sehebat dan sebesar idea mereka?


Sumber asal: Top 100 Global Brands

Artikel - Keselamatan Daripada Kilat: Antara Mitos dan Kebenaran

Credits to: -




Salam...

Mungkin keselamatan diri anda akan terancam dan anda berhadapan dengan bahaya yang sangat serius jika tidak mengetahui dan membezakan di antara MITOS dan KEBENARAN bila berada dalam situasi kilat. Ya, pada hemat saya sekalipun yang masih bersekolah tahu apa itu 'kilat'. Manakala yang belajar mengenai elektrik tahu persamaan di antara kilat dan elektrik. Sejauh mana kita semua mengetahui yang manakah MITOS dan KEBENARAN mengenai kilat? Di sini saya kongsikan bersama anda sedikit maklumat yang saya perolehi daripada laman web yang berkaitan.


Petunjuk:                   MERAH - MITOS          HIJAU - KEBENARAN






Kilat tidak akan menyambar tempat yang sama dua kali
Kebiasaannya, kilat boleh menyambar tempat yang sama berulang kali, terutama tempat-tempat tinggi, tirus serta terpencil. Contohnya Bangunan Empire State pernah disambar kilat hampir 25 kali setahun.


Sekiranya tidak berlaku hujan atau tiada awan di atas langit, anda akan selamat daripada disambar kilat.
Kilat selalunya menyambar melebihi 3 batu dari kawasan pusat ribut petir, jauh ke luar dari kawasan hujan atau awan ribut petir. Serangan baut (bolt) boleh mencapai sejauh 10-15 batu dari kawasan ribut petir.


Tayar getah daripada kenderaan boleh melindungi anda daripada kilat dan bertindak sebagai penebat di antara anda dengan bumi (ground).
Kebanyakan kenderaan selamat daripada kilat, tetapi bukan tayar getah yang bertindak melindungi anda. Sebaliknya adalah bahagian besi pada bumbung dan tepi kenderaan itu sendiri. Sebarang kenderaan jenis tanpa bumbung seperti motorsikal, basikal, kenderaan untuk rekreasi, dan kereta yang dilengkapi gentian fiber tidak akan melindungi anda daripada disambar kilat.


Badan mangsa yang disambar kilat dipenuhi dengan elektrik. Sesiapa yang menyentuh mangsa yang disambar kilat akan turut disambar.
Badan manusia tidak menyimpan arus elektrik. Anda selamat sepenuhnya untuk menyentuh mangsa supaya bantuan kecemasan dapat diberikan. Cubalah anda bayangkan jika seseorang mati kerana anda takut memberikan bantuan CPR hanya disebabkan takut turut disambar!




Sekiranya anda berada di luar ketika ribut petir, anda perlu berlindung di bawah pokok supaya kekal kering.
Berada di bawah pokok akan lebih mendedahkan anda untuk disambar kilat. Punca kedua kemalangan akibat disambar kilat adalah kerana berada di bawah pokok. ELAKKAN!!


Sekiranya anda berada di dalam rumah, anda selamat daripada disambar kilat.
Sememangnya berada di dalam rumah adalah tempat paling selamat berlindung daripada kilat selagi mana anda mengelakkan diri daripada menyentuh sebarang perkakasan yang mengalirkan elektrik seperti talian telefon, peralatan elektrik, wayar, kabel TV, komputer, paip, besi pada pintu dan tingkap.


Sekiranya ribut petir bakal melanda ketika sedang bermain di luar, adalah tidak mengapa menamatkan permainan dahulu sebelum mencari tempat berlindung.
Kebanyakan korban kemalangan berpunca daripada kilat terjadi kerana tidak mencari tempat berlindung lebih awal. Tidak berbaloi meneruskan permainan jika hanya akan mendatangkan kesan kematian atau kecederaan yang parah. Dapatkan tempat perlindungan seberapa segera jika anda mendengar bunyi petir. Semua orang dewasa bertanggungjawab ke atas keselamatan kanak-kanak.


Struktur dengan bahagian besi seperti barang kemas, telefon bimbit, pemain MP3, jam, dan seumpamanya boleh mengalir kilat.
Ketinggian, bentuk runcing dan terpencil adalah faktor yang dominan yang mengawal arus kilat menyambar. Tiada bezanya sekiranya terdapat bahagian besi sekalipun pada sesuatu struktur kerana ia tidak menentukan ke mana kilat akan menyambar. Gunung-gunung yang terdiri daripada unsur batu-bata tetap disambar kilat berulang-ulang kali dalam setahun. Apabila terdapat ancaman kilat, segera ambil langkah berjaga-jaga dengan mencari tempat perlindungan yang selamat. Jangan buang masa anda untuk membuang bahagian besi berkenaan. Sekalipun besi tidak menarik kilat, ia tetap mampu mengalirkannya. Jadi, jauhkan diri daripada pagar besi, rel, atau sebarang struktur yang mengandungi bahagian besi.


Sekiranya terperangkap di luar dan ketika kilat akan menyambar, anda seharusnya berbaring di atas tanah.
Berbaring di atas tanah akan meningkatkan peluang anda TERKENA ARUS BUMI (GROUND CURRENT)! Sekiranya anda terperangkap dalam keadaan ribut petir sedemikian, teruskan bergerak ke arah tempat perlindungan.


Sekadar hiasan - Ini adalah untuk hiburan


Sumber artikel asal: Lightning Safety Myths and Truths

Tuesday, September 21, 2010

Artikel - Attacked Page!! (Bhgn. 2)

Credits to: Farah Liyana, Aku Ke Ini, Ieda Asmidar


Salam...

Kebelakangan ini, saya sering terbaca posting di beberapa blog berkenaan kewujudan penceroboh (hacker) yang aktif menceroboh dan merampas blog orang lain. Amaran kepada para pemilik blog lain turut diberikan agar tidak terjatuh ke dalam perangkap yang dibuat oleh penceroboh berkenaan. Sedikit sebanyak, amaran ini telah mencetuskan panik di kalangan penulis blog.

Tidak pasti apakah motif pencerobohan dilakukan tetapi daripada posting yang disiarkan dan dinyatakan oleh pemilik blog yang berkaitan, blog penceroboh berkenaan memaparkan tulisan yang lebih berunsur dendam dan ugutan. Terdapat juga senarai blog yang sudah dirampas dalam profail penceroboh berkenaan (user profile).

Para pembaca dan followers, anda boleh baca AMARAN AWAL mengenai pencerobohan ini di sini:

Blog Farah Liyana - Beware Bloggers!  dan juga pautan seterusnya di blog sama. Boleh juga dibaca di sini. untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan penceroboh berkenaan.


Sebagai persediaan bagi mengelakkan anda menjadi mangsa, ada baiknya anda mengetahui perkara ini. Jika anda klik pada butang yang berkaitan dan anda dibawa ke halaman ini (lihat di bawah), berikut saya sarankan kaedah 'melarikan diri' daripada menjadi mangsa penceroboh berkenaan.




Mula-mula lihat pada alamat URL seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas. Sekiranya alamatnya adalah http://blogger... , sila tinggalkan halaman berkenaan kerana inilah halaman tiruan yang dibuat penceroboh untuk memerangkap mangsa. Jangan sesekali anda memasukkan maklumat Email dan kata laluan anda di kotak biru sebelah kanan halaman berkenaan. Dikhuatiri blog anda akan 'dirampas'.


Berbeza dengan halaman sebenar yang telah di halaman Google (lihat di bawah):



Di halaman sebenar Google, sekiranya anda ingin ke bahagian email, anda boleh pilih untuk klik butang Gmail atau Sign In (hypertext sebelah kanan sekali bawah Toolbar)


Jika anda klik pada butang Gmail, anda akan dibawa ke halaman ini:


Lihat alamat URLnya, bermula dengan https://www.google...... Huruf s di hujungnya bermaksud secured (dilindungi). Bermakna anda selamat untuk masuk ke akaun anda (lihat kotak biru sebelah kanan). Terdapat mesej menyambut kedatangan pengguna ke halaman Google pada bar biru (Welcome to Gmail). Begitu juga jika anda klik pada butang Sign In, anda akan dibawa ke halaman ini:



Lihat juga alamat URLnya yang bermula dengan https://www.google.... Anda masih selamat untuk masuk ke akaun Google anda.


Persamaan dengan kes sebelum ini.



Saya pernah menerima amaran daripada pengirim email berkenaan terdapat pihak tidak bertanggungjawab menceroboh laman web Maybank2u.com. Tidak pasti sejauh mana kebenarannya kerana belum pernah menjadi mangsa setakat ini (alhamdulillah) tetapi saya masih menganggap berita berkenaan benar supaya diri lebih berwaspada. Bila diteliti, terdapat sedikit persamaan dengan kes pencerobohan kali ini iaitu penceroboh membuat halaman tiruan yang hampir sama dengan yang sebenar. Alamat URL adalah http:// bukannya https:// (lihat rajah). Bagi kes Maybank2u.com, mangsa akan kehilangan semua wang simpanan dalam akaun apabila mengakses (login) melalui halaman tiruan berkenaan.


Terdapat juga blogger lain yang memberikan peringatan mengenai penceroboh kali ini. Mungkin lebih jelas mengenai profailnya. Anda boleh baca di sini dan di sini.


Terfikir juga saya, apa salah kita semua selaku penulis blog di Malaysia ini sehingga didendami sedemikian rupa? Pesanan saya, berhati-hatilah agar tidak menjadi mangsa. Buatlah baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali..

Monday, September 20, 2010

Artikel - Hero dan Superhero: Antara Contoh Yang Baik & Tidak Baik

Credits to: Yahoo! Movies, blog Aqil Hayy



Salam...


Pendahuluan

Setiap cerita dalam setiap zaman pastinya dan perlunya ada wira atau hero yang kita harapkan mampu memberikan contoh tauladan yang baik untuk diikuti. Secara ringkasnya, siapakah wira yang kita seharusnya kita harapkan untuk tunjukkan tauladan yang baik seperti yang kita harapkan? Bagi kita umat Islam, Rasulullah adalah contoh ikutan paling baik dalam semua aspek kehidupan - Ketua negara, bapa, suami, sahabat, peniaga, panglima perang, apa sahaja yang berkaitan dengan diri Rasulullah itu sentiasa menjadi contoh dan ikutan terbaik umatnya sehingga ke akhir zaman. Bukan sahaja umat Islam, bahkan seluruh dunia bukan Islam juga mengakui kehebatan dan kredibiliti Rasulullah. Hebat, kan? Al-Quran turut membenarkan hakikat ini:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat." (Surah al-Ahzab: ayat 21)

Rujukan: Blog Aqil Hayy




Perlukah wira dalam kehidupan? 

Bagaimana pula di kalangan manusia hari ini? Berapa ramaikah yang mampu menjadi contoh dan ikutan yang baik untuk generasi muda? Ya, kita tidak maksum seperti Rasulullah dan memang tiada siapa yang mampu menjadi sebaik Rasulullah tetapi sekurang-kurangnya mengikut ajaran yang dibawa Rasulullah dan diikuti oleh generasi muda yang lain. Berapa ramai yang mampu melakukan sedemikian? Bagi saya, perlunya kewujudan wira atau hero sebegini dalam sesebuah negara atau komuniti sekurang-kurangnya adalah agar dapat menjadi tempat rujukan ilmu, menjadi inspirasi serta memimpin masyarakat ke arah hidup yang lebih mendapat keberkatan dariNya.



 Gambar hiasan - X-Men: The Last Stand
 

Bagaimana pula dengan adiwira (superhero)?

:-D Sejujurnya, sehingga ke hari ini saya perhatikan sekalipun superhero, ia masih tidak lari daripada konsep/konteks wira itu sendiri. Bersifat penyelamat, pemberi motivasi dan contoh kepada masyarakat di sekelilingnya, cuma ia dilebih-lebihkan (exaggerate) melalui filem-filem keluarannya dengan sifat-sifat fizikal berbentuk kekuatan, kepintaran, kecekapan, pakaian yang khusus (costume), kenderaan serta kelengkapan (gadgets) yang hebat. Tidak lupa juga beberapa orang pembantu yang setia bersama dalam perjuangannya menjaga keamanan masyarakat dan komuniti mereka. :-) Musuh-musuh juga dicipta setanding dengan adiwira berkenaan. Filem-filem Hollywood banyak menyajikan contoh, jika ingin diperhatikan. Mungkin jika ditanya orang lain, masing-masing akan memberikan tanggapan yang berbeza.




Kenapa saya bangkitkan persoalan ini?
Hari ini, di zaman ini kita dididik melalui subjek Sejarah dan subjek-subjek berkaitan dengannya mengenai wujudnya wira-wira negara di masa silam yang bangkit sebagai penyelamat dan penentang penjajahan di tempat masing-masing. Banyak macam kisahnya. Semuanya adalah kisah dan perjuangan yang sebenar (real). Contohnya Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan ramai lagi. Sebagai tambahan kepada sumber didikan sedia ada, kita turut 'dididik' dengan kewujudan tokoh-tokoh ciptaan seperti yang terdapat di media-media cetak dan elektronik serta dari filem-filem keluaran Hollywood, yang menggambarkan wira-wira tersebut sebagai penyelamat keadaan dan pemberi inspirasi kepada masyarakat di sekitarnya. Persoalannya, sejauh mana wira-wira ciptaan ini mampu menjadi ikutan atau role model seperti yang kita harapkan? Atau memang tidak boleh diharapkan langsung? 


Saya ada membaca satu artikel Yahoo! Movies bertarikh 17.8.2010 menyatakan ada sebahagian adiwira atau superhero hari ini adalah contoh yang tidak baik kepada generasi muda kini. Ia digambarkan dari sudut satu kajian berkenaan adiwira zaman moden yang dijalankan oleh Sharon Lamb dari Universiti Massachusetts-Boston yang menjelaskan: "Adiwira hari ini sudah melampau dan tidak ubah seperti wira filem aksi yang terlibat dengan keganasan tanpa henti, bersifat agresif, sarkastik, jarang menunjukkan nilai murni dalam melakukan kebaikan kepada masyarakat. Apa tidak mengenakan costume, mereka menunjukkan satu identiti yang jauh berbeza, seperti Iron Man, mengeksploitasi perempuan, dan menunjuk-nunjuk kelelakian dengan senjata berkuasa tinggi."

Sharon Lamb memetik komik Iron Man isu nombor 39 bertajuk "Tales of Suspense" sebagai contoh, yang menceritakan Tony Stark (identiti Iron Man) berjuang melawan alkoholisme. Sebahagian jalan cerita ini kemudiannya diadaptasikan ke dalam dua filem "Iron Man".

Kajiannya turut mendapati kanak-kanak yang tiada contoh ikutan (role model) dalam kehidupan sebenar akan mencari idola daripada filem bagi mengimbangi kekurangan dalam panduan hidup mereka. Dalam kehidupan sebenar, tiada manusia biasa yang akan digigit labah-labah radioaktif atau mendapat kuasa mutant. Daripada kajiannya turut mengetahui keadaan ini membawa kepada masalah lain apabila bahagian pemasaran filem 'mengambil kesempatan ke atas keperluan kanak-kanak dalam membentuk identiti mereka menjadi remaja dan menjualkan kepada mereka bentuk kejantanan dalam versi yang sempit'.



Sumber asal artikel:  Study: Superheroes Might Not Be Such Super Role Models




Gambar hiasan: Batman: The Dark Knight