Credits to: -
Gambar ihsan Yahoo Images
Salam...
Sebelum ini, saya telah warwarkan mengenai pembukaan RFC di Terengganu. Alhamdulillah, ramai juga yang bertanya di ruangan komen.
Semalam saya sekeluarga berkesempatan untuk menikmati hidangan di RFC Kuala Terengganu. Kami sekeluarga datang pada sekitar 9.00 malam. Sewaktu kedatangan kami, ramai juga pengunjung yang datang meskipun tidaklah sehingga sesak. Maaf, gambar kami sekeluarga tidak dapat disiarkan berikutan tidak membawa kamera ketika ke lokasi. Namun, hari ini saya sempat merakamkan gambar resit bayaran hidangan berkenaan sebagai bukti kedatangan :-D
Sebagaimana ditanya menerusi ruangan komen di post sebelum ini, RFC di Terengganu adalah restoran RFC yang ke-9 dibuka dan telah mula beroperasi bermula 2.12.2010 yang lalu. Senarai restoran RFC yang lain beserta alamat lokasinya boleh anda lihat di halaman ini.
Rasa ayamnya masih setanding dengan jenama lain yang sedia ada. Namun boleh diyakini dari sudut halalnya dan jaminannya kerana ia adalah produk keluaran muslim yang diusahakan oleh orang Islam sendiri.
Gambar di atas kurang jelas kerana diambil melalui telefon bimbit. Jadi di sini saya tuliskan semula apa yang tertulis pada resit berkenaan. Anda bebas mengutarakan pendapat dan komen selepas melihat harganya.
18 Dec 10 20:22:30
-----------------------
5 CHIC SET-A E E @7.90 39.50
2 COFFEE E E @1.80 3.60
CASH 50.25
Total item sold: 7
Sub Total 43.10
Govt Tax 2.16
Total: 45.26
Rnd Adj 0.01-
Ttl Aft Rnd 45.25
Payment 50.25
Change Due 5.00
Selepas membuat sedikit pengiraan, kami dapati harganya agak memuaskan, jika dibandingkan dengan restoran makanan keluarga jenama lain. Jumlah harga yang kami bayar masih dikira berpatutan sekalipun sudah dicampur dengan cukai (government tax). Mungkin juga kerana bahan-bahan yang digunakan RFC adalah daripada jenamanya sendiri seperti Sos Cili Thai, Kopi Radix, minuman berkarbonat (Cola, Oren) bahkan juga ayam yang digunakan.
Kepada semua pembaca yang ingin mencuba, saya harap anda akan berpuas hati dengan hidangannya dan semoga teruskan sokongan anda bagi membantu produk keluaran muslim untuk terus berkembang.
Restoran ini beroperasi dari jam 10.30 pagi hingga 11.00 malam setiap hari Isnin hingga Ahad, dan hanya tutup pada hari Jumaat jam 1.00 petang hingga 2.00 petang (untuk solat Jumaat).
SELAMAT MENCUBA!!