MY FOLLOWERS

Sunday, January 23, 2011

Sekadar Luahan - Pertunjukan Percuma

Credits to Yahoo
Gambar ihsan Yahoo Images


Salam...




Saya masih ingat lagi sewaktu bekerja di sebuah syarikat swasta di sini pada 2007. Itulah kali pertama saya dan rakan sepejabat menyaksikannya. Waktu tayangannya adalah pada bila-bila masa, sepanjang waktu pejabat. Tiada penganjur, hanya seorang sahaja pelakon yang terlibat. Tiada pentas, hanyalah pembahagi jalan dan lampu isyarat disediakan.  :-DDD (hahahaha...)

Setiap kali ada pertunjukan ini, pastinya riuh rendahlah satu pejabat kami, terutamanya bilik QA dan Editor. Masakan tidak, seorang wanita menari-nari sambil menyanyi entah apa lagu, di atas pembahagi jalan sambil berpakaian ala-ala artis. Cukup lengkap dengan selendang, kaca mata hitam ala 60-an, pakaian pun kadang-kadang ala 60-an. Bermacam-macam gaya tarian dipersembahkan, adakalanya sambil berpusing-pusing di lampu isyarat walaupun bukan strip dancer :-DDDD

Pastinya akan kedengaranlah jeritan penonton yang entah dari mana, tanpa segan silu dia akan melambai-lambai tangan sambil berjalan lenggang-lenggok sepanjang pembahagi jalan, tidak ubah seperti model berjalan di pertunjukan fesyen! Jika ada bas yang melalui, pasti akan membunyikan hon sekuatnya, dia pula akan melambai tangan.

Pejabat kami pula di tingkat 1 bangunan berhampiran. Sememangnya akan terdengarlah hilai tawa bila setiap kali menyaksikannya. Berderetlah kepala yang menjenguk ke tingkap. Biasalah, bukan kena bayar pun kalau setakat menjengah keluar. Percumalah katakan. (Hahahaha....) Ada juga yang berkata wanita berkenaan kecewa kerana gagal ujibakat menjadi artis. Ada pula yang kata dia 'tidak sihat' secara mental. 

Bukan setakat itu, kami juga akan berkumpul di birai tingkap pejabat kami apabila mendapat tahu laluan jalan raya di depan pejabat kami menjadi antara laluan pelumba-pelumba basikal Le Tour de Langkawi. Bukan sekadar percuma, tetapi kami menganggapnya sebagai sokongan kepada pelumba tempatan dalam acara berkenaan....

Kini semua itu hanya tinggal kenangan. Semua rakan sepejabat sudah membawa haluan masing-masing....

6 comments:

Anitadahahs said...

salam.
orang yang mengalami tekanan mental akan ada di mana-mana.kan? betul tak?
tapi Anita sendiri tak berani nak gelakkan orang yang macam mereka ni, sebab ada abang kandung yang lebih kurang macam ni. Dulu sihat, tapi akibat tekanan jadi !@#$%^& :)

p.s doakan yg terbaik utk mereka.

Princess Nur said...

jadikan ia kenangan terindah dalam hidup adik :)

nono2612 said...

salam perkenalan :))

BLADE EDGE said...

anita: aminnn...

princess nur: antara yg diingati tu :-)

nono: :-) dtg la slalu...

qasehraihan said...

akak tg cr entri br..
eh crita awk ni kt trg ke kt ne ni??
awk trg kt mana ek??

BLADE EDGE said...

QR: citer kat kuala tganu :-) sy mmg org sini...