MY FOLLOWERS

Saturday, February 26, 2011

Artikel - Larangan Meminum Khamar dan Kesan Akibat Meminumnya

Credits to: Family
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...


Sebelum ini, saya ada siarkan entri mengenai bahaya khamar yang turut disertakan beberapa hadis dan firman Allah s.w.t. berkaitan dengannya.

Sememangnya manusia dilarang sama sekali daripada meminum minuman beralkohol atau kata lainnya khamar atau arak, kerana ia mendatangkan kesan buruk ke atas tubuh badan seseorang individu. Ia telah diketahui umum sejak lama dahulu bahkan dalam al-Quran juga ada menyebut mengenai larangan meminumnya. Setiap agama di dunia ini juga melarang penganutnya meminumnya.

Istilah alkohol berasal daripada bahasa Arab al-kuhol, yang bermaksud 'sesuatu yang tersembunyi'. Ramuan utama minuman beralkohol ialah etanol. Etanol ialah sejenis bahan kimia yang berupaya menekan aktiviti otak, justeru mengubah kewibawaan akal fikiran. Penggunaan alkohol secara berterusan untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan kesan tolerans iaitu peminum terpaksa mengambil amaun yang semakin banyak bagi mendapatkan kesan yang serupa. Kesan lain ialah penagihan dari segi rohani dan jasmani. 



Selepas seseorang meminum arak, alkohol akan diserap masuk ke dalam perut. Namun begitu, jalan utama alkohol ini masuk ke dalam darah ialah melalui usus kecil. Seterusnya, alkohol akan dibawa ke jantung yang akan mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh bahagian dalam tubuh. Kesan utama pengambilan alkohol ialah pada otak. Di sini, alkohol memberikan kesan ke atas bahagian-bahagian yang biasanya berfungsi mengawal maruah dan disiplin diri sehingga menyebabkan peminumnya merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru,dan pergerakannya pula menjadi tidak terkawal. Peminumnya juga kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti.

Larangan agama sememangnya berasas. Selain  memabukkan, alkohol juga mendatangkan mudarat kpada kesihatan diri seseorang jika diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita.


Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa. Kesannya boleh dikelaskan kepada kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang.

Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu. Dalam masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol. Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar.

Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut, kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid bagi perempuan.  Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan bunuh diri.



Kesan Kepada Otak

Selepas diminum, alkohol akan meresap dari usus kecil ke dalam darah.  Alkohol terus dibawa ke jantung yang akan mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh tubuh. Dari sini ia terus meresap ke dalam otak dan seterusnya ke seluruh urat saraf. Otak merupakan salah satu organ penting yang dimiliki oleh manusia dan berfungsi mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang dan dengan kemasukan bahan asing ini ke dalamnya, ia akan mempengaruhi pergerakan dan kelakuan peminumnya. Semakin banyak jumlah alkohol yang diminum semakin kuat otak tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.


Kesan Kepada Perut

Alkohol juga menyebabkan kerengsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Bagi mereka yang memang menghidapi ulser perut, sakitnya akan menjadi semakin teruk.



Kesan Pada Hati

Setiap kali seseorang meminum alkohol, hati akan mengalami kecederaan (mendapat luka). Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini akan mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini disebut sirosis hati dan boleh membawa maut. Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksik alkohol. Pada mulanya ia menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran darah akan mengecut. Ini menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke hati dengan sempurna dan akhirnya saluran darah akan membengkak lalu pecah. Pada peringkat kritikal, penghidap hepatitis akan mengalami muntah darah dan najis mereka akan bercampur dengan darah.


Kesan Pada Saraf

Kerosakan saraf boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi, dan kecenderungan membunuh diri.


Kesan Kepada Janin

Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.




Selain daripada kesan-kesan di atas, alkohol juga bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat. Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang melakukan senaman. Kepada penghidap penyakit jantung, mereka mempunyai kemungkinan diserang penyakit itu.

Peminum alkohol juga didapati lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencatkan hormon penahan kencing. Peminum alkohol juga mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan ketandusan vitamin. Bagi perokok yang meminum alkohol boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya pada bahagian mulut dan tekak.

Kesan pengambilan alkohol juga boleh menimbulkan pelbagai masalah sosial. Masalah ketagihan alkohol boleh merosakkan hubungan persahabatan, kehilangan pekerjaan, hutang, simpanan keluarga dihabiskan, masalah rumah tangga, penganiayaan, penderaan, keruntuhan moral dan sebagainya. 

Perbandingan paras alkohol di dalam darah dengan kesannya terhadap otak


Bahaya alkohol juga amat ketara terhadap peminum alkohol kronik. Pengambilan alkohol secara berpanjangan boleh mengakibatkan komplikasi fizikal, kejiwaan, dan sosial. Selain daripada ulser perut, alkohol juga dikesan menyebabkan sirosis hati di Hospital Kuala Lumpur di antara tahun 1982-1988. Peminum alkohol juga mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah, dan ketandusan vitamin). Otot-otot, rangka, dan jantung juga mengalami degenerasi dalam jangka masa panjang.




Kerosakan saraf boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi, dan kecenderungan membunuh diri. Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.

Justeru itu, jelas keburukan alkohol jauh mengatasi kebaikannya. Hanya manusia yang masih terus membebal!


Sumber
Larangan Meminum Alkohol
Kesan Pengambilan Alkohol

6 comments:

mia.lia said...

yg tak elok kita jauhkan :)
tp mnusia zmn skarang ni
lain skit. DZ

cik yam said...

yep lagi2 melayu. bukan nak kondem bangsa sendiri tapi kebanyakan buat arak dah macam air mineral jer. SAD!

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

assalamualaikum blade !

hehee.. thanks 4 coming !
sihat tak ni ?

good info pasal alkohol..
nice info ...

Bella Ayub said...

dalam al-Quran pun dah melarang penganutnya untuk x ambil alkohol dalam khidupn..

apple said...

huhu....
2la...manusia zaman sekarang ni sudah lupa apa itu dosa dan pahala..

anyway...happy bloging^^

BLADE EDGE said...

mia.lia: tu la..zaman skrg ni org mcm dah xtau halal haram. sbb tu kot smakin byk kerosakan.

cik yam: btul tu. kdg2 org melayu ni lebih2 pulak.

tim cik kupu2: wsalam..saya sihat jer...

bella: byk ayat dlm quran n hadis yg melarang.

apple: sbb tu kene slalu diperingatkan, supaya xtersasar dr jlnNya.