MY FOLLOWERS

Tuesday, March 1, 2011

Berita - Sambutan Maulidur Rasul SKGB 2011

Credits to: SKGB
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum...



Cuti Maulidur Rasul adalah pada Selasa 15.2.2011 sebagaimana dalam kalendar. Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan sambutannya pada hari Khamis, 17.2.2011. Acara majlis bermula jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 11.30 pagi. Sebagai permulaan majlis pagi itu, semua murid dari Pra-sekolah hinggalah tahun enam SKGB berarak ke masjid Unisza sejauh sekitar 2 kilometer. 




Semua murid tahap 1 dan 2 serta seluruh warga SKGB terlibat dalam majlis ini. Di masjid Unisza turut diadakan sesi ceramah dan pertandingan mewarna. Acara penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna dan sepanduk terbaik telah diadakan di dewan sekolah. Makanan dan minuman turut disediakan.

Sekalung ucapan terima kasih juga buat semua guru dan anggota polis yang bertugas menjaga keselamatan murid-murid khusus untuk memastikan acara sambutan berjalan lancar.

No comments: