MY FOLLOWERS

Thursday, June 30, 2011

Artikel - Tekken Tag Tournament 2

Credits to: Wikipedia, Youtube
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....




Tekken Tag Tournament 2 (鉄拳タッグトーナメント2 Tekken Taggu Tōnamento 2?) ialah kesinambungan kepada siri permainan video perlawanan Tekken. Permainan ini adalah yang kedua dalam sirinya yang memberikan tumpuan kepada perlawanan berpasukan berbanding perlawanan secara satu lawan satu. Ia telah diumumkan pada 18 September 2010 ketika acara Tougeki

Penerbitnya, Katsuhiro Harada menyatakan di laman Twitter bahawa enjin permainan kali ini adalah berbeza berbanding yang digunakan dalam Tekken 6. Penayangan versi arked permainan ini di Jepun asalnya dirancang untuk musim panas 2011, namun ditangguhkan ke musim luruh 2011 berikutan peristiwa gempa bumi Great East Japan Earthquake.

Filem - Inception, RE: Afterlife, Predators (Download!!)

Credits to: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....

Seronok menonton filem? Bosan dengan filem lama? Di sini saya sertakan beberapa lagi pautan kepada filem-filem terbaru tahun 2010/2011 untuk anda muat turun. Kualiti gambar amat memuaskan dan disertakan sekali dengan terjemahan dalam Bahasa Inggeris. Pilihan di tangan anda!


Inception 


USA Upload - Part 1  |  Part 2


Resident Evil: Afterlife 


Mediafire - Part 1  |  Part 2


Predators 


Mediafire - Part 1  |  Part 2


Sesiapa yang ingin memuat turun, pastikan anda cepat sebelum fail tersebut dipadamkan dari simpanan laman pautan berkenaan. Muat turun kesemua bahagian dahulu dan cantumkan (join) menggunakan perisian HJ Split. 

Selamat berhibur!

Filem - Salt, Tooth Fairy, Ultraman Zero: The Movie (Download!!)

Credits to: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....

Di sini ada beberapa lagi filem yang saya ingin kongsikan bersama anda.

Salt (subtitle disediakan)


Mediafire - Part 1  |  Part 2


Tooth Fairy (tiada subtitle)


Mediafire (1) - Part 1  |  Part 2  |  Part 3

Mediafire (2) - Part 1  |  Part 2


Ultraman Zero The Movie: The Revenge of Belial [2011] BRRip Japanese Ver. RMVB DOWNLOAD


Mediafire - Part 1  |  Part 2



Ingin saya ingatkan kepada anda sekali lagi. Muat turun kesemua bahagian terlebih dahulu, kemudian cantumkan (join) menggunakan perisian HJ Split. Perisian ini boleh dimuat turun secara percuma di SINI atau anda boleh juga cari sendiri laman muat turun perisian ini melalui enjin carian Yahoo atau Google.

Wednesday, June 29, 2011

Kesihatan - Khasiat Pisang

Credits to: FineTuneYou
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....
Di sini saya sampaikan satu nasihat berkenaan khasiat petai. Mungkin ramai yang tidak tahu. Justeru, sekiranya anda sudah mengetahuinya, mungkin anda akan mula melihat perkara ini secara berbeza.

Dalam pisang terdapat tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa. Pisang turut mengandungi serat, yang memberikan sejumlah tenaga segera serta cukup banyak untuk melalui kehidupan seharian. Kajian membuktikan hanya dua hidangan pisang mampu memberikan tenaga yang cukup untuk satu sesi senaman aktif selama 90 minit. Maka tidak hairanlah pisang menjadi buah pilihan nombor satu atlet. 

Walaubagaimanpun, pisang bukan sekadar membantu memberikan tenaga untuk kekal sihat, ia turut membantu mengatasi pelbagai penyakit dan masalah kesihatan yang menjadikannya antara menu wajib dalam diet seharian. 

 
Masalah kesedihan/kemurungan:
Berdasarkan satu tinjauan yang dijalankan oleh MIND terhadap mereka-mereka yang mengalami masalah kemurungan, kebanyakan daripada mereka berasa lebih baik sesudah memakan pisang. Ini kerana dalam pisang terdapat tryptophan, sejenis protein yang ditukar kepada serotonin dalam tubuh yang membuatkan seseorang berasa lebih tenang, memperbaiki mood dan secara umumnya akan membuatkan seseorang itu berasa lebih gembira.

Sindrom prahaid - PMS (premenstrual syndrome):
Lupakan pil, makanlah petai. Vitamin B6 yang terdapat dalam pisang membantu mengawal tahap glukosa dalam darah yang memberi kesan kepada mood seseorang.

Anaemia:
Pisang juga tinggi dengan zat besi yang merangsang penghasilan haemoglobin dalam darah.

Tekanan darah:
Sebagai buah tropikal yang unik. pisang juga sangat tinggi dengan kandungan potassium dan rendah kandungan garam menjadikan ia sempurna untuk mengatasi masalah tekanan darah. Pertubuhan Food and Drug Administration (FDA) di Amerika membenarkan industri pisang menyatakan secara rasminya mengenai kelebihan buah ini yang mampu mengurangkan risiko tekanan darah strok. 

Keupayaan otak:
200 orang pelajar di sebuah sekolah di Twickenham (Middlesex) yang menghadapi satu peperiksaan dibantu dari sudut pemakanan dengan diberi makan pisang ketika sarapan, rehat dan makan tengahari bagi merangsang keupayaan otak mereka. Kajian turut mendapati pisang yang kaya dengan potassium membantu menjadikan pelajar lebih peka dan pintar dalam pembelajaran.

Masalah sembelit:
Pengambilan pisang yang mengandungi serat dalam diet membantu mengembalikan tindak balas usus kembali normal tanpa perlu mengambil julap.

Hangovers (Pening kerana terlalu banyak minum alkohol - rujuk Kamus BM-BI DBP):
Salah satu cara paling mudah  untuk memulihkan rasa pening kerana terlalu banyak minum alkohol ialah dengan mengambil susu kocak pisang (banana milkshake), yang dicampur dengan madu. Pisang membantu meredakan perut, madu membantu mengembalikan tahap gula dalam darah yang telah habis, manakala susu melegakan dan menghidratkan semula sistem tubuh.

Pedih hulu hati:
Pisang mengandungi antasid semulajadi yang memberikan kesan kelegaan terhadap tubuh.

Mabuk hamil (morning sickness):
Mengambil pisang sebagai snek antara hidangan membantu mengekalkan tahap gula dalam darah dan mengelakkan masalah morning sickness.

Gigitan nyamuk:
Sebelum anda terfikir untuk menyapu krim gigitan serangga, cubalah gunakan cara ini dahulu - Sapukan kawasan yang digigit dengan bahagian dalam kulit pisang. Ramai yang berkata ia berkesan mengurangkan bengkak dan kerengsaan. 

Saraf:
Pisang juga kaya dengan vitamin B membantu menenangkan sistem saraf.

Lebih berat badan:
Kajian yang dijalankan di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja mendorong seseorang itu mengambil makanan ringan seperti coklat dan yang rangup/rapuh seperti biskut. Daripada sejumlah 5000 pesakit di hospital, pengkaji mendapati kebanyakan mereka yang obes bekerja dalam suatu pekerjaan yang penuh dengan tekanan. Laporan menyimpulkan untuk mengelakkan keinginan makan yang tercetus akibat perasaan panik, kita perlu mengawal tahap gula dalam darah dan menjadikannya stabil ialah dengan cara mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi setiap dua jam.

Ulser:
Pisang digunakan sebagai makanan diet bagi menentang gangguan usus (intestinal disorders) kerana teksturnya yang lembut dan licin. Pisang satu-satunya makanan asas yang boleh dimakan rasa bimbang bagi kes-kes yang over-chronicler.  Ia juga meneutralkan keadaan terlebih asid dan mengurangkan kerengsaan dengan menyaluti lapisan pada perut. 

Mengawal suhu:
Dalam banyak kebudayaan, pisang dilihat sebagai buah yang 'menyejukkan' yang boleh menurunkan suhu secara fizikal dan emosi ibu-ibu yang hamil. Sebagai contoh, di Thailand, wanita-wanita yang hamil akan memakan pisang untuk memastikan bayi mereka lihat dengan suhu yang dingin. 

Seasonal Affective Disorder (SAD): 
Pisang membantu pengidap SAD kerana ia mengandungi tryptophan, penambah mood semulajadi.


Merokok: 
Pisang juga boleh membantu mereka-mereka yang teringin untuk berhenti merokok. Vitamin B6, vitamin B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang membantu memulihkan tubuh daripada kesan pengambilan nikotin.


Stres: 
Potassium ialah mineral yang penting yang membantu mengembalikan degup jantung ke paras normal, menghantar oksigen ke otak dan mengembalikan keseimbangan air dalam tubuh. Apabila stres, kadar metabolisme badan akan meningkat ayng mengurangkan paras potassium dalam badan. Keseimbangan ini dapat dikembalikan dengan memakan pisang yang tinggi kandungan potassiumnya.


Angin ahmar (Strok): 
Berdasarkan kajian dalam "The New England Journal of Medicine", memakan pisang sebagai sebahagian diet kebiasaan dapat mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%.


Kutil/ketuat: 
Bagi mereka yang mengutanakan alternatif semulajadi untuk menghilangkan ketuat, ambil sedikit kulit pisang dan tekapkan atas ketuat dengan bahagian kulit yang kuning di luar. Lekatkan plaster di atasnya.

Sumber asal

Pautan lain:

Kesihatan - Kismis: Kepelbagaian dan Khasiatnya

Credits to: Wikipedia, Stevia Flora, Serik Kasih, Blog Aidura, Rosyidi.com
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....

Kismis adalah anggur yang telah dikeringkan. Kismis dihasilkan di banyak tempat di seluruh dunia. Kismis boleh dimakan secara mentah ataupun digunakan dalam masakan, dibakar atau secara bru. Di United Kingdom, Ireland, Australia, New Zealand, dan Kanada, kata "raisin" dalam Bahasa Inggeris merujuk kepada anggur hitam bersaiz besar yang telah dikeringkan, dengan "sultana" merujuk kepada anggur putih bersaiz besar yang dikeringkan, manakala "currant" pula merujuk kepada anggur Black Corinth kecil yang telah dikeringkan.


Kepelbagaian

Kepelbagaian kismis bergantung kepada jenis anggur yang digunakan, dan dihasilkan dalam pelbagai saiz dan warna termasuk hijau, hitam, biru, ungu dan kuning. Kepelbagaian anggur tanpa biji juga termasuk sultana (juga dikenali sebagai Thompson Seedless di Amerika Syarikat). Kebiasaannya, kismis dihasilkan dengan cara dikeringkan di bawah sinaran matahari, tetapi ada juga yang direndam dalam air atau dinyahhidratkan. Kismis kuning dihasilkan daripada jenis sultana, dirawat dengan sulfur dioksida (SO2) dan seterusnya dikeringkan secara pemanasan bagi memberikannya warna karakteristiknya. Anggur tanpa biji dari jenis Black Corinth juga dikeringkan di bawah sinaran matahari untuk menghasilkan kismis bersaiz kecil dinamakan Zante yang mempunyai warna yang lebih gelap serta rasa yang masam. Beberapa jenis kismis dihasilkan di Asia. Jika di Barat, kismis hanya dihasilkan oleh pekedai-pekedai runcit yang mempunyai keistimewaan tertentu berkaitan penghasilan kismis. Kismis hijau dihasilkan di Iran.


Khasiat

Kismis terdiri daripada 67% ke 72% gula mengikut berat, dan kebanyakannya daripada fruktosa dan glukosa. Kismis juga terdiri daripada 3% protein dan 3.5% serabut diet. Kismis juga sebagaimana buah prun dan aprikot, tinggi dengan antioksidan tertentu. Seperti juga buah-buahan kering yang lain, kismis mempunyai kandungan vitamin C yang rendah. Kajian terbaru oleh Christine D.Wu dari Universiti Illinois, Chicago, Amerika Syarikat turut mendapati meskipun kismis mempunyai kandungan gula yang tinggi, kismis mempunyai antioksidan yang membantu melawan bakteria dalam mulut yang mengakibatkan kaviti dan penyakit gusi. 

Antara antioksidan itu adalah asid oleanolic, oleanolic aldehyde, betulin, asid betulin dan 5-(hydroxymethyl)-2-furfural. Asid oleanolic mampu menghambat pertumbuhan dua spesies bakteria penghuni mulut iaitu streptoccus mutan, penyebab plak dan kerosakan gigi serta porphyromonas gingivalis, penyebab penyakit periodontal. Selain itu, kismis juga mempunyai kandungan zat besi, potassium, magnesium, kalsium, vitamin B1, B3 dan B6.

Walaubagaimanapun, kismis boleh menyebabkan kegagalan ginjal pada anjing. Sehingga kini, puncanya masih belum diketahui.


Gula dalam kismis

Kismis mempunyai rasa manis kerana kadar kepekatan gulanya yang tinggi iaitu antara 30g fruktosa dalam setiap 100g. Gulanya boleh terhablur dalam buah apabila disimpan untuk satu jangka masa yang lama, yang menjadikan kismis kering itu kasar, namun itu tidak menjejaskan kegunaannya. Butir-butir gula ini boleh dilarutkan dengan cara mencelurkan buah dalam air panas atau cecair yang lain.




Dalam Islam, kismis sudah lama disaran untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius.

Antara kebaikan kismis ialah meningkatkan daya ingatan dan hafalan, menghilangkan rasa panas dalam badan, menghilangkan lendir, menguatkan saraf, menambahkan tenaga dan stamina bagi menguatkan tubuh badan. Kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli yang memberikan tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan.

Sementara itu, pakar pemakanan dari sebuah hospital swasta, Tan Yen Sing, berkata, kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

"Malah, khasiat daripada kismis juga boleh mengurangkan risiko strok dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan.

Selain itu juga, kismis mengandungi fiber dan asid tartaric. Ia juga baik untuk kesihatan tulang dalam badan anda.

Katanya, kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalium yang merupakan nutrien penting untuk badan.

"Saya menafikan memakan kismis akan membuatkan anda gemuk. Ia adalah mitos. Ini kerana, manis yang ada pada kismis adalah manis buah-buahan yang asli.

"Ia juga mudah untuk dibawa dan boleh dipelbagaikan dalam masakan seisi keluarga," ujar Tan Yen Sing.

Tuesday, June 28, 2011

Seni & Kreativiti - Tilam ....tilam!!!

Credits to: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assalamualaikum....


Sentiasa romantik


Kerinduan, kegersangan...???

Sesuatu untuk dicuba? Anda faham maksudnya :-)

Harap-harap bukanlah untuk penjenayah..

Sesuai untuk pasangan

Sumber

Setiap tilam bukan setakat tempat tidur, tetapi ada juga mesejnya :-)

Artikel - Mengapa Lelaki Tidak Boleh Menulis di Kolum Nasihat?

Credits to: -
Gambar ihsan: -


Assalamualaikum...


Ingin mengetahui lebih jelas?
  1. Lihat pada keratan akhbar di atas. Klik untuk paparan lebih jelas.
  2. Baca masalah yang dikemukakan oleh penanya dan highlight masalahnya.
  3. Lihat jawapan ditulis oleh si penulis kepada si penanya (kolum sebelah kanan) :-D

Hehehehehe....

Berita - Muslim Amerika Masih Diterima Dalam Komuniti Masyarakat

Credits to: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum...


Beberapa hari yang lalu penulis ada membaca satu berita di Yahoo News berkenaan apa yang dilalui oleh saudara seagama kita di Amerika. Penulis tertarik dengan maklumat tinjauan pendapat mengenai sejauh mana masyarakat Muslim diterima kehadirannya dalam komuniti masyarakat di sana, lebih-lebih lagi selepas insiden 11 September 2001. 

A Pew poll from last August found that only 30 percent of Americans had a favorable view of Islam, down 10 percentage points from 2005. However, a more recent March CNN poll found that 70 percent of Americans would be fine with a mosque existing in their community -- a much higher percentage than the proportion of Americans professing a favorable view of Islam. That suggests that even if a majority of Americans disapprove of the religion, they are OK with their neighbors' choice to follow it.


Meanwhile, young Muslim Americans are hoping that bin Laden's death can be a positive turning point in the relationship between Muslim and non-Muslim Americans. They hope that, with bin Laden out the picture, they will no longer be saddled the widespread public suspicion they've encountered since the terrorist attacks of Sept. 11, 2001.

KLIK SINI untuk berita penuh.

Dari satu sudut, penulis terfikir keadaan ini tidaklah begitu berbeza jika dibandingkan dengan apa yang dilalui di negara ini. Masyarakat di negara ini berbilang kaum dan terdapat berbagai pegangan agama. Di negara ini, agama Islam menjadi agama rasmi persekutuan dan dalam masa yang sama penganut agama lain juga bebas mengamalkan agama masing-masing dalam suasana yang aman.

Berita - Kumpulan Genting Penaja Terbaru Kelab Aston Villa

Credits to: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg



Assalamualaikum....

Kumpulan Genting menjadi syarikat Malaysia yang terbaru menaja kelab di Liga Perdana Inggeris. Genting Casinos, syarikat yang mempunyai operasi Kasino terbesar di United Kingdom diumumkan menjadi penaja utama baru kelab Aston Villa. Syarikat itu menandatangani perjanjian untuk menaja selama 2 tahun bermula 1 Julai ini sehingga penghujung 2012-2013.

Nilai keseluruhan penajaan bagaimanapun tidak didedahkan.

Serentak dengan pengumuman ini, Aston Villa turut melancarkan jersi 'away' baru untuk musim 2011-2012 dengan logo 'Genting Casinos' di dada. Genting merupakan antara syarikat antarabangsa terbesar dari Malaysia dan mempunyai perniagaan di serata dunia. Lihat di bawah:

Gabriel Agbonlahor menggayakan jersi 'away' terbaru Aston Villa dengan logo 'Genting'
 
Di UK sahaja, Genting mengoperasi lebih 40 buah kasino.

Kelab Liga Championship England Cardiff City mengeluarkan jersi terbaru mereka untuk musim depan dengan perkataan 'Malaysia' terpampang di dada jersi. Ini adalah salah satu kempen bertujuan untuk mengetengahkan Malaysia di mata dunia.

Cardiff City atau nama gelarannya 'Bluebirds' adalah kelab milik penuh 2 usahawan dari Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan dan Datuk Chan Tien Ghee yang juga bapa kepada pemain skuad Piala Presiden Kelantan, Nicholas Chan. Kedua-dua tokoh korporat ini membeli kelab ini pada 27 Mei 2010 hanya beberapa hari sebelum Cardiff tewas dalam perlawanan play-off ke Liga Perdana Inggeris.


Menurut pegawai Eksekutif kelab itu, Gethin Jenkins, hubungan baik antara Cardiff City dan Malaysia adalah punca utama perkataan 'Malaysia' dipilih untuk berada di dada jersi utama meskipun beberapa penaja lain berhasrat untuk menjadi penaja utama mereka tahun ini.

Jenkins juga menambah, Malaysia sememangnya sebuah negara yang unik di mana mereka amat mencintai sukan bola sepak dan mempunyai ramai peminat di seluruh negara.

Untuk memastikan pembangunan bolasepak di Malaysia, Cardiff juga telah membuka sebuah akademi bola sepak yang diberi nama '1Malaysia Cardiff City Grassroot Academy' di Kuala Lumpur.

Perkembangan ini diharap akan dapat memberikan kesan positif kepada perkembangan sukan bola sepak dari peringkat akar umbi di Malaysia. Usaha yang dijalankan seharusnya mendapat pujian dan sokongan dari semua pihak. 


P/s: 
Genting Highland dan kasino sebagai tempat perjudian, menjadi penaja sukan dan ramai yang menyokong.. sesuatu untuk difikirkan. Sila berikan komen anda.
Tidak tahu mengenai kewujudan akademi bola sepak yang ditaja oleh syarikat perjudian. Ramai pemain dan peminat adalah dikalangan umat Islam.

Monday, June 27, 2011

Filem - Johnny English: Reborn

Credits to: SyokOrg, Youtube, Wikipedia
Gambar ihsan: Wikipedia



Assalamualaikum....


Anda peminat Rowan Atkinson? Sekiranya anda kurang mengenali nama ini, diharapkan anda tidak lupa akan nama Mr Bean. 

Setelah beberapa lama tidak muncul di layar perak, kini anda bakal berpeluang menyaksikan kemunculannya kembali menerusi sekuel terbaru Johnny English (tahun 2003) iaitu Johnny English: Reborn.

Untuk pengetahuan semua dan kepada mereka-mereka yang mungkin sudah lupa mengenai filem ini, Johnny English ialah filem parodi kepada ejen penyiasat James Bond.



Filem Johnny English: Reborn turut dibarisi bintang seperti Gillian Anderson (X-Files), Pierce Brosnan (err.. James Bond?), Rosamund Pike, Dominic West dan diarahkan oleh Oliver Parker. Filem ini dijangka menemui penonton di pawagam bermula 7 Oktober 2011.

Filem - Faster, I Am Number Four, Push, The Tournament (Download!!)

Credits to: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....

Oleh kerana saya tiada apa untuk dibuat pada malam ini, di sini saya kongsikan bersama anda pautan beberapa filem yang ada dalam simpanan saya untuk dimuat turun buat hiburan anda semua. Mungkin ada di antara filem ini sudah agak lama, tetapi saya yakin sekiranya ada sesiapa di antara peminat yang belum menonton, mungkin ini peluang buat anda. Segalanya terpulang kepada anda, tiada paksaan. Usah risau, kualiti gambarnya agak memuaskan, bukan direkod dari pawagam :-)


Faster (subtitle disediakan)


Mediafire - Part 1  |  Part 2

USA Upload - Part 1  |  Part 2


I Am Number Four (subtitle disediakan)


Mediafire (1)  Part 1  |  Part 2  |  Part 3

Mediafire (2)  Part 1  |  Part 2  |  Part 3

Mediafire (3)  Part 1  |  Part 2 


Push (tiada subtitle)


Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4  |  Part 5


The Tournament (subtitle disediakan)


Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4 (subtitle)

Sebelum anda boleh menontonnya, anda perlu muat turun kesemua bahagian terlebih dahulu. Sesudah selesai muat turun, sila cantumkan (join) kesemua bahagian menggunakan perisian HJ Split.

Lain-lain muat turn yang saya kongsikan setakat ini: 

Selamat berhibur, tetapi mohon maaf sekiranya pautan yang disediakan sudah tiada.

Saturday, June 25, 2011

Berita - Spider-Man: Shattered Dimensions

Credits to: Yahoo Games, Wikia, Wikipedia
Gambar ihsan: Yahoo Games, Wikipedia


Assalamualaikum...


Permainan video ini mengetengahkan karakter Spider-Man dari empat dimensi berbeza dan setiap dimensi memaparkan kisah yang berbeza tetapi bertumpu pada satu objektif yang sama iaitu mengumpulkan semula serpihan artifak Tablet of Order and Chaos yang pecah secara tidak disengajakan.


Plot

Spider-Man berada di sebuah muzium dalam usahanya menghalang rompakan didalangi oleh Mysterio apabila dia secara tidak sengaja telah menumbuk sebuah plat artifak misteri yang digelar Tablet of Order and Chaos. Plat berkenaan telah pecah kepada 17 bahagian dan Mysterio melarikan diri dengan salah satu daripadanya. Sebahagian serpihan yang lain tertinggal dalam dimensinya dan sebahagian lagi telah termasuk ke dimensi lain, yang mengundang masalah kepada dunia realiti. Madame Web muncul untuk membantu Spider-Man dan memberitahunya masalah yang telah ditimbulkan serta di mana serpihan-serpihan yang lain berada.

Madame Web turut memberi amaran kepada Spider-Man yang lain mengenai krisis berkenaan serta untuk mendapatkan semula kesemua serpihan lain yang telah jatuh ke tangan 13 orang penjahat berbeza di empat dunia/dimensi berlainan. Kini terpulang kepada empat Spider-Man di empat dimensi untuk mendapatkan semula semua serpihan dan mengembalikan artifak berkenaan sebelum kesemua empat dimensi musnah. (Baca selanjutnya DI SINI)



Sebagaimana reviu dari Yahoo Games dan di beberapa sumber lain, menyatakan permainan ini mendapat maklum balas positif dan agak memuaskan.

Paranormal - Hilang Dalam Kandungan

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

(Sebagaimana diceritakan oleh penulis asalnya)

Di sini ingin saya ceritakan apa yang berlaku pada kakak saya suatu ketika dahulu. Kejadian berlaku sekitar 80-an dan ketika itu kakak saya hamil 7 bulan. Pada masa itu, abang ipar saya bekerja sebagai pemandu bas yang memandu dari Johor Bharu ulang-alik ke Kuala Lumpur dan selalu tiada di rumah. Pada suatu malam, kakak saya bermimpi didatangi oleh seorang lelaki tua yang meminta bayi yang ada dalam kandungannya. Kakak saya tidak berikannya tetapi lelaki tua itu ambil juga, seperti merampas tanpa kebenaran. Keesokan paginya sejurus dia terbangun, perutnya sudah kempis. Kesudahannya, kakak saya sudah tidak boleh hamil lagi walaupun sudah berubat di banyak tempat.


Baru-baru ini bapa saya sakit kuat. Kedua-dua kaedah moden dan tradisional telah digunakan untuk mengubatinya. Semasa berubat, ada orang-orang kampung berkata bapa saya adalah dari keturunan Wali Songo, wali yang terkenal di Indonesia pada masa dahulu. Kiranya abang saya yang sulung sebagai keturunannya yang ketujuh dan dia sebenarnya memang berminat dalam ilmu-ilmu sebegini.


Suatu hari di penghujung tahun, abang saya yang ini kata dia pernah memasuki alam bunian. Katanya alam bunian tenang sahaja dan suasan sekelilingnya redup. Kemudian, dia terjumpa sekumpulan budak perempuan dalam lingkungan umur 20-an sedang bermain-main. Bila didekati, semuanya lari kecuali seorang sahaja yang tinggal. Di antara ramai gadis dalam kumpulan tadi, inilah yang paling cantik dan putih. Abang saya bertanya kenapa dia tidak lari dan dia pun menjawab, "Buat apa nak lari, kan ke kita sekeluarga?" Abang saya kehairanan. Kemudian dia pun bertanyakan nama ibu dan bapa budak perempuan ini dan dia pun menyebut nama kakak dan abang ipar saya yang kehilangan bayi dalam kandungan dahulu! Selepas itu, abang saya terus terjaga.

Friday, June 24, 2011

Artikel - 12 Perkara Yang Merosakkan Otak

Credits to: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...



1. Mengabaikan pengambilan sarapan pagi

Individu yang sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko besar mengalami kekurangan gula dalam darah. Ini akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak dan akan menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan.

2. Terlalu banyak makan
Menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagian arteri otak lalu memperlahankan kuasa mental.

3. Merokok
Menyumbang kepada pengecutan otak dan penyebab kepada penyakit Alzheimer.

4. Pengambilan gula yang tinggi
Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrien seterusnya akan menyebabkan gangguan kepada perkembangan otak.

5. Pencemaran udara
Otak adalah penerima oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Kurang tidur
Mengabaikan kualiti tidur yang sempurna, akan menjejaskan sel otak dan akan mendatangkan risiko tinggi kepada berlakunya kegagalan otak untuk berfungsi.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Berfikiran sempit
Berfikir adalah latihan terbaik untuk merangsang otak. Namun, jika seseorang sering berfikiran sempit, ia boleh menyebabkan berlakunya pengecutan di bahagian otak.

10. Kurang berkomunikasi
Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang jarang berkomunikasi, lama kelamaan fungsi otak akan mengalami kemunduran.

11. Kurang membaca
Keupayaan berfikir tidak meluas dan sempit. Keupayaan berbahasa juga mengurang.

12. Mengabaikan meditasi
Tiada ruang rehat untuk otak dan tubuh akan menjejaskan kemampuan memproses maklumat. Bagi Muslim, membaca al-Quran dan solat adalah meditasi terbaik, jika tidak dibuat dengan gopoh!

Artikel - Fadilat Puasa Sepanjang Bulan Rejab (Bhgn 3)

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum...

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun.
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir.
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat.
  • Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya.
  • Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.


Peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab:

  • Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  • Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)
  • Perang Tabuk terjadi di dalam tahun kesembilan Hijrah.




Doa pada bulan Rejab:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikan kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku.

Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan mengakui dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau, Ya Allah."

Fadilat Puasa Sepanjang Bulan Rejab (Bhgn 1 dan Bhgn 2)

Wednesday, June 22, 2011

Sekadar Luahan - Jadilah Diri Sendiri, Jangan Ambil Hak Orang Lain Sesuka Hati!!

Credits to: Julmazli Dot Com, all bloggers
Gambar ihsan: Facebook Fatin Liyana


Assalamualaikum...

Sebelum ini rasanya sudah ramai penulis blog menulis teguran buat semua supaya menjadi diri sendiri dalam setiap perkara yang dilakukan. Kebanyakan teguran dibuat susulan ada segelintir pihak yang mengambil bahan dari blognya tanpa kebenaran sama ada tulisan ataupun foto, dan tidak disertakan kredit ke blognya, malah ada juga dibuat ekoran daripada berlakunya kecurian identiti oleh pihak tidak bertanggungjawab di laman sosial seperti Facebook. Laman sosial lain? Wallahualam...

Sudah banyak kali teguran dibuat, namun ia masih lagi berlaku. Kenapa?

Ditegur secara baik pun sudah, malangnya ada juga segelintir 'pencuri identiti' melawan tuan empunya yang asal. Kata orang, bersikap 'lawan tokey'. Patutkah begitu?

Segala yang ditulis di blog ini boleh dijadikan panduan. Meskipun ia ditujukan kepada penulis-penulis blog, namun setelah membacanya, saya sendiri berpendapat ada di antara isi kandungan masih boleh digunapakai sekalipun di laman sosial.

Sebentar tadi, penulis ada melayari Facebook dan terjumpa halaman milik seorang pengguna lain yang dipautkan ke halaman Facebook penulis. Terkejut seketika kerana memaparkan foto penulis blog Fatin Liyana, namun setelah diperhatikan dengan teliti, jelas identiti milik pengguna ini bukan sepertimana identiti gambarnya. Jika dilihat di bahagian komen pada albumnya, anda akan dapati perbualannya adalah dalam loghat Terengganu. Tambahan lagi, Fatin Liyana bukannya orang Terengganu tetapi Negeri Sembilan!




Kepada pengikut setia blog Fatin Liyana, anda boleh lihat halaman Facebook miliknya yang sebenar seperti di bawah. Terpulanglah kepada anda semua untuk menilaikannya.

Halaman Facebook I <3 Fatin Liyana

Ataupun di sini.

Halaman Facebook Fatin Liyana Asri


Sejujurnya, sewaktu di awal pembabitan saya di dunia blog, tiada sebarang format saya gunakan ketika menulis artikel. Saya akan tulis apa yang saya rasa mahu ditulis, itu sahaja. Namun, kerana teguran penulis blog lain mengenai perkara sebeginilah membuatkan saya mula menulis artikel-artikel di blog ini secara lebih berformat. Anda boleh lihat di bahagian awal setiap artikel yang saya tulis pastinya saya letakkan ruangan Credits to: dan Gambar Ihsan: sebagai menyatakan kepada anda semua dari mana sumber luaran yang saya peroleh untuk menyokong tulisan saya. Biarlah saya dilabelkan sebagai penulis yang 'lurus' sekalipun, tidak mengapa. Asalkan saya tidak mengambil sesuatu yang bukan milik saya sesuka hati.

Jadilah diri sendiri. Jika tiada, rekalah satu identiti sendiri. Otak dan fikiran waras sudah diberi, gunakanlah sebaiknya. Janganlah ambil sesuatu milik orang lain sesuka hati seolah-olah ia milik anda.

Sunday, June 19, 2011

Artikel - Kenapa Blog Perlukan Artikel Yang 100% Unik dan Berkualiti

Credits to: Julmazli Dot Com
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

Baru sebentar tadi saya menerima kiriman emel berkaitan hal ini. Agak menarik juga kerana selain sebagai satu bentuk promosi, emel yang diterima ini turut memberikan tips berguna buat semua penulis blog. 

Bukanlah sasarannya supaya mendapat trafik tinggi atau imbuhan material semata-mata tetapi ia lebih menekankan kepada perlunya seseorang penulis blog itu mencurahkan ideanya sendiri sebaik-baiknya tanpa menciplak atau mencedok hasil dari sumber lain. Dengan kata lainnya, yang ditekankan di sini ialah dari sudut kredibiliti dan keaslian (originality) tulisan penulis berkenaan. Keaslian artikel yang ditulis turut menambahkan lagi keunikan pada sesebuah blog.


Berikut adalah petikan daripada emel yang saya terima.

Sebenarnya saya baharu saja siap menulis sebuah artikel di blog. Agak panjang juga rasanya.

Di mana saya mengupas manfaat dan keutamaan yang diperolehi oleh sesebuah yang sering menerbitkan artikel unik atau tulen.

Tajuk entri tersebut, 'Kenapa Blog Anda Perlu Menerbitkan Artikel Yang 100% Unik Dan Berkualiti?'


Jemput baca di pautan ini:


http://keajaibanpenjimatan.com/blog/kenapa-blog-anda-perlu-menerbitkan-artikel-yang-100-unik-dan-berkualiti/

Sebenarnya ini adalah jawapan kepada soalan yang banyak ditanyakan oleh rakan-rakan yang menghantar emel.

Semoga ia sedikit sebanyak membuka mata dan memberi motivasi kepada kita semua.


Di sini saya petik sebahagian daripada entri berkenaan (anggap sebagai sinopsis):

Kajian menunjukkan, 119,520 blog dibangunkan setiap hari. Ini satu angka yang besar dan sekurang-kurangnya 40% atau 47,808 post baharu akan diterbitkan setiap hari. Jadi bagaimanakah caranya untuk anda menonjolkan diri anda dan blog anda?

Jawapannya cuma satu, anda perlu menjadi – unik!

Bagaimana caranya menjadi unik dan seterusnya stand out form the coward?

Jawapannya juga cuma satu, anda perlu menulis artikel unik dan berkualiti!

Sebelum mendalami apakah kelebihan-kelebihan menerbitkan artikel unik. Paling baik jika diketahui dahulu apakah yang dimaksudkan dengan artikel unik itu sendiri. Artikel unik adalah merujuk kepada sebuah artikel yang asli yakni tulisan yang dihasilkan sendiri atau dibeli daripada pihak yang menyediakan servis penulisan artikel.

Biasanya sesuatu artikel itu hanya akan dianggap sebagai tulen/asli apabila keunikannya di dalam lingkungan 97% – 100% unik. Ia tidak serupa dengan mana-mana tulisan yang sudah diterbitkan di Internet. Di samping itu juga, aspek kualiti diberi perhatian yang tinggi. Maksudnya, penekanan kepada faedah terhadap orang yang akan membaca tulisan itu nanti.

Artikel-artikel unik memberi banyak kebaikan kepada blog seseorang. Antaranya ... (baca lagi DI SINI)

Bagi saya sendiri, dalam menulis artikel di blog, terpulang kepada apa yang ingin disampaikan oleh si penulis itu sendiri. Tidak semestinya apa yang ingin disampaikan itu belum pernah lagi ditulis, boleh juga melibatkan perkara yang mungkin jarang ditulis. Sebagai contoh, blog ini sendiri sebahagiannya adalah idea penulis sendiri, ada yang dari sumber-sumber lama yang jarang dan belum pernah disebarkan dan ada juga yang diterjemahkan dari artikel lain yang berbahasa Inggeris. Sejujurnya, bukanlah 100% asli :-) Blog ini adalah sebagai satu platform penulis untuk menyampaikan pengetahuan dan peluang (seperti perniagaan dan promosi jika ada) kepada para pengikut dan pembaca sekalian.

Berkenaan menterjemah artikel, saya mengambil pendekatan ini bukanlah secara sebarangan tetapi berdasarkan kefahaman dan juga berpandukan kamus BM-BI. Sebab lainnya ialah agar memudahkan pembacaan kerana kebanyakan masyarakat kita merasakan lebih mudah jika bahan bacaannya adalah dalam Bahasa Melayu. Secara peribadi, pendekatan menterjemah ini menjadi satu kaedah untuk saya memperbaiki penguasaan dan pembelajaran Bahasa Inggeris selain memudahkan saya untuk menyampaikan atau berkongsi pengetahuan kepada pembaca. 

Walaubagaimanapun, saya akui masih ada yang menulis dalam Bahasa Inggeris tetapi tidak seramai yang menulis dalam Bahasa Melayu.

Saturday, June 18, 2011

Artikel - Fadilat Puasa Sepanjang Bulan Rejab (Bhgn 2)

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum...

Kelebihan lain pada Rejab:


  • Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  • Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali dalam Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  • Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah, Ramadan bulan umat Rasulullah.
  • Rejab adalah bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman manakala Ramadan bulan menuai.
  • Amalan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati, manakala Ramadan menyucikan roh.
  • Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Syaaban bulan syafaat, manakala Ramadan adalah bulan untuk menggandakan kebajikan.
  • Rejab adalah bulan taubat, Syaaban bulan muhibah, manakala Ramadan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
  • Pahala amalan baik Rejab diganda 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala dan Ramadan diganda 1000 pahala.
  • Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
  • Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim).
  • Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.
  • Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
  • Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
    Ø  Diampunkan dosanya yang lalu.
    Ø  Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
    Ø  Terlepas daripada dahaga di hari kiamat.
  • Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
  • Allah menjawab: "Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuhnya daripada api neraka."
  • Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau".(Dari kitab Raudatul Ifkar)
  • Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
  • Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
  • Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

KLIK SINI untuk ke pautan sebelumnya.
Bersambung...

Tuesday, June 14, 2011

Hiburan - Francais Filem Adiwira Dengan Kutipan Memberangsangkan

Credits to: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

Sejak akhir-akhir ini, pihak pembikin filem Hollywood semakin banyak menghasilkan filem yang mempunyai francais. Sebagaimana ulasan di Yahoo Movies, filem dengan francais mempunyai lebih tarikan berbanding filem hit (hit movie) kerana jika dilihat dari sudut psikologi penonton, pastinya akan timbul perasaan tertunggu-tunggu apakah kesudahan seterusnya yang berlaku dalam cerita yang disampaikan dalam sesebuah filem.

Berdasarkan pemerhatian penulis sendiri, bagi kebanyakan filem yang dijangka akan mempunyai sekuel, pihak pembikin akan meletakkan satu situasi cliffhanging di penghujung filem berkenaan untuk membangkitkan rasa ingin tahu penonton sesudah tamat tayangannya. Cuma, tidaklah semestinya akan ada sambungannya. Contohnya, filem League of Extraordinary Gentlemen lakonan Sean Connery suatu ketika dahulu. Diakhiri dengan satu cliffhanging tetapi hingga kini tiada sambungan/sekuel dihasilkan.

Dengan penghasilan filem dengan francais, ia turut membantu pihak pembikin filem Hollywood untuk terus menjana kewangan mereka untuk satu tempoh yang lama. Filem bercorak adiwira paling banyak dihasilkan secara francais.

Persoalannya - francais adiwira manakah yang mendapat kutipan box office paling tinggi sehingga kini? Di sini disenaraikan filem-filemnya beserta kutipannya dalam $USD.


Batman - Jumlah kutipan domestik: $1,444,066,061

Batman (1989) - $251,188,924
Batman Returns (1992) - $162,831,698
Batman Forever (1995) - $184,031,112
Batman & Robin (1997) - $107,325,195
Batman Begins (2005) - $205,343,774
The Dark Knight (2008) - $533,345,358



Spider-Man - Jumlah kutipan domestik: $1,113,822,503

Spider-Man (2002) - $403,706,375
Spider-Man 2 (2004) - $373,585,825
Spider-Man 3 (2007) - $336,530,303



X-Men - Jumlah kutipan domestik: $786,495,030

X-Men (2000) - $157,299,717
X2: X-Men United (2003) - $214,949,694
X-Men: The Last Stand (2006) - $234,362,462
X-Men Origins: Wolverine (2009) - $179,883,151



Iron Man - Jumlah kutipan domestik: $630,845,432

Iron Man (2008) - $318,412,101
Iron Man 2 (2010) - $312,433,331



Superman - Jumlah kutipan domestik: $518,116,559

Superman (1978) - $134,218,018
Superman II (1981) - $108,185,706
Superman III (1983) - $59,950,623
Superman IV (1987) - $15,681,020
Superman Returns (2006) - $200,081,192



Fantastic Four - Jumlah kutipan domestik: $286,617,818

Fantastic Four (2005) - $154,696,080
Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer (2007) - $131,921,738



Blade - Jumlah kutipan domestik: $204,847,943

Blade (1998) - $70,087,718
Blade II (2002) - $82,348,319
Blade: Trinity (2004) - $52,411,906



Hellboy - Jumlah kutipan domestik: $135,610,461

Hellboy (2004) - $59,623,958
Hellboy II: The Golden Army (2008) - $75,986,503

Pautan lain:

Banyaknya....