MY FOLLOWERS

Wednesday, November 30, 2011

Artikel - Persoalan Mengenai Jamak Akibat Kesuntukan Masa

Kredit kepada: email
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum......


Apabila ingin melakukan perjalanan jauh melebihi 2 marhalah, antara perkara yang perlu difikirkan oleh orang Islam ialah bagaimana mengerjakan solat. Lokasi masjid atau surau antara yang dicari. Bukan setakat untuk menunaikan ibadah solat secara jamak, tetapi juga sebagai perhentian untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan. Pun begitu, jika tidak melakukan sebarang perjalanan atau ada sebab-sebab lain, bagaimana pula penyelesaiannya? Apa penjelasan hadis dan hukum mengenainya?

Petikan soal jawab ini diterima oleh penulis menerusi email yang dikirimkan sedikit masa lalu. Sumber rujukan juga disertakan.


Jamak Kesuntukan Masa

Soalan: Boleh seseorang yang amat tertekan dengan kesuntukan masa, seperti peperiksaan menjamakkan solatnya?

Jawapan:
Supaya tidak terkeliru, terlebih dahulu diterangkan maksud jamak. Iaitu menghimpunkan dua solat pada satu waktu. Solat-solat yang diizinkan syarak untuk dihimpunkan itu ialah, Zohor bersama Asr dan Maghrib bersama Isyak.

Adapun qasar bermaksud meringkaskan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat. Qasar diizinkan untuk mereka yang bermusafir. Keizinan jamak lebih luas daripada keizinan qasar.

Di mana seseorang boleh menjamakkan solatnya sekalipun dia tidak bermusafir disebabkan keadaan-keadaan tertentu, tetapi dia tidak boleh menqasarkannya. Ertinya dalam keadaan tertentu dia boleh menunaikan solat Asr dalam waktu Zohor iaitu selepas ditunaikan empat rakaat Zohor, dia menunaikan pula empat rakaat Asar.


Demikian juga dia boleh melakukannya pada waktu Asar, dengan cara melewatkan Zohor. Begitu juga Maghrib dan Isyak. Dalam hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya:

“Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.

Dalam riwayat Muslim yang lain, lafaznya:

“Rasulullah s.a.w solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak secara jamak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana hujan”.

Hadith-hadith yang seumpama ini memberi kesimpulan kepada para fuqaha (ulama fekah) bahawa solat jamak boleh dilakukan disebabkan keuzuran-keuzuran tertentu, seperti sakit yang menyusahkannya, atau hujan bagi mereka bersolat jamaah di masjid, kesempitan waktu dan seumpamanya.

Hal-hal ini seperti mereka yang sakit yang menyukarkannya berwuduk atau bergerak maka bolehlah dia menjamakkan solatnya. Mereka yang terlibat dalam urusan-urusan yang tidak dapat ditinggalkan seperti pembedahan, menjaga lalu lintas, mengendalikan urusan yang bahaya, atau peralatan yang bahaya, terlibat dengan peperiksaan yang telah ditetapkan. Demikian juga bagi wanita yang bermusafir dengan bas awam yang menyusahkannya bersolat di tengah perjalanan, maka dia boleh menjamakkan solat sejak di rumahnya, tanpa qasar.

Begitulah juga dengan semua keadaan yang menyukarkan seseorang. Namun hendaklah dia mengutamakan menunaikan solat berdasarkan waktunya terlebih dahulu, jika menyukarkan maka ketika itu diizin.

Kitab-kitab fekah penuh memuatkan masalah ini, terutamanya dalam mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal. Antara Ibn Taimiyyah dalam al-Fatawa al-Kubra (2/348, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut ) dan kitab-kitab lain. Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut perkara ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut ).


Artikel - Perbezaan Antara Ninja Dengan Professor :-D

Kredit kepada: email
Gambar ihsan: email


Assalamualaikum....

Betulkah??


Kalau ditanya kepada saya, mungkin ada betulnya. Kata anda??

Artikel - Peringatan Buat Pengguna Facebook

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum.....


Buat sesiapa yang memiliki akaun di Facebook, harap berikan perhatian atas perkara ini. Harap sebarkan...

Wordless Wednesday - Thirst

Kredit kepada: Family
Gambar ihsan: Family



Assalamualaikum....

Filem - Friends with Benefits, Season of the Witch, Assassins Creed Embers Bonus Movie (Download!!)

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

Friends with Benefits mengisahkan Jamie dan Dylan yang bertemu di New York dan mereka percaya bahawa melibatkan unsur seks dalam sebuah perhubungan tidak akan menyebabkan sebarang komplikasi. Masa berlalu dan perasaan sesama mereka semakin berkembang dan mereka masih menafikan kenyataan berkenaan setiap kali mereka bersama. Lakonan Mila Kunis (Max Payne, The Book of Eli, Date Night), Justin Timberlake (Alpha Dog, The Love Guru, The Social Network, Bad Teacher), Woody Harrelson (Bunraku, Zombieland, 2012), Emma Stone (Superbad, The House Bunny, Zombieland, Easy A, The Amazing Spider-Man), Richard Jenkins (Let Me In, Hall Pass, The Core, Cheaper by the Dozen).

Mengambil tempat pada abad ke 14, filem Season of the Witch mengisahkan tiga wanita yang dituduh mengamalkan sihir dihukum gantung oleh paderi. Paderi berkenaan membuat ritual bagi mengelakkan tubuh wantia-wanita berkenaan daripada hidup kembali. Selesai mengadakan ritual bagi dua daripada tiga wanita berkenaan, tubuh yang ketiga dirasuk dan membunuh paderi tersebut. Sementara itu, ksatria Teutonic, Behmen von Bleibruck terlibat dalam siri peperangan sepanjang 1330-an termasuk peperangan Smyrniote. Selepas menyaksikan pembunuhan beramai-ramai penduduk sewaktu menakluk Smyrna pada 1344, kedua-dua ksatria ini memilih untuk menarik diri dan pulang ke Jerman. Lakonan Nicholas Cage (Ghost Rider, Drive Angry, Trespass, Kick-Ass, Next), Ron Perlman (Drive, Bunraku, Hellboy, Outlander, Mutant Chronicles), dan Christopher Lee (Star Wars Episode II & III, LOTR trilogy, Charlie and the Chocolate Factory).


Filem adaptasi permainan video - Assassin's Creed: Embers

Assassin's Creed Embers ialah satu animasi pendek hasil ciptaan UbiWorkshop. Assassin's Creed Embers diedarkan oleh Ubisoft pada 6 Jun 2011. UbiWorkShop mendedahkan trailer filem ini pada 21 Julai 2011 di Comic-Con 2011 dan diedarkan pada 15 November 2011 bersama beberapa edisi khas bagi Assassin's Creed Revelations. Filem ini dimasukkan sebagai bonus dalam bahagian Signature dan edisi pengumpul bagi Assassin's Creed: Revelations. 

Sedutan filem Assassin's Creed Embers memaparkan Ezio tua bersama keluarganya. Dia khuatir ada orang akan datang dan menangkapnya. Pihak yang membangunkan filem ini menerangkan di panel Assassin's Creed ketika di Comic-Con 2011 bahawa Embers adalah epilog terakhir kepada kisah Ezio. 

Walaupun filem ini masih boleh ditonton pada bila-bila masa, mereka menyarankan sepatutnya filem ini ditonton sesudah tamatnya kisah Assassin's Creed Revelations bagi memudahkan peminat memahami dan menyempurnakan dongeng Ezio Auditore da Firenze.



Friends with Benefits (2011) 720p BDRip MKV

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4 (subtitle)



Season of the Witch (2011) 720p BDRip MKV

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4 (subtitle)



Assassins Creed Embers Bonus Movie X264 MKV-BIZZ [100MB]

Mediafire - Download (1 bahagian sahaja)

Semoga terhibur :-)

Filem - The Informers, Restitution, Down Periscope (Download!!)

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....

Filem The Informers adalah berdasarkan kisah pendek ditulis oleh Bret Easton Ellis dengan tajuk yang sama. Filem ini dimulakan dengan sebuah parti yang diadakan di sebuah rumah agam di Los Angeles pada 1983 yang dihadiri oleh sekumpulan anak muda. Di tengah-tengah kerancakan muzik, alkohol dan unsur dadah, Bruce keluar daripada parti berkenaan. Sewaktu melangkah keluar ke jalan di depan rumah berkenaan, dia dilanggar kereta yang dipandu laju dan maut di tempat kejadian. Lakonan Billy Bob Thornton (Faster, Eagle Eye), Kim Basinger (Cellular), Winona Ryder (Alien Resurrection, Mr Deeds), Mickey Rourke (The Expendables, Iron Man 2) dan Amber Heard (Drive Angry). Filem ini terdapat adegan 'terbuka' yang tidak sesuai untuk ditonton oleh mereka yang bawah 18 tahun.

Filem Restitution mengisahkan seorang penulis tiba di tasik Michigan untuk menyiasat mengenai kes pembunuhan dan mengetahui dia menjadi sasaran seterusnya selepas semua pemberi maklumatnya hilang satu per satu. Setahun sebelum itu, seorang penyiasat penipuan insurans, Bryan Spikes dituduh sebagai orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan kejam itu dibunuh sebelum dia dapat menyebarkan sebarang maklumat. Lakonan Mena Suvari, C. Thomas Howell, William Sadler dan Tom Arnold. 

Down Periscope ialah sebuah filem komedi mengenai seorang Leftenan Komander di USS Stingray yang bakal dikeluarkan daripada program latihannya ekoran kegagalannya mematuhi arahan buat kali ketiga kerana sikap yang tidak konvensional. Lakonan Kelsey Grammer (Just Visiting, Toy Story 2, X-Men: The Last Stand), Lauren Holly (Any Given Sunday, Crank: High Voltage, Scream of the Banshee), Rob Schneider (The Animal, Mr Deeds, The Benchwarmers, Grown Ups), Bruce Dern (Last Man Standing, Small Soldiers, Monster), dan William H. Macy (Sahara, The Lincoln Lawyer, Wild Hogs).


The Informers (2009) BRRip XviD

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4  |  Part 5  |  Part 6  |  Part 7  |  Part 8


Restitution (2011) DVDRip 400MB

Mediafire - Part 1  |  Part 2  



Down Periscope (1996) (.avi)

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4  |  Part 5  


Enjoyyy!!  :-)

Monday, November 28, 2011

Seni & Kreativiti - Binaan Daripada Pasir II

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assalamualaikum....

Dalam paparan sebelum ini, telah saya siarkan binaan yang menarik. Kali ini saya paparkan pula binaan daripada pasir yang kelihatan lebih rumit dan mencabar. Mungkin ada sebahagiannya kelihatan tidak masuk akal, tetapi terpulanglah kepada pembaca untuk menilainya.







Sumber

Ukiran daripada pasir terdahulu: Binaan Daripada Pasir I

Artikel - Pakwe Yang Sengal!! :-D

Kredit kepada: Yahoo
Gambar ihsan: Yahoo


Assalamualaikum....

Bagi mereka yang mempunyai pasangan, tidak kiralah suami isteri, tunang mahupun yang masih bercinta, jika berlaku keadaan seperti ini, bagaimanakah reaksi anda??


Memalukan? Sengal? Hahahaha....  :-D

Filem - Freerunner, Setup, The Guard, 300 (Download!!)

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....

Kali ini saya kongsikan bersama anda 4 buah filem lagi. Bukanlah filem yang terkenal sangat, tetapi memadai sebagai hiburan buat anda. Freerunner mengisahkan sebuah perlumbaan ala Battle Royale, dengan setiap peserta memakai gelung di leher dan masing-masing akan berlumba untuk mendapatkan sejumlah wang tunai yang dijanjikan penganjur. Lakonan Sean Faris (Never Back Down, The King of Fighters) dan Danny Dyer.

Filem The Guard mengisahkan seorang polis Ireland menghadapi konfrontasi personaliti yang mempunyai ibu yang sakit tenat, begitu menyukai aktiviti pelacuran tetapi langsung tiada sebarang minat berkaitan jenayah rangkaian penyeludupan kokain yang telah membawa ejen FBI ke pintu rumahnya. Lakonan Brendan Gleeson dan Don Cheadle (Rush Hour 2, Ocean's trilogy, Iron Man 2).

Filem 300 mengambil latar belakang epik peperangan Sparta menentang Parsi. Filem ini adalah berdasarkan komik keluaran 1998 dengan tajuk yang sama oleh Frank Miller. Mengisahkan Raja Leonidas yang mengetuai 300 orang askarnya menentang Raja Xerxes dari Parsi yang memiliki kekuatan tentera melebihi sejuta orang. Lakonan Gerard Butler (Law Abiding Citizen, The Bounty Hunter, Gamer, Timeline), Lena Headey (The Contractor, The Brothers Grimm, Devil's Advocate), David Wenham (Van Helsing, Lord of the Ring: The Two Towers & The Return of the King, The Proposition), Michael Fassbender (Centurion, Jonah Hex, X-Men: First Class) dan Dominic West (Johnny English Reborn, Punisher: War Zone, The Forgotten, Hannibal Rising).



Freerunner (2011) BRRip Mediafire

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  

Password: sky




Setup (2011) BRRip 500MB
Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3 
Password: 21.com



The Guard (2011) 720p BDRip MKV

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4  (Subtitle) 



300 (2006) BRRip 720p 650MB

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4 


Selamat berhibur!!

Filem - Thor, The Other Guys, Happy Feet (Download!!)

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum...

Tiga lagi filem saya kongsikan buat anda semua, dengan format yang terbaik. Selain Thor dan The Other Guys, di sini saya kongsikan juga satu filem animasi Happy Feet. Filem The Other Guys pernah saya kongsikannya dalam format berbeza sebelum ini DI SINI filem Thor pernah saya kongsikan info ringkasnya DI SINI dan DI SINI.



Thor (2011) 720p-sc0rp[HQ ENCODE] + BDRip XviD-Larceny + BRRip 400MB

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4  |  Part 5 

PASSWORD : scr0ll0ck.blogspot.com



The Other Guys (2010) 720p BDRip MKV Mediafire 

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4  |  Part 5 



Happy Feet (2006)
Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  (subtitle)

Jom layan movie!! :-)

Sekadar Luahan - Dah Dapat Hadiah Main Teka-teki... Terima Kasih :-)

Kredit kepada: Emy Zulaiha
Gambar ihsan: Emy Zulaiha


Assalamualaikum....

Pada asalnya saya bermain teka-teki ini sekadar untuk suka-suka, namun apabila ada hadiah ditawarkan, rasanya tidak salah untuk saya mencuba. Lagipun, saya belum pernah mendapat sebarang hadiah daripada blogger lain sepanjang bergiat sebagai blogger. Bukanlah untuk mendapat hadiah sebagai matlamat utama tetapi untuk mengetahui jawapan yang betul dan sebagai latihan untuk minda.

Tuan pemberi teka-teki

Anda boleh baca teka-teki itu DI SINI.

Jawapan yang saya beri dikira betul berdasarkan kira-kira dan keterangan logik. 

Meskipun, hadiah bukanlah bernilai ratusan ringgit namun sudah cukup sebagai penghargaan kepada usaha menjawab teka-teki yang diberikan. Tidak perlu dikritik kerana kelewatan penghantaran, boleh jadi ia bukan kesalahan si penghantar.

Justeru di kesempatan ini, ingin saya rakamkan ucapan terima kasih kepada blogger Emy Zulaiha di atas hadiah yang disampaikan. Hadiah yang dikirimkan sudah selamat sampai di tangan saya.

Sunday, November 27, 2011

Artikel - Nabi Mengharamkan Cabut Bulu Di Muka Untuk Cantik

Kredit kepada: FB (Nurul Amir)
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....


KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah.

Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali. Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik. Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini.

Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah. Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan. 

Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening. Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya. Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu." 

Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda: "Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. "

Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik. Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik. 

Mengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah. Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut. Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut. Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.

Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri. Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.

Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah. 

Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.


Paranormal - Mencuri??

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

Penulis menyampaikan kembali apa yang telah disampaikan dahulu. Harap maklum.


Kisah ini dikatakan sudah lama. Orang bunian kata perkampungan mereka selalunya berdekatan dengan penempatan manusia, selalunya dengan mereka yang beragama Islam. Ada satu kes, pakaian orang-orang kampung sepeti kain, baju dan selimut di satu kampung di Benut, Johor dikatakan hilang akibat dicuri oleh orang bunian. Bila orang-orang kampung mendapat tahu, mereka menjadi marah sebab banyak pakaian mereka yang hilang dan hanya mendapatnya kembali selepas sebulan. Kain, baju dan selimut yang dipulangkan itu sudah menjadi terlalu busuk baunya dan baunya dikatakan masih tidak hilang sekalipun telah dicuci berulang kali.

Artikel - Pelancaran Permainan Video Star Wars: The Old Republic

Kredit kepada: Yahoo Games
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....


Pesaing kepda permainan video The World of Warcraft akan berada di pasaran pada 20 Disember ini di Amerika Syarikat dan 22 Disember di Eropah. Pihak EA bakal mengambil langkah berbeza pada hari pelancaran permainan Star Wars: the Old Republic dengan cara menghadkan jumlah salinan permainan ini bagi mengelakkan kesesakan orang ramai ketika mendapatkannya.

Berita baik kepada peminatnya, mana-mana pemain yang telah mendapat akses awal kepada permainan ini sudah boleh bermain sebelum 20 Disember nanti.

KLIK SINI untuk artikel penuh.

Artikel - Uji Prestasi Blog Anda Menggunakan Pingdom

Kredit kepada: HH
Gambar ihsan: Dashboard


Assalamualaikum....

Saya telah mencuba menguji gred prestasi blog saya menggunakan tool yang telah dicadangkan oleh blogger Hasrul Hassan di blognya. Anda boleh baca mengenainya DI SINI atau terus sahaja ke halaman Pingdom yang menyediakan kemudahan ini. Bagi saya, Pingdom lebih mudah berbanding yang satu lagi. Di bawah ini saya paparkan keputusan ujian selepas menggunakan Pingdom.



Terima kasih kepada blogger Hasrul Hassan atas cadangan yang diberikan.

Filem - Hikayat Merong Mahawangsa, The Debt (Download!!)

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....

Sudah agak lama saya menunggu untuk kongsikan bersama anda filem ini. Filem yang telah memenangi berbagai anugerah di beberapa festival filem sehingga kini. Filem yang ada 'ummphh' keluaran KRU Studios yang membariskan beberapa pelakon tempatan bersama beberapa pelakon luar negara selain Stephen-Rahman Hughes termasuk Umi Nazeera, Jehan Miskin, Khir Rahman, Dato' Rahim Razali, Wan Hanafi Su, Mano Maniam, Jing Lu Si dan Craig Robert Fong.

Kisah pengintip dalam The Debt mengambil latar belakang tahun 1997 mengisahkan berita mengejutkan yang sampai pada pengetahuan bekas ejen Mossad iaitu Rachael dan Stefan mengenai bekas rakan sekerja mereka, David. Negara mereka menghormati mereka bertiga ekoran misi yang dilaksanakan pada tahun 1966 apabila berjaya menjejaki penjenayah perang Nazi, Vogel di Berlin Timur. Misi mereka telah lama selesai, namun timbul persoalan sejauh mana. Lakonan Helen Mirren (Red, State of Play, The Tempest), Tom Wilkinson (Cassandra's Dream, Batman Begins), Ciarán Hinds, Jessica Chastain, Marton Csokas, Sam Worthington (Avatar, Terminator Salvation) dan Jesper Christensen.


Hikayat Merong Mahawangsa (2011) (Malay) DVDRiP RMVB
 
Mediafire - Part 1  |  Part 2  

Hikayat Merong Mahawangsa (2011) (Malay) HDTV RMVB
 
Mediafire - Part 1  |  Part 2  

Hikayat Merong Mahawangsa (2011) BRRip MKV Kuryu

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  

Hikayat Merong Mahawangsa (2011) DVDrip-MKV Jie
 
Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  





The Debt (2010) BluRay 720p 600MB

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4  (subtitle)


Selamat menonton :-)

Filem - Transformers Trilogy (2007-2011) 720p Blu-ray MKV Mediafire (Download!!)

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....

Sebelum ini saya pernah kongsikan filem ini DI SINI dan DI SINI.

Kepada peminat dan yang masih berminat untuk mengumpulkan ketiga-tiga siri filem ini, di sini saya kongsikan kepada anda trilogi filem Transformers. Untuk filem lain, jika ada nanti akan saya kongsikan.


Transformers (2007) - 550MB
Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3 


Transformers 2: Revenge of the Fallen (2009) - 1GB
Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4  |  Part 5 


Transformers 3: Dark Of The Moon (2011) - 800MB
Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4 

Pun begitu, saya yakin ada sesetengah daripada anda yang tidak akan kisah sekiranya filem berkenaan sudah pernah dipaparkan di televisyen. Bagi saya, rasanya tidak perlu lagi kerana saya suka kumpulkan koleksi yang lebih segar. Terpulang kepada anda.

Friday, November 25, 2011

Artikel - Kisah Umar Abdul Aziz: Kerana Rambut, Solat Terabai

Kredit kepada: Facebook (Nurul Amir)
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....


Khalifah Umar Bin Abdul Aziz (rahimahullah) terkenal dengan personalitinya yang kemas, kacak dan bergaya terutamanya ketika di usia remaja. Beliau dihantar oleh ayahnya, Abdul Aziz untuk menuntut ilmu agama dengan seorang ulama’ di Madinah yang bernama Soleh Bin Kisan. Kepada ulama’ ini ayahnya amanahkan supaya menjaga anaknya dengan penuh perhatian.

Semasa Umar dalam proses menuntut ilmu itu beliau menyimpan rambut yang panjang. Beliau selalu menyikat rambutnya dengan rapi dan memang beliau seorang jejaka yang bergaya. Namun, rambut beliau yang panjang itu menyebabkannya mengambil masa yang lama untuk mempersiap diri untuk ke mana-mana. Ini menjejaskan pergerakan beliau termasuklah untuk menghadiri kelas pengajiannya dan beliau sering lewat sampai ke majlis ilmu.

Pada suatu hari, Umar terlewat menghadiri solat berjamaah dan kelewatannya ini disedari oleh gurunya Soleh. Lantas Soleh segera memanggil beliau untuk bertanya kenapa beliau lambat untuk solat jamaah.

"Mengapa kamu lambat wahai Umar?" tanya Soleh dengan nada yang keras dan tegas.

"Maafkan saya sheikh, saya terlewat kerana terlalu asyik menyikat rambut supaya kelihatan kemas." jawab Umar jujur dalam keadaan kepalanya tertunduk. Soleh berang mendengar jawapan Umar. Dia seraya berkata: "Bukankah berkali-kali aku pesan supaya rambutmu itu tidak menyebabkan kamu melengah-lengahkan solat?". Umar diam seribu bahasa.

Atas dasar amanah yang dipertanggungjawabkan, kesilapan Umar itu terus dilaporkan oleh Soleh kepada ayahnya, Abdul Aziz. Setelah menerima laporan itu, Abdul Aziz dengan tegas telah mengarahkan agar rambut anaknya dipotong. Malah, Abdul Aziz telah mengarahkan agar kepala anak lelakinya itu dibotakkan supaya rambut di kepala Umar itu tidak lagi menjadi kekangan bagi Umar.

Umar sebagai remaja yang yang beriman, patuh dan taat pada arahan ayahnya itu walaupun beliau memang dikenali sebagai jejaka yang bergaya. Kerana rambut, beliau terlewat solat jamaah maka beliau sanggup korbankan rambut beliau. 

Renungilah kisah seorang yang hebat seperti Umar itu yang akhirnya menjadi Khalifah yang terkenal wara’, zuhud dan ‘alim. Pemerintahannya yang singkat lebih diingati umat Islam berbanding khalifah sebelum beliau yang lebih lama memerintah. Tidak lain dan tidak bukan kerana beliau mengutamakan Allah dan Rasul-Nya.
Dari Abdullah Bin Mughaffal (r.a) meriwayatkan:

"Rasulullah melarang kami untuk merapikan rambut dengan berlebihan (melampau), kecuali jarang-jarang" (Riwayat Tirmidzi, Daud, Nasa'ie dan Ahmad)
Kisah Umar itu diambil dari buku Kezuhudan Umar Abdul Aziz dan Kesederhanaan Nik Abdul Aziz


Pesanan NurulAmir.com™

Filem - Puncture, Hot Fuzz (Download!!)

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....

Puncture adalah sebuah filem berdasarkan kisah benar yang mengisahkan seorang peguam di Houston, Mike Weiss yang juga seorang penagih dadah. Paul Danziger selaku sahabatnya sekian lama adalah rakan sekerjanya. Menerusi firma guamannya, mereka membuat keputusan untuk menerima kes seorang jururawat unit kecemasan yang dicucuk oleh jarum suntikan yang telah tercemar. Semakin mendalam siasatan mereka terhadap kes ini menyebabkan konspirasi farmaseutikal hampir terdedah dan peguam masuk campur bagi mempertahankan pihak yang terbabit. Dibintangi Chris Evans, Marshall Bell, Mark Kassen dan Vinessa Shaw.

Filem Hot Fuzz mengisahkan seorang polis, Nicholas Angel yang begitu dedikasi yang berjaya menyelesaikan beberapa kes jenayah dalam masa yang singkat termasuk bom tentera laut dan kes-kes senjata api tidak berdaftar. Perhatiannya terhadap satu surat undang-undang menyebabkan dia tidak disukai oleh sebahagian staf yang lain lalu dia ditukarkan ke sebuah pekan dan mendapat rakan sekerja baru, Danny. Mereka menyiasat kes-kes kematian yang mengerikan yang dipercayai Angel sebagai pembunuhan. Dia cuba menahan Simon Skinner, pengurus pasaraya yang disyaki membunuh mangsa berikutan penglibatan mereka dalam perjanjian hartanah. Simon bagaimanapun dapat menjelaskan setiap tuduhan yang dikenakan oleh Angel ke atasnya termasuk bukti rakaman yang menunjukkan Simon bekerja di pasaraya berkenaan sewaktu pembunuhan itu berlaku. Dapatkah Angel dan Danny membuktikan berlakunya kes pembunuhan berkenaan? Siapakah lagi yang turut terlibat? Filem ini dibintangi Simon Pegg, Nick Frost, Timothy Dalton, dan Jim Broadbent.



Puncture 2011 BRrip (No Subtitle) - RMVB

Mediafire - Part 1  |  Part 2 

Puncture (2011) BRRip XviD AC3-SANTi
 
Mediafire - 
Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4
Part 5  |  Part 6  |  Part 7  |  Part 8



Hot Fuzz (2007) BDRip 600MB MKV
 
Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4  

Layannnnn!!!

Filem - Dorian Gray, The Eagle, The Girl Next Door (Download!!)

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images 


Assalamualaikum....


Di sini ada tiga lagi filem buat tontonan anda. Filem Dorian Gray mengisahkan seorang lelaki memiliki kelebihan kekal abadi yang didatangkan bersama sumpahan dalam bentuk gambarnya. Dibintangi Ben Barnes (Chronicles of Narnia: Prince Caspian), Colin Firth (Nanny McPhee), Ben Chaplin dan Fiona Shaw.

Filem The Eagle membariskan pelakon seperti Channing Tatum (G.I.Joe: The Rise of Cobra, The Son of No One), Jamie Bell (Defiance, Jumper, King Kong), Donald Sutherland (The Mechanic, The Italian Job, Horrible Bosses) dan Mark Strong (Sherlock Holmes, The Green Lantern) mengisahkan Marcus Flavius Aquila, askar Rom yang tiba di Britain untuk berkhidmat sebagai komander pengawal. Bapanya hilang bersama askarnya dan Aquila berharap dapat kembali penghormatan keluarganya dengan cara berkhidmat sebagai askar di Britain. Bagaimanapun, dia ditamatkan perkhidmatan disebabkan kecederaan kakinya. 

Filem The Girl Next Door ialah filem remaja membariskan Elisha Cuthbert (drama 24), Emile Hirsch (Speed Racer) dan Timothy Olyphant (The Crazies, Hitman, Die Hard 4) mengisahkan seorang pelajar yang jatuh cinta buat kali pertama dengan jirannya, seorang gadis jelita. Namun keadaan menjadi semakin rumit selepas dia mendapati gadis ini sebenarnya adalah bekas pelakon filem dewasa :-)




Dorian Gray (2009) 720p BRRip PRT

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3 



The Eagle (2011) BRRip 675MB

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4  |  Part 5 

Password: urgrove.com



The Girl Next Door (2004)
Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4  (subtitle)



Jom layannnn!!!

Artikel - Penyibuk Yang Sengal !! :-D

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....

Kisah seorang mamat yang perasan kononnya orang di sebelah bercakap dengannya :-D Hahahaha...

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ke tandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pergi yang di sebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara.

"Haa, camna sekarang?"

Aku pun bukan suka untuk berbual dengan orang yang aku tidak kenal. Entah macam mana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga.

"Ok gak ler"

Kemudian suara tu bertanya lagi, "Kau nak gi mana ni??"

Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"

Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??"

Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara orang sebelah berkata "Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!"

Sekadar Luahan - Kembali Berlatih

Kredit kepada: SKA
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....

Setelah beberapa ketika menyepi daripada latihan Karate berikutan masalah yang tidak dapat dielakkan, akhirnya saya menemui orang yang dapat dihubungi untuk mendapatkan penyelesaian. Saya telah berkecimpung dalam seni beladiri ini sejak tahun 1994 dalam Tingkatan 1 sewaktu bersekolah di Negeri Sembilan.

Kini sudah tinggal di Terengganu dan kali terakhir latihan pada pertengahan tahun 2009.

Bagi saya, seni beladiri ini mudah untuk diamalkan dan dihafal, sesuai juga dijadikan rutin senaman harian dan segala pergerakan diajar boleh dipraktikkan secara bersendirian. Adalah satu keseronokan apabila dapat belajar teknik-teknik dan pergerakan baru. Setakat ini, tiada sebarang unsur menyalahi agama dalam kandungan yang dipelajari. Bukan menidakkan apa yang lebih dalam seni beladiri lain, cuma berasakan ada baiknya juga ditumpukan dan teruskan sahaja pada apa yang sudah dipelajari sejak sekian lama kerana sudah biasa. Tidak rugi belajar perkara yang membawa kebaikan.

Diharapkan semoga kali ini dapatlah mencapai apa yang dihajatkan dan masalah sebelum ini tidak berulang lagi.

Wednesday, November 23, 2011

Artikel - Pengajaran Ketika Berehat di Perhentian Sungai Buloh

Kredit kepada: email
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....

Bacalah kisah di bawah sebagai renungan.


Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan bapa mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung. Esok dia harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang.

Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu oleh Rashid meluncur di jalan raya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih kurang empat jam. Rashid meluruk ke wajah Zakiah, isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Rahisd tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahinan mereka masih muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja. Cadangnya setelah ekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata.

Hampir sejam berlau, Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman.

Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena. Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan mengantuk.

Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata. Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Mahgrib. Kalau tidak diingatkan, pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat Maghrib.

"Dah Maghrib, bang. Berhenti sekejap."

Wajah Rashid kelihatan keruh. Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya. Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya di depan kedua orang tuanya. Malahan di depan orang tuanya sendiri, Rashid tidak pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas dia memberikan nasihat tetapi langsung tidak mempan.

Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat. Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib. Selalunya Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta atau membasahkan tekak di medan selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan. Rashid tidak menemui ruang untuk memarkir kereta. Dia menghentikankereta, meminta Zakiah turun.

"Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan. "Kiah pergilah...abang tunggu kat sini. Tak ada parking," jawab Rashid mudah.

Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelap seketika, terjaga semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta. Perjalanan diteruskan.

"Abang tidur?" tegur Zakiah.
"Ha...terlelap sekejap. Letih rasa badan ni."
"Kalau abang letih, biar Kiah bawak."
"Tak apa...kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti."

Zakiah tidak membantah. Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai turun membasahi jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam keadaan jalan licin mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah berhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan diri dan orang lain. Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh bahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran.

Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum menghempas jalan dengan bahagian atas ke bawah. Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha keluar. Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak sedarkan diri.

"Ya Allah...selamatkan kami..." bisiknya perlahan. Terasa mukanya basah, darah merah mengalir.

Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan Zakiah terlebih dulu.

Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana kaki Rashid tersepit. "Tersepit... tak boleh tarik..."

"Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang perempuan ke hospital." Rashid berdoa dan berdoa tanpa henti agar Allah S.W.T menyelamatkan Zakiah dan dirinya.

"Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!"

Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh dikatakan kakinya tidak terasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal untuk menggerakkannya.

"Tolong saya, encik..." pinta Rashid dengan nada sayu.
"Mengucap... cik...berdoa kepada Allah...cik akan selamat."
"Sabar encik...tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai."

Kata-kata memberi semangat silih berganti menusuk telinganya. Dengan keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu.

Syukur... Pandangannya tertunpu pada seorang lelaki yang memakai jubah serba putih. Berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya memegang tasbih.

"Ya Allah...selamatkanlah aku..."

Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba. Pasukan bomba dengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid dari himpitan. Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunyi apabila salah seorang anggota bomba bersuara.

Kakinya tidak tersepit apa-apa. Pelik...kenapa dia tidak boleh keluar? Usaha untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ kebingungan. Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak ada apa-apa yang menghimpitnya. Rashid sendiri kebingungan.

Bencana apa yang sedang menimpanya.

"Ini bukan kerja manusia macam kita...kena panggil orang yang tahu..." terdengar sebuat pendapat. Rashid semakin gementar. Doanya tidak putus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan seseorang berjongkok di sebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak melihat lelaki berjubah tadi berada di sebelahnya.

"Tuan...tolong saya tuan..."

"Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala..." "Saya tidak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan..." "Kamu berdoa kepada siapa?"

Rashid terdiam. Aneh bunyi pertanyaan lelaki itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk bergurau. Apatah lagi lelaki itu kelihatan seperti orang alim.

"Sudah tentulah pada Allah."

"Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!"

Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak, sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi bercakap seperti orang yang tidak berilmu."Bukankah selama ini kamu tidak pernah menyembah Allah. Kamu hanya mendirikan sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang mereka, kamu tidak pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta pertolongan dari Allah. Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari mentua kamu!" Tenggorok Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara, memohon ampun atas kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar. Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan Rashid. Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan mula terasa. Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu bernafas. Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri.

"Abang...bang! Abang!!" Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan. Syukurlah isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Akhirnya mereka mampu keluar dari bencana. "Sedapnya tidur...naik serak suara Kiah mengejutkan abang..." Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah! Dia masih berada di tempat rehat. "Kiah tunggu sekejap...abang nak solat Maghrib!" kata Rashid sambil terkocoh-kocoh membuka pintu kereta. Zakiah tercengang, senyuman merekah di bibirnya.

Wordless Wednesday - Smile :-)

Kredit kepada: Family
Gambar ihsan: Family



Assalamualaikum....

Wordless Wednesday - Green

Kredit kepada: Family
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum....

Artikel - Berapakah Nilai Blog Anda??

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Dashboard


Assalamualaikum....

Ingin jual blog anda? Tidak mahu blogging lagi? Sila sabar dahulu sebelum membuat keputusan sebegitu. 

Mungkin ramai yang sudah tahu mengenainya sebelum ini, tetapi saya khabarkan juga di sini, manalah tahu jika masih ada yang belum mengetahui. Di sini saya ingin cadangkan satu tool yang boleh memaparkan berapakah nilai blog anda. 

Anda hanya perlu masukkan alamat laman web atau blog di petak seperti di bawah dan klik pada butang Value untuk lihat hasilnya. Anda boleh KLIK SINI untuk ke halaman berkenaan.



Sedikit maklumat mengenai pageview turut dipaparkan.

Sekadar Luahan - Tiada Baiknya Dengki...

Kredit kepada: Nurulbadiah Lai
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....


Saya sentiasa terkilan bila ada manusia yang bersikap dengki dengan apa yang dimiliki oleh orang lain. Terfikir, apa salahnya memiliki kelebihan sedemikian dan menggunakannya sekurang-kurangnya untuk diri sendiri? Kadang-kadang terasa kasihan dan bersimpati terutama apabila membaca luahan penulis blog ini yang tidak sudah-sudah didengkikan orang.

Saya pernah membuat entri mengenainya DI SINI. Mungkin bagi pandangan kita dan sesetengah pihak yang menghargai kelebihan kurniaan-Nya yang terdapat pada diri orang lain, tidak timbul perasaan negatif bila berhadapan si empunya diri berkenaan.

Bagi yang berfikiran waras, pasti mengundang perasaan marah apabila berdepan dengan manusia-manusia yang bersikap hasad dengki terhadap apa yang orang lain ada. Pasti si pendengki akan dikecam dengan pelbagai kutukan dan adakalanya diserang dengan kata-kata kesat. Itulah sekurang-kurangnya.

Fikirkanlah secara positif. Allah menciptakan perasaan ini dalam diri manusia untuk digunakan sebagai pendorong atau motivasi agar sentiasa berusaha dengan cara yang baik, untuk menjadi yang terbaik dan bukan sebaliknya.

Kepada si pendengki, fikirkan. Apakah orang yang didengki itu sentiasa lebih baik daripada semua orang dalam segala hal? Daripada anda sendiri? Tidak semestinya. 

Fikirkan juga 3 perkara ini:
Apa yang anda ada lebih daripada orang yang anda dengki itu?
Apa yang anda buat untuk menjadi lebih baik daripda orang yang anda dengki itu?
Apa yang anda dapat bila anda dengki padanya? Apa hasilnya? 

Tiada hasil? Buang masa sahajalah kalau begitu...

Ingat! Sentiasa ada manusia yang lebih baik lagi. Dunia ini sentiasa berputar dan kita tidak akan sentiasa berada di atas. Akan sampai masanya nanti, kita akan merasai pula berada di bawah kerana ada orang lain akan berada di atas pada masa itu... dan seterusnya.

Tiada manusia yang sempurna di dunia ini kecuali Rasulullah s.a.w. sahaja.