MY FOLLOWERS

Friday, December 30, 2011

Artikel - Jangan Mudah Terpesona Dengan Dunia...

Kredit kepada: Eyna Ibrahim, Ridzuan Sidek
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....


Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa akhirat menjadi obsesinya, maka Allah menjadikan semua urusannya lancar, hatinya kaya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Dan barangsiapa dunia menjadi obsesinya, maka Allah mengacaukan semua urusannya, menjadikannya miskin dan dunia datang kepadanya sebatas yang ditakdirkan untuknya.”

Barangsiapa akhirat menjadi kesibukan utamanya dan obsesinya, maka setiap hari ia ingat perjalanan hidupnya kelak, apa pun yang ia lihat di dunia pasti ia hubungkan dengan akhirat, dan akhirat selalu ia sebut di setiap pembahasannya. Ia tidak bahagia kecuali kerana akhirat, tidak sedih kecuali kerana akhirat. Tidak redha kecuali kerana akhirat. Tidak marah kecuali kerana akhirat. Tidak bergerak, kecuali kerana akhirat. Dan tidak berusaha kecuali kerana akhirat.

Siapa saja yang beroleh seperti itu, ia diberi tiga kenikmatan oleh Allah Ta’ala. Nikmat yang Dia berikan kepada siapa saja yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Iaitu orang-orang yang menyiapkan jiwa mereka hanya untuk Allah Ta’ala dan tidak ada selain Dia yang masuk ke hati mereka, baik berupa berhala-berhala dunia, atau perhiasan, atau pesonanya.


Nikmat tersebut adalah seperti berikut:

1. Seluruh urusan hidupnya lancar

Allah s.w.t. memberinya ketenteraman dan kedamaian, mengumpulkan semua ideanya, meminimakan sifat lupanya, mengharmonikan keluarganya, menambah jalinan kasih sayang antara dirinya dan pasangannya, merukunkan anak-anaknya, mendekatkan anak-anak padanya, menyatukan kaum kerabat, menjauhkan konflik dari mereka, mengumpulkan hartanya, ia tidak bimbang memikirkan perniagaannya yang tidak begitu baik, tidak bertindak seperti orang bodoh, membuat hati manusia terarah padanya, siapa pun mencintainya dan melancarkan urusan-urusan yang lain.



2. Kaya hati


Nikmat yang paling agung adalah kaya hati, sebab Rasulullah s.a.w. bersabda dalam satu hadis sahih, yang ertinya;

“Kekayaan hakiki bukan bererti harta melimpah. Tapi, kekayaan ialah kekayaan hati.” (Hadis riwayat Muslim)

Imam Al-Manawi berkata; maksudnya, kekayaan terpuji itu bukan banyak harta dan kebendaan. Ini kerana banyak sekali manusia dijadikan kaya oleh Allah, namun kekayaannya yang banyak itu tidak bermanfaat baginya dan ia bercita-cita menambah kekayaannya, tanpa peduli dari mana sumbernya.

Ia seperti orang miskin, kerana begitu kuat keinginannya. Orang seperti itu miskin selama-lamanya. Tapi, kekayaan terpuji dan ideal menurut orang-orang sempurna adalah kekayaan hati.

Dalam riwayat lain disebutkan kekayaan jiwa. Maksudnya, orang yang punya kekayaan jiwa merasa tidak bimbang akan rezekinya, menerimanya dengan lapang dada, dan redha dengannya, tanpa memburu dan memintanya dengan menekan.

Barangsiapa dijaga jiwanya daripada kerakusan, maka jiwanya tenteram, agung, mendapat kebersihan, kemuliaan, dan pujian. Itu semua jauh lebih baik dari kekayaan yang diterima orang yang miskin hatinya. Kekayaan membuat orang yang miskin hati terperosok dalam hal-hal hina dan perbuatan-perbuatan murahan, kerana kecilnya obsesi yang ia miliki. Akibatnya, ia menjadi orang kerdil di mata orang, hina di jiwa mereka, dan menjadi orang paling hina.

Jika seseorang punya harta yang melimpah, namun ia tidak qana’ah (merasa cukup) dengan rezeki yang diberikan Allah s.w.t. kepadanya, maka ia hidup terengah-engah seperti binatang buas dan menjadikan hartanya sebagai tuhan baru. Sungguh, ia orang miskin sejati, kerana orang miskin ialah orang yang selalu tidak punya harta dan senantiasa merasa tidak cukup.

Dikisahkan, seseorang berkata kepada orang zuhud, Ibrahim bin Adham, lalu berkata,

“Saya ingin anda menerima jubah ini dariku.” Ibrahim bin Adham berkata, ”Kalau anda kaya, saya mahu menerima hadiah ini. Jika anda miskin, saya tidak mahu menerimanya.” Orang itu berkata, ”Saya orang kaya.”

Ibrahim bin Adham berkata, ”Anda punya jubah berapa?” Orang itu menjawab, ”Dua ribu jubah.” Ibrahim bin Adham berkata, ”Apakah anda ingin punya empat ribu jubah?” Orang itu menjawab, “Ya.” Ibrahim bin Adham berkata, ”Kalau begitu anda miskin (kerana masih memerlukan jubah lebih banyak lagi). Saya tidak mahu menerima hadiah jubah ini darimu.”


3. Dunia datang kepadanya

Saat ia lari dari dunia, justru dunia mengejarnya dalam keadaan tunduk. Seperti yang dikatakan Ibnu Al-jauzi,

”Dunia itu bayangan. Jika engkau berpaling dari bayangan, maka bayangan itu mengekorimu. Jika engkau memburu bayangan, maka bayangan menghindar darimu. Orang zuhud tidak menoleh kepada bayangan malah diikuti bayangan. Sedang orang (rakus tidak melihat bayangan setiapkali ia menoleh kepadanya.”

Sedang orang yang menjadikan dunia sebagai obsesinya, ia hanya memikirkan dunia, bekerja kerananya, peduli kepadanya, tidak bahagia kecuali kerananya, tidak berteman dan memusuhi orang kerananya. Akibatnya, ia dihukum Allah dengan tiga hukuman;


1. Urusannya kacau

Allah s.w.t. mengacaukan semua urusannya. Hatinya menjadi gundah tidak tenang, fikirannya kacau, jiwanya goncang dan kalut dalam pelbagai hal. Allah s.w.t. mengacaukan hartanya, mengacaukan anak-anak dan pasangannya. Allah s.w.t. membuat manusia antipati kepadanya. Tidak ada seorang pun yang mencintainya sebab Allah s.w.t. menentukannya dibenci orang di bumi.


2. Selalu miskin

Hukuman ini membuatnya selalu tidak puas, padahal memiliki harta banyak. Ia senantiasa merasa miskin. Dan itu menjadikannya lari hingga terengah-engah di belakang harta.


3. Dunia lari darinya

Dunia selalu lari darinya. Ia memburu dunia namun dijauhi dan ia berlari dibelakangnya, persis seperti orang yang mengira fatamorgana itu air. Ketika ia tiba di fatamorgana, ia tidak mendapatkan apa-apa.

Inilah yang membuat Utsman bin Affan Radhiyallahu Anhu berkata, “Obsesi dunia itu kegelapan di hati, sedang obsesi kepada akhirat itu cahaya di hati.”


Bagaimana karakteristik dari orang-orang yang terobsesi pada akhirat?

Kita dapat mengukur dengan membandingkannya pada diri kita.
Sebelumnya mengenai hal ini, ada tiga kelompok cara pandang manusia terhadap kehidupan:


1. Orang yang lebih sibuk dengan akhirat daripada dunia.

Mereka membuat hidupnya didominasi oleh akhirat. Dunia hanya diletakkan di genggaman tangannya bukan di hatinya. Ini adalah kelompok orang yang beruntung.


2. Orang yang lebih sibuk dengan dunia daripada dengan akhirat.

Mereka begitu cintakan dunia hingga dunia menguasainya dan membuatnya lupa kepada akhirat dan mereka juga tidak tahu bahawa dunia itu jambatan menuju akhirat. Ini adalah kelompok orang yang celaka.


3. Orang yang sibuk dengan keduanya sekaligus.

Mereka tidak ingin masuk pada kelompok pertama atau kedua, namun ingin mendapatkan sebahagian karakteristik kelompok pertama dan sebahagian kelompok kedua. Mereka ini adalah kelompok yang berada dalam situasi krisis.

Tentunya kita tidak ingin masuk ke dalam kelompok kedua dan ketiga, kerana kita perlu mengetahui karakteristik kelompok pertama iaitu orang-orang yang berjaya.


Karakteristik dari kelompok pertama antara lain:

1. Sedih kerana akhirat

Sedih kerana akhirat membuatkan seseorang memiliki perasaan takut kepada Allah Ta’ala menghisab dirinya pada Hari Kiamat, lalu ia menghisab dirinya sebelum ia dihisab kelak di akhirat.


2. Selalu mengadakan Muhasabah (evaluasi diri)

Umar bin Khattab r.a. berkata “Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab. Timbanglah diri kalian sebelum kalian ditimbang. Dan, bersiap-siaplah menghadapi Hari Kiamat.”


3. Selalu beramal untuk akhirat

Amal soleh bukan hanya solat, puasa, membaca al-Qur’an dan zikir, tapi amal soleh adalah apa saja yang dicintai Allah Ta’ala.


4. Tersentuh dan sensitif melihat pemandangan kematian

Seorang tabi’in Ibrahim An Nakhai berkata, “Jika kami datang ke rumah orang yang meninggal dunia atau mendengar ada orang yang meninggal dunia, hal itu membekas pada kami hingga berhari-hari, kerana kami tahu ada sesuatu (ajal) datang pada orang tersebut, lalu membawanya ke syurga atau neraka”

Itulah peringatan buat kita semua, bahawa sesungguhnya kehidupan ini adalah jalan untuk kembali kepada Allah, sekolah yang laporannya nanti akan diserahkan di akhirat. Marilah kita sama-sama memuhasabah diri kita, selalu meluruskan niat kita hanya kepada Allah dan berdoa kepada-Nya memohon ketetapan iman di hati sampai pada hari penutup kita nanti.

“Yaa muqollibalquluub tsabbit qolbiy alaa diinika” Wahai Dzat yang membolak-balik hati, kukuhkan hatiku tetap berada di atas agamamu........

Sumber 

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 !!

Semoga tahun-tahun akan datang akan lebih baik dari yang sebelumnya....  :-)

Sekadar Luahan - Waaaahhhh.... Artis di Bulatanku :-)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google+ Blade



Assalamualaikum......


Terkejut ada, seronok pun ada.... Korang ada kerr?? Tengoklah nama siapa tu? :-) Hehehehe....Jangan jeles!!

Artikel - Kereta Konsep di Frankfurt Motor Show 2011 (Bhgn 2)

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg



Assalamualaikum.....

Artikel berkaitan kereta ini adalah sebagai menutup tirai 2011. Kebanyakannya nampak mewah...



 Changan Sense


 Smart Disco For Two


 Doking XD


Ducati Diavel


 Masonry Cayenne


Mercedez-Benz SLS E-Cell


 Mini Coupe



Mia Urban Bus


Sumber

Selamat menyambut tahun baru 2012 :-)

Artikel - Kereta Konsep di Frankfurt Motor Show 2011 (Bhgn 1)

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg



Assalamualaikum.....

Audi Urban Concept


BMW i3
 

 BMW i8


 Cadillac Ciel 

 Chevrolet Miray


 Citroen Tubik


 Ford Evos


 Mercedes A-Class concept


 Renault Captur


Volkswagen Buggy Up!



Pautan lain:

Thursday, December 29, 2011

Hidupan Liar - Bahaya Lipan (Sila Ambil Perhatian!!)

Kredit kepada :-
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum......

Sudah dua kali rumah saya dimasuki haiwan berbisa ini. Subhanallah.. bahaya betul. Lebih-lebih lagi bila memikirkan kesannya jika ia menyengat si kecil yang berusia 2 tahun! Sebelum ini perkara sebegini tidak pernah terjadi. Mungkin kerana cuaca hujan kerana suasana sejuk dan agak dingin yang sesuai sebagai sebahagian daripada ekosistem haiwan ini. Mungkin juga kerana kawasan berhampiran rumah saya ini agak bersemak dan ada kawasan yang agak lembap dan berbatu. Lebih memburukkan lagi, ada sebatang pokok tumbang yang belum dialihkan di belakang rumah akibat hujan baru-baru ini. Bahaya sehingga mampu mengundang nyamuk dan ular...

Oleh kerana perkara ini sudah terjadi sehingga menyebabkan saya takut, susah hati dan tidak dapat tidur, jadi saya meluangkan masa ini mencari beberapa maklumat yang penting mengenai haiwan ini dan juga mengenai keadaan di rumah kami, bagaimana untuk mengelakkan daripada perkara ini berulang lagi. Bukan setakat memikirkan keselamatan kepada anak kecil tetapi juga kepada isi rumah yang lain.


Lipan yang saya temui itu rupanya jenis lipan bara. Kali pertama masuk ke rumah kami, saiznya lebih kurang 5 inci panjang dan 1/2 inci lebar. Sewaktu dapat menangkapnya dalam bekas lutsinar, kami dapat melihat pergerakannya laju dan agresif. Fitrah haiwan sebegini jika terasa diancam. Kali kedua pula saiznya agak pendek sedikit. Maaf, terpaksa membunuhnya kali ini kerana anak kecil dan isteri sudah tidur. Bimbang akan keselamatannya....


Apa yang saya cari?

Saya membaca sedikit maklumat mengenainya DI SINI. Diterangkan bahawa di seluruh dunia, dianggarkan terdapat 8000 spesis lipan dan 3000 daripadanya telah ditemui. Umumnya, haiwan ini boleh ditemui di habitat dari hutan tropika sehinggalah sejauh padang pasir. Biasanya ia tinggal di habitat mikro yang lembap seperti kawasan tanah, timbunan daun, di bawah batuan atau dalam bahagian batang pokok.

Seperti juga kelawar, kebanyakan lipan adalah nokturnal. Kajian makmal mendapati bahawa lipan mampu memakan apa sahaja asalkan mangsanya berbadan lembut dan saiznya mampu untuk dimakan. Semua jenis lipan berpotensi sebagai intraguild predators atau pemangsa yang mampu membunuh dan memakan pesaingnya.

Pun begitu, haiwan ini bukanlah kebal kerana ia masih menjadi mangsa haiwan vertebrata dan invertebrata yang lain, yang terlibat dalam rantai makanan seperti cerpelai, tikus, salamander, ular dan kumbang.


Bahaya lipan kepada manusia

Lipan ialah haiwan dengan gigitan berbisa. Sengatnya sangat menyakitkan dan apabila terkena akan menyebabkan bengkak, kesejukan, demam, lemah tubuh namun kebiasaannya tidak membawa maut. Sengatnya sangat berbahaya kepada anak kecil dan juga mereka-mereka yang alah kepada sengatan lebah. 

Sekiranya disengat lipan yang bersaiz lebih besar, akan menyebabkan anaphylactic shock bagi sesetengah orang. Sengat lipan yang bersaiz kecil mungkin tidak menembusi kulit.


Simptom

Antara simptom yang muncul setelah disengat:
  • Kesakitan yang amat sangat, setara dengan saiz lipan yang menyengat.
  • Bengkak dan kemerahan (redness)
  • Sakit dan bengkak di kawasan yang disengat
  • Sakit kepala
  • Berdebar-debar
  • Rasa loya, mual, muntah-muntah
  • Keresahan
  • Kegatalan dan rasa panas (burning sensation)

Rawatan jika disengat

Selain apa yang diterangkan DI SINI, berikut antara yang dicadangkan di beberapa sumber:


Kaedah 1 (Sumber)

Menggunakan biji asam jawa. Kaedah ini juga sesuai untuk merawat gigitan lebah.


Bahan-bahan:
  1. Biji asam jawa.
Cara-caranya:
  1. Pastikan bijinya di bersihkan jika ada sedikit sisa asam jawa yang terlekat tidak mengapa.
  2. Tumbuk biji asam jawa tersebut sehingga halus, kemudian pupukkan ia pada bahagian yang terkena sengat.
..Insyallah dalam beberapa saat, rasa sakit itu akan mula surut.


Kaedah 2 (Sumber)

Cara-caranya:
  1. Mula-mula, anda ambil segelas air putih dan campurkannya dengan sebuku garam jantan (garam kasar).
  2. Kemudian, bacakan Surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali.
  3. Akhir sekali, berilah mangsa yang terkena gigitan binatang berbisa tu minum air garam tadi.

Jika diizinkan-Nya, bisa tersebut akan hilang dan sembuh.


Kaedah 3 (Sumber)

Ambil beberapa biji lada putih. Kemudian tumbuk halus dan campurkan sedikit minyak masak. Gaulkan sebati dan sapukan pada bekas gigitan lipan. InsyaAllah bisa gigitan lipan semakin berkurang. 

P/s:
Mulai dari entri ini, saya akan buka label baru - Petua. Nantikan petua-petua lain lagi selepas ini.

Seni & Kreativiti - Manipulasi Foto Yang Kreatif

Kredit kepada: D' Informationz 
Gambar ihsan: D' Informationz



Assalamualaikum....






Lagi manipulasi foto yang kreatif ada di pautan ini: Brilliant Photo Manipulation (Part 3, Part 7, Part 10, Part 11)

Artikel - Ubat Kepada Pengguna Tegar Laman Sosial :-D

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum....

Ketagihan menggunakan internet atau melayari sesuatu laman web adalah biasa didengari. Namun setakat ini belum ada sebarang penawar ditemui sehinggalah penemuan foto ini :-)


Ini panadol cap Facebook kepada pengguna tegar laman sosial ini.

Lagi entri berkaitan Facebook: KLIK SINI

Laman sosial lain?

Filem - The Reunion, What's Your Number, Priest (Download!!)

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....

Kepada sesiapa yang berminat, silalah muat turun...

The Reunion (2011) DVDrip Eng HardSub - MKV

Mediafire - Part 1  |  Part 2 



What's Your Number? (2011) R5 MKV

Mediafire - Part 1  |  Part 2 

Password: AmoviesZ.com



Priest (2011) 720p BDRip MKV

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4 (subtitle) 


Enjoyyy :-)

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday - Butterfly

Kredit kepada: Family
Gambar ihsan: Family



Assalamualaikum....

Tuesday, December 27, 2011

Kesihatan - Daun Pokok Bismillah

Kredit kepada: Wikipedia, Blog Dr Hasanah
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum.....


Daun ini saya ambil dari pokok di rumah keluarga, yang dipanggil pokok South Afrika atau juga dipanggil pokok Bismillah.



Sebagai pengenalan, pokok Bismillah atau nama saintifiknya Vernonia Amygdalina ialah sejenis pokok renek daripada kumpulan Asteraceae (dirujuk juga sebagai aster, daisy atau bunga matahari) yang banyak tumbuh di kawasan tropikal Afrika.Daunnya berasa pahit dan kebiasaannya dimakan sebagai sayur atau dalam bentuk ekstrak cecair sebagai tonik bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Doktor naturopati dan pakar-pakar herba turut mengesyorkan pengambilan ekstrak daun ini bagi merawat rasa mual/loya, kencing manis serta masalah-masalah berkaitan saluran gastrousus. Ia juga mempunyai antioksidan yang baik untuk badan.

Pun begitu, penulis juga diberitahu, ia mampu membantu mengurangkan kolesterol dalam darah selain berupaya merawat darah tinggi. Begitulah juga yang diperkatakan orang di ruangan forum.

Ada juga yang mengatakan ia mampu mengurangkan sakit belakang dan mengawal selera makan. Rasanya pahit seperti juga daun hempedu bumi.

Caranya, ambil 5 atau 6 helai daunnya (atau beberapa helai) dan rendamkannya dalam sebekas/secawan air panas mendidih. Tutup sebentar. Selepas beberapa ketika, minum airnya.


Sumber rujukan:

Seni & Kreativiti - Bunga Api di Siang Hari Dengan Warna Yang Menakjubkan!

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

Letupan warna bunga api ini dihasilkan oleh seorang artis dari China, Cai Guo-Qiang ketika membuat pertunjukan di Arab Museum of Modern Art in Doha, Qatar. Hasilnya begitu mengkagumkan. Cai Guo-Qiang menghasilkan letupan bunga api ini menggunakan bahan letupan yang dikawal oleh mikrocip khusus untuk menghasilkan corak yang berbeza, asap berwarna beserta bunyi di darat dan di udara.



KLIK SINI untuk lebih lanjut. Video turut disertakan.

Animasi - The Legend Of Zorro Movie Animation MKV (Download!!)

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....


Baru tadi melayari segmen Share Movie Syok.org dan saya terjumpa animasi ini. Pada mulanya ingatkan ini filem lakonan Antonio Banderas dan Catherine Zeta-Jones yang umum sudah sedia tahu. Daripada stroke lukisannya, ternyata ini animasi lama, dan menyamai stroke lukisan animasi Macross dan Robotech yang terkenal sekitar tahun 1991 dahulu.

Sila lihat treler animasi ini dahulu.


Diego Vega pulang dari perjalanan pelajarannya dan melihat kampung halamannya kini berada di bawah pentadbiran tentera. Diego yang tidak mahu berdiam diri menyamar sebagai Zorro bagi membela nasib mereka-mereka yang miskin dan tertindas. Diego bukanlah seorang yang penakut tetapi tidak mampu memenangi hati gadis idamannya, Lolita, yang tertarik kepada lelaki yang lebih baik. Walaubagaimanapun, dia masih berupaya menemui Lolita sebagai Zorro dan sentiasa berusaha melawan penjahat di kampung halamannya selain terus mencuba memenangi hati Lolita.


Mediafire - Part 1  |  Part 2

Sangat klasik. Hahahahaha...

Sesiapa nak tengok, download sahaja. Enjooyyy... :-)

Monday, December 26, 2011

Berita - Karnival Hijrah 22 hingga 24.12.2011

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum.....

Karnival Hijrah diadakan pada 22-24.12.2011 yang lalu di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu. Karnival ini telah dirasmikan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin pada 22 Disember dan dibuka dari jam 10 pagi hingga 11 malam.

Meskipun ia berlangsung ketika negeri ini mengalami musim tengkujuh dan angin bertiup agak kuat ketika itu, ia masih tidak menghalang pengunjung untuk terus datang ke tapak karnival. Bahkan suasana ini berterusan sehinggalah ke waktu malam. Selain booth TV Al-Hijrah dan Lembaga Tabung Haji, banyak gerai jualan serta sebuah kafe dibuka yang menjual serta memperkenalkan beberapa lagi produk keluaran tempatan.






Suasana dalam khemah pameran.






Kedai Pro Shop Yapeim bersebelahan simulator golf.


Khemah pameran turut dibuka untuk kunjungan orang ramai dan masuk adalah percuma. Antara yang dipamerkan ialah al-quran tulisan tangan, peralatan pembedahan sewaktu di awal perkembangan Islam serta replika pedang Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a..

Ruangan Funland sebagai ruang riadah si kecil dan keluarga.




Simulator permainan golf dibuka kepada pengunjung dalam salah satu khemah pameran bagi merasai sendiri pengalaman bermain golf.






Ini antara gambar yang sempat dirakam sewaktu karnival ini berlangsung.

Selain itu, Ar-Rahnu Yapeim turut membuka booth mereka dalam khemah pameran bersebelahan Funland. Antara yang dipamerkan di sini ialah contoh berlian serta kaedah membezakan antara berlian tulen dan yang palsu. Selain itu, mesin dengan teknologi terkini bagi menganalisis emas juga dipamerkan.




Diharap karnival sebegini akan terus diadakan di masa akan datang :-)