MY FOLLOWERS

Thursday, February 9, 2012

Kamen Rider - OOO: Wonderful The Shogun and the 21 Core Medals [2012] DVDRip RMVB (Download!!)

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum......

Satu lagi pengembaraan Ankh dan Eiji dalam filem Kamen Rider OOO. Kisah dimulakan dengan operasi carigali oleh Mr Kougami yang ditemani Satonaka, yang dijalankan di sebuah hutan di Jerman. Operasi bertujuan mencari artifak berkaitan salah seorang alkimis yang bertanggungjawab mencipta Core Medal 800 tahun dahulu. Keadaan menjadi huru-hara apabila banyak Cell Medal berhambur keluar dari tapak carigali sebelum munculnya sekumpulan askar purba bersama Gara, alkimis Core Medal yang dibangkitkan, selain kehilangan Mr Kougami dan Satonaka. Kemunculannya adalah bagi mengambil semula kesemua Core Medal yang pernah diciptakan dahulu kerana dia merasakan keadaan bertambah buruk dan Eiji serta semua Greeed tidak layak memiliki Core Medal seperti juga raja terdahulu yang menjadi Ozu.

Eiji, Hina dan Ankh bertemu Gotou dan Date Akira di bandar dan melihat beberapa kawasan bertukar wajah menjadi hutan dan segera mencari punca kejadian aneh tersebut. Sebahagian lagi kawasan berubah menjadi perkampungan zaman Edo. Di sana, Eiji bersama teman-temannya bertemu ketua kampung, Shin dan bekerjasama menangani kedatangan raksasa yang dihantar oleh Gara bagi mendapatkan Core Medal milik Ankh. Shin membantunya menewaskan raksasa berkenaan dan Gara dengan memberikan tiga Core Medal iaitu Cobra, Turtle, Crocodile yang dihadiahkan kepadanya oleh keluarga Tokugawa ratusan tahun yang lalu.

Sewaktu bergelut untuk menewaskan Gara, Kamen Rider Fourze datang membantu...


Kamen Rider OOO: Wonderful The Shogun and the 21 Core Medals  
  [2012] DVDRip RMVB

Mediafire - Part 1  |  Part 2 
Henshiinnn !!

No comments: