Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned
Assalamualaikum.....
Gambar ihsan: Owned
Assalamualaikum.....
Demonstrasi asas seni mempertahankan diri (SMD) Kor-Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (Kor-Suksis) diadakan pada 24 dan 25 Februari 2012 bertempat di Dataran Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu.
174 pelajar Unisza yang terdiri daripada 3 platun telah menyertai latihan demonstrasi ini yang dikendalikan oleh jurulatih karate PDRM, Sensei Mat Isa Yaacob. Latihan raptai bermula sekitar 8 pagi dan berakhir sekitar 6 petang pada hari pertama. Pada hari kedua, latihannya bermula sekitar jam 8 pagi dan berakhir sekitar 2 petang sebelum demonstrasi sebenar diadakan sejam kemudian ketika majlis penutup.
Objektif ia diadakan ialah bagi mendedahkan para pelajarnya kepada asas seni mempertahankan diri selain bagi membentuk sahsiah dan disiplin. Dalam demonstrasi ini, kaedah asas seperti serangan dan pertahanan (blocking) serta kata Jion ditunjukkan.
Majlis penutup dirasmikan oleh ASP Shuhaimi dari IPK Kuala Terengganu. Majlis turut dihadiri oleh beberapa pegawai polis serta 2 orang jurulatih karate wanita Kanazawa-ryu Shotokan Karate Association (KSKA), kesemuanya dari IPK Kuala Terengganu, dan Sensei Chepto Hj Sumadi selaku ketua jurulatih skuad Karate-do SUKMA Terengganu juga selaku pegawai FRU Kuala Terengganu.
Pautan berkaitan: KLIK SINI
Sewaktu raptai
Salah seorang ahli bertindak sebagai pengacara majlis
Sewaktu acara sebenar
Demonstrasi kata Jion
ASP Shuhaimi (tengah) dan Sensei Chepto sewaktu menonton demonstrasi
Sewaktu di meja jamuan
Bergambar bersama platun Kor-Suksis sesudah tamat majlis
Acara demonstrasi ini diadakan ringkas sahaja berikutan tempoh latihan yang diberikan agak terhad. Menurut Sensei Chepto, berbanding hanya 2 hari, tempoh sekitar 2 minggu diperlukan bagi menjadikan demonstrasi lebih mantap dan pergerakan lebih kemas. Selain itu, beberapa lagi teknik pertahanan diri bila berdepan musuh seperti ground fighting dan one-step sparring boleh ditunjukkan.
Jamuan ringkas turut disediakan oleh pihak universiti kepada tetamu dan pelajar bagi meraikan tamatnya majlis berkenaan.
Di kesempatan ini, penulis turut mengucapkan sekalung tahniah kepada Sensei Mat Isa Yaacob kerana telah dinaikkan pangkat kepada Korporal.










0 COMMENTS:
Post a Comment