MY FOLLOWERS

Tuesday, March 6, 2012

Berita - Grading Karate-Do UiTM Chendering Mac 2012: Tahniah!! Semua LULUS!!

Kredit kepada: Semua peserta ujian, sensei, skuad karate-do Sukma
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum.....

Pada 2.3.2012 yang lepas, telah diadakan ujian grading kelab karate-do UiTM Chendering, Kuala Terengganu. Cuaca hujan renyai-renyai tidak menghalang 10 orang ahlinya mengambil ujian ini yang diadakan sekitar jam 10 pagi di bangunan pentadbiran berhadapan pintu masuk ke kampus UiTM ini. 

Ujian diadakan bagi ahli tali pinggang untuk ke kuning, hijau ke jingga dan tali pinggang coklat. Ujian dikendalikan oleh Sensei Mat Isa Yaacob dan markah dicatatkan oleh Sensei Chepto Hj Sumadi. Sensei Zoul Imran selaku jurulatih kelab karate-do UiTM Chendering juga bertugas menunjukkan teknik asas kepada peserta. Ujian merangkumi aspek asas seperti blocking dan teknik kombinasi serta kata mengikut tahap tali pinggang yang diambil dan keputusan terus diberikan sesudah ujian selesai. Bagi memeriahkan lagi suasana, kedua-dua Sensei turut membawa bersama mereka beberapa ahli dari skuad karate-do Sukma.


Berikut beberapa foto aksi yang sempat dirakamkan sepanjang hari ujian diadakan.

Sedikit briefing daripada Sensei Mat Isa (depan) kepada peserta sebelum memulakan ujian.

L-R: Izzah, Liza, Amira, Che Mat

Nabilah ketika ujian teknik asas.

 Sensei Mat Isa menunjukkan teknik yang perlu dibuat kepada peserta ujian.

Liza (kiri) dan Izzah sesudah ujian. Liza gigit jari sebab ke-tension-an :-)
 
Skuad karate-do Sukma turut hadir. Wani (baju kuning), Lin (duduk) dan Hilmi (baju merah)

Asyraff ketika ujian kata

Wani (kiri) vs. Izzah ketika free sparring (kumite)


Lin (kiri) vs. Nabilah


Pertemuan antara Hilmi (kiri) dan Fakri


Di kesempatan ini, penulis mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada semua ahli yang menduduki ujian ini kerana telah lulus serta terima kasih kepada semua ahli skuad Sukma di atas kerjasama yang telah diberikan.