MY FOLLOWERS

Sunday, March 4, 2012

Hidupan Liar - Bila Anak Rusa Masuk Rumah .....

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum.... 

Beberapa hari lalu, rumah penulis didatangi sebuah van yang tidak dikenali. Kedatangannya adalah bagi mengambil kembali seekor anak rusa miliknya yang berusia 2 tahun yang pada masa itu berada dalam pagar rumah jiran penulis.

Menurut jiran ini, anak rusa berkenaan sudah berada dalam pagar rumahnya sejak dua atau tiga hari sebelum itu selepas ia terlepas daripada jagaan pemiliknya dan sampai di halaman rumahnya sekitar jam 3 pagi! Pemiliknya mengatakan memiliki sepasang anak rusa ini dan tidak diketahui bagaimana salah seekornya boleh terlepas. Dia kemudian datang ke rumah jiran ini setelah menemuinya di kedai makan milik jiran ini.



Menurut jiran ini lagi, sepanjang waktu anak rusa itu berada dalam jagaannya, dia kerap didatangi orang yang tidak dikenali yang berniat untuk mengambil anak rusa berkenaan. Jangkaannya juga pemilik anak rusa tersebut, mungkin yang datang berminat dengan dagingnya. Bagi mengelakkannya daripada diambil, jiran penulis ini mengambil inisiatif mengunci pagar rumahnya selain mewarwarkan kepada penduduk terdekat berkenaan kehilangan anak rusa ini.

Sepanjang berada di rumahnya, anak rusa ini memakan bunga-bungaan selain pucuk daun yang pahit-pahit daripada pokok-pokok di halaman rumahnya. Haiwan ini juga dalam keadaan baik :-)

1 COMMENTS:

~CAHAYA~ said...

susah gak, ramai pulak yg mengaku tuan ye..