MY FOLLOWERS

Monday, June 11, 2012

Sekadar Luahan - Amaran Untuk Cepat-cepat Blah Akibat Ketidakprofesionalan (Betul Ke Niee..??)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.... 


Malam semalam, saya baru sahaja sampai di rumah selepas balik dari melawat keluarga (sebelah saya) di Kuala Ibai. Sebelum ini rancangan untuk balik berjumpa mak dan ayah sudah tertangguh dua kali sebab terlibat dengan acara pada akhir Mei lalu. Mungkin juga takdir Allah, bukan setakat dapat balik berjumpa keluarga tetapi dapat berjumpa juga dengan keluarga sebelah ayah yang datang dari Hulu Langat sempena cuti sekolah. 

Bukanlah kisah percutian yang mahu ditulis di sini tetapi apa yang berlaku selepas pulang. 

Baru sahaja berapa minit sampai di rumah, terus saya dapat panggilan saat-saat akhir daripada jurulatih. Katanya dia telah membatalkan penyertaan saya pada majlis makan malam pada minggu depan (16.6.12) kerana mahu saya terlibat sekali lagi sebagai AJK pada satu acara pada tarikh yang sama. Saya mempersoalkan kenapa semua ini diberitahu pada saat-saat akhir sedangkan jika pihak berkenaan sudah jelas mahu adakan acara sebegini, ia mestilah dimaklumkan lebih awal, bukannya seminggu sebelum ia bermula sebab pihak-pihak yang terlibat tidak akan ada masa untuk buat persiapan. Senanglah cakap tidak perlu pasang mat kerana sudah terbentang di dalam dewan latihannya (dojo), tetapi fikirkan juga - selain mat, perkara lain juga perlu disiapkan. Antaranya hadiah dan senarai acara yang terlibat. Begini pula jawapannya - pihak majlis sukan sudah pun menyusun jadual dan acara ini sudah dimasukkan dalam jadual. Jadual pihak majlis juga diberitahu padat sehingga akhir bulan. Lagi akan kelam kabut bila di hujung bulan ini kerana jurulatih akan menguruskan atlet-atlet yang akan ke Sukma di Pahang. 

Jurulatih juga sudah beritahu yang dia tidak dapat terlibat pada tarikh tersebut kerana perlu ke Kelantan untuk urusan kerja. Saya dimaklumkan pihak majlis tersebut mengkritik tindakannya dan masih berkeras mahukan penyertaan pada acara 16hb itu daripada persatuan ini. Sudahnya sayalah pula yang dicari! (Pulaakk dahh!! ) Mendengar sahaja mengenai desakan pihak atasan yang sungguh last minute ini mula membuatkan saya naik angin! Bila ditanya soal hadiah dan kategori untuk para peserta, katanya acara adalah mengikut umur dan mungkin perlu beberapa senior untuk menjadi pengadil dan juri. Sangatlah mengejutkan kerana hanya saya dan dua lagi jurulatih sahaja yang ada pengalaman sebagai juri dan pengadil! Ketika itu, saya sudah semakin naik angin dan mula terfikir mungkin keadaan akan jadi kelam kabut sebab penglibatan daripada sebahagian lagi yang tiada pengalaman. Lebih mengecewakan, acara mungkin bertumpu pada kanak-kanak sahaja. Berkenaan hadiah, pihak jurulatih kata mungkin tidak sempat untuk buatkan hamper seperti ketika acara sebelum ini, jadi mereka memutuskan hanya akan berikannya dalam bentuk sijil dan wang tunai! Mendengarkan ini, saya semakin kecewa dan mula berasakan semuanya sungguh tidak terurus dan tidak profesional! Terus hilang semua mood untuk sertai acara. (Jadi juri? Pengadil? Ahh!! Mampuss!!) Beginikah cara orang yang berpengalaman luas dalam sukan menguruskan acara?! Semuanya saat akhir! Kambing betul laa!! (Takpe..nasib baik orang tua tu tak tahu... )

Saya ada maklumkan juga pada seorang kawan saya ini. Niatnya mungkin dia sekurang-kurangnya perlu tahu juga. Sebaliknya apa yang saya katakan kali ini lebih membuatkan dia sakit hati dengan pihak persatuan dan majlis sukan. Lebih-lebih lagi ekoran daripada insiden dimaki hamun selepas acara sebelum ini. Dia lebih mengganggap tidak tahu apa-apa jika tidak mendapat makluman terus daripada jurulatih. Lagi membangkitkan kemarahannya bila makluman yang kebiasaannya diterima terus, disampaikan pula secara passing menerusi orang lain - macam passing bola! Tidak berpuas hati, dibangkitkan pula dia telah menjalankan amanah memberikan duit bayaran kepada anak-anak buahnya tetapi sayangnya mereka tidak diberikan sijil sebagaimana yang saya sendiri dapat. Oleh kerana teruknya pengurusan sebegini jugalah, mungkin anak-anak buahnya juga tidak akan sertai mana-mana acara lagi selepas ini. Baginya, adalah lebih baik jika masa yang ada digunakan untuk melatih ahli-ahlinya yang belum mahir dan masih baru. Lagipun, tugas di acara sebegini bukannya dibayar gaji walau sesen pun! Kena maki lagi adalahh!! Lagipun adalah seorang hamba Allah yang pernah anggap mereka tidak memberikan sebarang kerjasama dalam acara sebelum ini (saya tahu mereka memang beri kerjasama sebab saya ada bersama mereka ketika itu). Gaji? Tidak perlu bimbang sebab sudah ada kerjaya sendiri. 

Mungkin sebab saya belum terkena sepertinya, jadi saya turut diingatkan supaya tidak terlalu attached dengan pihak yang baginya tidak mengenang budi dan tidak tahu budi bahasa itu. Secara peribadi, saya mengambil apa yang berlaku ini sebagai amaran untuk cepat-cepat menyelamatkan diri daripada dipergunakan dan daripada ketidakprofesionalan semua pihak atasan. Dengan kata mudahnya - cepat-cepat blahh dari sini!!


P/S: 
Berita baik - Kebetulan dapat kerja baru. Jadi tidak perlu bersusah memberikan alasan untuk tidak libatkan diri.. hehehe

No comments: