MY FOLLOWERS

Friday, June 15, 2012

Sekadar Luahan - Kerja Baru Kini Bermula! Ossuu!!!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum...


Syukur ... Setelah sekian lama berusaha mencari kerja selepas tamat kontrak kerja terakhir sebelum ini, akhirnya saya kini sekali lagi berjaya keluar dari kebun anggur :-)

Kini syarikat baru bertumpu pada projek elektrikal dalam pembinaan menyediakan peluang bagi saya mengasah ilmu dan kemahiran selaku jurutera baru. Pengalaman dengan syarikat lama dahulu agak membantu dalam kerja kali ini. Berbanding dahulu, kali ini saya diberitahu mungkin perlu banyak terlibat dengan kertas kerja projek memandangkan perlu back up bos yang kadangkala tidak sempat untuk 'kejar' perkembangan projek. Gaji? Tunggulah selepas sebulan kerja dahulu.. Ramai juga yang mendoakan semoga kerja kali ini menjadi rezeki buat cahaya mata yang kedua yang bakal lahir sebelum raya nanti.



P/s: 
Menyiapkan kerja dengan gembiranya sambil mendengar lagu I Like It Like That oleh Hot Chelle Rae :-)

Everybody!! Sing it like that!! I like it like that!!

No comments: