MY FOLLOWERS

Wednesday, June 6, 2012

Sekadar Luahan - Tak Nak Bayar, Dituduh Penipu, Dimaki Hamun, Salah Siapa?

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: -


Assalamualaikum...


Pada mulanya perbualan sekadar berkisar kelas dan apa yang dipelajari selepas acara karate minggu lalu. Saling belajar ilmu baru dan bertukar-tukar ilmu, itu lumrah bila dapat kenali orang dari bidang sama dengan pengalaman berbeza. Patinya tidak mahu terlepas ingin tahu apa yang menarik yang dipelajarinya.. Bak kata orang, bila kita berguru dengan lagi ramai guru, lagi banyaklah ilmu dan pengalaman kita akan dapat. Lebih-lebih lagi bila di tempat sendiri tiada guru aliran karate shito-ryu sebelum ini. Dengar kata, dalam silibusnya lebih banyak yang boleh dipelajari..(bila dah belajar banyak, akan lebih tahu dengan jelas..)

Cerita panasnya bermula bila saya ditanya mengenai kelas hari ini bila saya memberitahu kawan ini yang saya diminta untuk menghantarkan surat berkaitan satu minit mesyuarat persatuan kepada pihak-pihak berkenaan. Kerja-kerja sebegini sudah biasa saya lakukan memandangkan dahulunya pun saya sudah ada pengalaman terlibat dengan kerja-kerja di syarikat terdahulu. Cuma mungkin selepas ini, saya terfikir mahukan bayaran daripada kerja-kerja yang saya buat. Lagipun, itu ada kaitan juga dengan tenaga dan masa yang saya curahkan untuk membuat kerja-kerja yang diminta. Apa salahnya jika tunjukkan penghargaan dengan memberi bayaran yang sepatutnya? Ye lah, takkan selamanya mahu semuanya percuma kan?? (Naik lemak la kau kalau semua nak free kan??!!)

Namun pengakhirannya, diluahkan oleh kawan saya ini bahawa dia tidak mahu lagi terlibat dengan kerja-kerja sebegini dan hanya mahu fokus pada mengajar karate sahaja dan bukan yang berkaitan dengan pengurusan. Jika tidak mahu terlibat langsung sekalipun, mungkin kurang atau dalam hal-hal tertentu sahaja..wallahualam.. Diluahkan lagi, jika dipanggil untuk datang barulah dia datang ke tempat latihan. Ditanya apa sebabnya, jawapannya pada awalnya mungkin amal jariah tetapi akhirnya akan jadi seperti barua, kerana sebelum ini sudah terkena. Saya turut diperingatkan supaya tidak terlalu attached dengan pihak-pihak yang meminta pertolongan sebegini lagi supaya tidak terkena sepertinya.


Isu semakin panas mula dibuka dalam perbualan kami apabila dia membuka cerita berkenaan rekaan muka depan buku yang diedarkan sewaktu acara dan meluahkan rasa tidak puas hati berkenaan sikap pihak pengurusan yang tidak profesional dan memaki hamunnya selain menuduhnya sebagai penipu.

Bagi kawan saya ini, memanglah pada awalnya jika terlibat memberikan khidmat sebegini dikira sebagai amal jariah, namun baginya harus sampai bila? Pada mulanya amal jariah, tetapi akhirnya akan jadi seperti baruah! Ibarat lembu dicucuk hidung, ditarik ke sana akan ikut ke sana, ditarik ke sini akan ikut ke sini, senang cerita - macam orang bodoh! Kerana pengalaman lalu jugalah dia memutuskan tidak mahu terkena lagi. Nampaknya saya juga harus berikan perhatian apa yang diberitahu dan beringat juga memandangkan sudah terlibat walaupun baru beberapa langkah. Dia membidas sikap tidak profesional persatuan berkenaan yang banyak cakap walaupun segalanya yang dibuat secara percuma. Rekaan pada baju dibuat sebaik mungkin sehingga berjaga larut malam untuk menyiapkannya, dihentam begitu sahaja! Lebih parah sewaktu pagi acara berlangsung, sekali lagi dihentam dan dituduh mereka buku acara dengan begitu buruk!! Dia memberitahu hanya mencipta tetapi bukan menjadi orang yang mencetak. 

Saya sendiri bertanyakan padanya berkenaan rekaan bajunya yang dihentam selain pihak persatuan meminta diskaun kerana tidak berpuas hati. Jawapannya tiada sebarang diskaun (duit yang didahulukan, bukan diskaun pada kedai) kerana tiada 1 sen pun deposit bayaran diberikan. Tambahnya lagi, tiada mana-mana kedai yang tidak kenakan deposit dan dia bersusah-payah keluarkan duitnya sendiri melebihi RM1000.00 dan mencari kedai bagi mencetak baju tersebut. Yang menyakitkan hati, bila ditelefon untuk minta deposit, semua senyap! Bila telefon dan mahu berikan penjelasan, diherdik pula dengan kata-kata kesat! Pun begitu, setelah ditimbangkan semula dia bersetuju untuk meminta hanya RM900.00 daripada pihak berkenaan. Jika rekaan dibuat oleh pihak luar, agaknya berapa cas yang dikenakan? Itulah persoalan yang turut dibangkitkan. Itu pun masih tidak dihargai. Bukan terima kasih tetapi digelar penipu, tidak jujur dan maki hamun pula yang dapat! Siapa tak marah??!

Selain itu, kawan saya ini dituduh juga tidak datang membantu sebelum pertandingan. Bab yang ini saya sendiri boleh sahkan itu semua tidak betul! Sebabnya, sehari sebelum acara itu saya sendiri bersama beberapa anak buahnya datang memasang mat sedangkan si celaka itu kata langsung tidak nampak seorang pun anak buah kawan saya ini datang! (Bodoh ke buta orang tua tu??!) Saya sendiri ada letakkan gambar anak buahnya membantu dalam salah satu entri berkenaan sebelum pertandingan tersebut. Sewaktu hari pertandingan juga, anak-anak buahnya turut bersama saya menjadi penjaga masa dan papan markah.

Dia tidak kisah sekalipun tidak kenal siapa anak buahnya tetapi janganlah kerana satu perkara kecil, mulut yang sudah semacam longkang itu menyembur air busuk dengan lancang sehinggakan tidak mahu bertanya atau setidaknya DIAM! Tahu marah siap mengaku lebih pandai bidang grafik? Si tua itu tidak tahukah bagaimana latarbelakangnya selaku pensyarah yang pernah mengajar di luar negara?? Kalau dia sudah pandai sangat, kenapa lantik orang lain untuk buat kerja? Kenapa tak boleh buat sendiri pula? Tidak perlulah bising-bising minta deposit, sebaliknya kawan saya ini disuruh pula tambahkan tempahan.Kawan saya ini semakin tidak tahu mahu cakap apa lagi apabila baju yang sudah siap sudah diberikan pada AJK teknikal yang bertugas. Yang semakin dia ralat, dia kena sound oleh pihak persatuan itu tanpa berpeluang memberitahu apa cerita sebenar dan apakah kesusahan yang dia sudah tanggung semata-mata untuk bantu persatuan ini. Sebaliknya dia hanya dihadiahkan gelaran penipu! Adakah patut??!!

Sudahnya, dia pun sudah makin malas mahu tuduh sana sini. Semuanya yang sudah dibuat selama ini seperti mencurah air ke daun keladi. Sekadar pengetahuan, dia dan isteri tidak makan sepanjang hari sehingga tamatnya acara. Lagipun bukan kerana lari daripada tugas, tetapi mencari gumshield kepada rakan lain yang bertanding. Lalu bila disuruhnya bantu angkat mat sesudah tamat acara, punyalah dia terkejut. Ke mana perginya AJK teknikal yang kesemuanya 20 orang tu?! Nama masing-masing sudah ada dalam buku yang turut memuatkan undang-undang persatuan dan sudah diberikan tugas sekali tetapi apa sudah jadi? Sudahnya dia angkat juga walaupun dengan berat hati. Bila semua mat sudah diangkut, dia segera pergi memandangkan isterinya sudah keletihan menunggu dan hampir pengsan! Semuanya membuatkan dia terasa pengurusan acara ini sungguh teruk dan dia seperti dilayan bagaikan sampah! Semuanya dari peringkat kertas kerja sehinggalah tamat acara, semuanya teruk dan sungguh memalukan!

Buku, banting dan banner adalah yang perlu ditekankan sebagai alat untuk hebahan/promosi, bukannya bab baju dan rekaan buku! Buku dihasilkan dalam dua versi - yang berwarna dan yang hitam putih (fotostat). Versi fotostat yang diedarkan adalah sungguh memalukan! Lebih memalukan dan memilukan bila bukan semua orang baca apa yang terkandung di dalamnya. Mungkin ada sebahagian yang ambil kemudian buang begitu sahaja sesudah acara. Apa pula yang jadi sebaliknya? Cawan atau mug pula yang muncul! Ini satu hal lagi yang saya turut tidak berpuas hati. Dalam mesyuarat sebelum itu pun tiada sekali pun disebut berkenaan mug yang akan diedarkan kepada para AJK teknikal. Duit bajet yang kebanyakannya sepatutnya digunakan untuk buku digunakan untuk buat mug pula! Tidak kurang dua kotak yang lebih dan saya sendiri tidak mendapatnya!

Dia cuma tidak mahu berganjak selagi pihak persatuan tidak mahu minta maaf di atas segala kesalahan dan kerosakan yang ditimpakan ke atas dirinya. Bukanlah duit itu yang difikirkan sangat memandangkan dia sudah ada kerjaya sendiri dan sudah pernah pusing keliling dunia. Nasihatnya, jika kali pertama menganjurkan sesuatu acara rujuklah dahulu dengan yang lebih berpengalaman dan buatlah sekadar yang termampu. Ketua bertanggungjawab tentukan halatuju persatuan itu sama ada akan menjadikannya baik atau sebaliknya. Jika tidak faham atau tidak tahu, lebih baik tanya dahulu. Seperkara lagi, orang boleh terima kritikan bukan makian!

No comments: