MY FOLLOWERS

Saturday, July 7, 2012

Artikel - Kompleks Tabung Haji Terengganu: Kemudahan Baru Jemaah Haji dan Umrah Mulai 2013

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum.....

Selepas ini, akan kuranglah kesesakan di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya. Lebih-lebih lagi sebab akan ada satu lagi kemudahan yang sama disediakan di Kuala Nerus, Kuala Terengganu. 






Bangunan kompleks yang bernilai hampir RM70 juta ini terletak bersebelahan dengan pejabat Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Negeri Terengganu, dan bertentangan dengan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, selain jaraknya juga tidak sampai 2 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Kerja-kerja pembinaannya telah dimulakan pada awal 2012 dan dijangka siap pada tahun berikutnya. 

Selain dewan bankuet serbaguna, kompleks ini juga bakal dilengkapi pelbagai kemudahan lain seperti dewan ketibaan dan berlepas, tempat pendaftaran dan imigresen, restoran, bilik mesyuarat, pejabat, lot kedai, kolam renang lelaki dan perempuan, lif, internet serta hotel 5 tingkat dengan hampir 180 buah bilik.


Pemandangan bangunan MSNT dilihat dari salah satu bilik hotel yang masih dalam pembinaan



Pandangan bangunan JPAM dari sudut bangunan hotel Kompleks Tabung Haji yang masih dalam pembinaan.

Dengan adanya kemudahan ini, diharap akan memudahkan lagi para jemaah haji dan umrah terutamanya yang tinggal di pantai timur Semenanjung untuk melaksanakan ibadah ini terus ke Jeddah dan Madinah tanpa melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

No comments: