MY FOLLOWERS

Wednesday, July 18, 2012

Sekadar Luahan - Kecewa Dengan Kerja ......

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....

 
Itulah yang berlaku setiap kali dapat gaji. Bagi yang sudah punya kerjaya yang stabil, akan rasa seronoknya dan gembiranya, dan akan mulalah merancang bermacam perkara untuk dibeli, bermacam tempat untuk dikunjungi, simpan sebanyak ini, dan pelbagai lagi untuk dibuat. Lain pulalah ceritanya bagi yang tiada kerja yang stabil. Terumbang ambing. Lebih-lebih lagi yang bekerja di syarikat kecil dengan orang lain. Kerjanya tidak setimpal dengan gaji yang diperoleh. Kalau ada pun yang pinjam daripada syarikat, bila dapat sahaja gaji akan ditolak jumlahnya. Maka yang sampai di tangan pula akan sangatlah kecil. Mahu rancang apa-apa pun susah. Jika mahu menyimpan apatah lagi. Bagi sesetengah orang, semakin terasalah betapa tidak seronoknya kerja. Akan semakin kecewalah pula. Jika dapat pun, mungkin sedikit sahaja. Sangatlah susah untuk mendapat jumlah besar. Silap haribulan, lima tahun menyimpan pun belum tentu akan sampai pada sasaran simpanannya. Begitulah juga saya. Ingatkan sewaktu melihat iklan jawatan kosong dahulu, dapatlah merasa gaji seperti yang ditawarkan dan dapatlah mula menyimpan sedikit demi sedikit. Bila sudah dapat dan setelah melalui perbincangan dengan bos, gajinya tidak ubah seperti sewaktu di syarikat lama dahulu. Apa boleh buat? Sabarlah... 

Kemudian bermulalah sesi imbas kembali persoalan dalam benak kepala ini - adakah ini berlaku kerana tidak memnuhi kehendak syarikat dan tidak seperti yang diharapkan? Pengalaman sudah ada, jadi inilah masanya untuk tambah lagi pengalaman dan pengetahuan untuk jadi lebih baik tetapi kenapa ia harus menjadi seperti ini? Atau mungkin kerana tidak mahu ambil pekerja sejak dari awal? Jika tidak mahu ambil, kenapa perlu sibuk canangkan iklan dan ambil pekerja ini dan bayar gaji? Bukankah itu membuang masa, tenaga dan duit syarikat?

Yang bekerja di syarikat besar atau badan kerajaan juga sama, adakah tidak sah jika tidak ambil pekerja baru melalui 'kabel'? Kenapa? Adakah orang yang diambil melalui 'kabel' itu lebih baik daripada berduyun yang datang memohon kerja itu? Mana anda semua tahu, jika yang datang bukan menggunakan 'kabel' itu boleh buat kerja dengan lebih baik lagi? Adakah tanpa menggunakan kabel ini syarikat atau badan organisasi itu akan bankrup? Mestikah kita semua perlu ikut cara yang susah baru boleh dapat kerja tersebut? Mestikah guna cara kotor baru boleh dapat kerja yang dipohon itu? Jika begitulah keadaannya, ke manakah perginya kata-kata 'cara senang ada guna la cara senang, jgn la guna cara susah'?

Syarikat yang mengambil pekerja pun sama! Mestikah terus ada pengalaman baru boleh dapatkan kerja? Tidak bolehkah melatih para pekerja baru untuk laksanakan tugas sedikit demi sedikit dan berikan dia pengalaman supaya dia dapat lakukan tugasnya?? Mestikah semuanya mengikut kelulusan? Kadang-kadang tiada masalah pun jika mengambil orang yang bukan dari kelulusan berkenaan untuk buat kerja. Jika tiada kelulusan seperti yang diminta, adakah ini bermakna pekerja tersebut tidak boleh lakukan kerja?? Jika begitulah keadaannya, sampai kiamatlah orang tidak akan dapat bekerja!

Sampai bilakah yang memohon kerja mesti minta kerja? Sampai bilakah keadaan ini berterusan sebelum mendapat kerja yang stabil?? Dan sampai bilakah lagi yang memohon perlu berasa kecewa?? 


No comments: