MY FOLLOWERS

Sunday, July 29, 2012

Sekadar Luahan - Parut UFC, Hikmat Spek Terbang, Nasi Goreng Kicap??

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....
 
Bagi sesetengah kelab atau permainan, bulan puasa adalah bulan untuk merehatkan diri dan menumpukan perhatian bagi menambahkan pahala ibadah. Namun, masih tidak menjadi kesalahan sekiranya masih ada yang mahu meneruskan latihan seperti biasa. Sedangkan Nabi sendiri bersama para sahabat boleh keluar mengerah tenaga di medan perang, kenapa pula latihan yang mengeluarkan peluh sebegini harus jadi masalah?

Kami sendiri pun pada awalnya berfikir untuk berehat daripada sesi latihan ini sehingga selepas Aidilfitri nanti, tetapi selepas melalui sesi perbincangan dan mendapati masih ada segelintir yang masih berminat untuk teruskan berlatih, maka kami bercadang untuk turutkan sahaja. Kami sendiri selaku jurulatih dan pembantu jurulatih setakat ini alhamdulillah, tiada sebarang masalah untuk teruskan latihan seperti biasa memandangkan sudah ada pengalaman sebelum ini. Untuk itu, daripada melakukannya pada sebelah petang yang mungkin memenatkan, kami lakukannya pada sebelah malam selepas solat Isyak. Solat tarawih kami lakukannya sendiri selepas pulang. Bagi kami, latihan sebelah malam lebih thrill dan menyeronokkan :-)



Oleh kerana masih terasa kehangatan latihan sebelum ini, maka kami putuskan untuk adakan latihan pada malam semalam. Latihan kami diadakan jam 9.30 malam. Pada asalnya kami ingin adakannya di sebuah dojo yang disediakan di sebuah kompleks tenis di sini tetapi tidak berpeluang untuk lakukannya di situ kerana kunci pagar sudah ditukar oleh pihak berkuasa di situ memandangkan SUKMA 2012 sudah berakhir. Disebabkan kami turut membawa beberapa orang anak buah dan tidak mahu berpatah balik dan mematahkan semangat sesiapa, maka kami pun beralih ke dewan latihan di sebuah flat kediaman yang dikendalikan oleh ketua jurulatih di sini. Kami berlatih di dewan ini juga selepas diberikan kebenaran oleh ketua jurulatih berkenaan, lagipun tidak menjadi masalah kerana tiada sebarang pertindihan jadual dengan apa-apa aktiviti dewan berkenaan.


Fighhhtt!!

Selepas sesi memanas badan, kami tumpukan latihan pada kumite. Latihan dilakukan secara bergilir-gilir 5 orang. Semua tunjuk ajar sudah sifu berikan, maka latihan jadi seronok.... antara bahagian yang seronok ialah bila saya sendiri terlupa untuk simpan cermin mata. Kan tak pasal-pasal dihadiahkan hikmat-tendangan-spek-terbang oleh pihak lawan.. Bukan apa, pada awalnya ingatkan latihan ini hanyalah light training sahaja memandangkan ini bulan puasa, tetapi lain yang difikir lain pula yang jadi.. Serangan 'betul-betul' pula yang diberi. Nasib baik cermin mata tidak patah, cuma bengkok sedikit. Kalau tidak, kenalah minta RM400 daripada si penyerang... huahuahuahuaa.!! Cermin mata ini baru sahaja kurang daripada 3 bulan dipakai menggantikan yang sebelum ini yang patah sebab besi bingkainya reput.

Duusshhh!!

Bukan satu tetapi dua hadiah yang dapat. Hadiah kedua - dua parut tepi mata selepas terkena sepakan penyerang (dusyyuumm!!).. Saya sendiri tidak perasan sehinggalah terasa pedih selepas peluh menitik terkena bahagian luka parut dan ada sedikit cecair merah. Biasalah, kalau tiada parut bukan anak jantanlah namanya. Itulah kata sensei.. hehehe.... Lagi haru, bila dikatakan itu yang membezakan lelaki sejati daripada gay! hahahaha...

Selepas beberapa pusingan dengan anak buah, sensei sempat lagi bertanya "kenapa kau invincible sangat malam ni?" Manalah saya tahu...........

Latihan masih diteruskan selepas saya berehat seketika, mengambil giliran membelasah tiga orang lagi anak buah buatkan masing-masing lebih bersemangat! Pun begitu cerita tidak habis lagi kerana ada yang dihadiahkan sepakan daripada saya sehingga senak dan terduduk. Bukan makin menangis, suka pulak dia... :-D Kalau menangis, jadilah seperti di kelas sebelum ini bila dihadiahkan hikmat-penumbuk-sarung-tangan-baru ke muka sehingga kepala tertonyoh ke belakang..



Sewaktu makan

Sehinggalah ketika waktu makan sewaktu sebelum pulang, dia pula masih mengungkit sebab senak "ni kene kat rahim ni... huhuhu.." sehinggalah sensei menghentamnya semula "Rahim apa? Rahim Maarof?" Sudahlah entah berapa kali kena ashi barai (leg sweep) sehingga tergolek, masih sempat lagi bising-bising..

Sambil menjamu selera, bermacamlah cerita keluar sehinggalah salah seorang anak buah memesan nasi goreng kicap yang dibungkus kununnya :-D  untuk dijadikan hidangan sahur. Sensei dengan kehairanannya sebab tidak pernah pula tengok macam mana rupanya. Kalau nasi goreng USA, daging merah, nasi goreng pataya, itu sudah biasa...

Lain pula ceritanya dengan saya. Jadi mula bising bila saya mengambil gelas berisi ais (air sudah dihabiskan) dan dituamkan pada bahagian parut yang masih terasa sedikit berdenyut. Siap ada yang tanya "eh, henpon baru ke bang? siap dengan antena lagi?" Saya cuma jawab "mana ada.. nak ais jerr.." Kemudian sensei tambah "Parut kau ni, aku tengok dah macam parut fighter UFC yang menang fight pulak" sambil ditunjukkan parut di lengannya. Memandangkan saya tidak nampak parut saya tadi, saya pun pinjamlah cermin solek kepunyaan anak buah untuk lihatnya.. kemudian bertanya "ehh apsal tak nampak muka aku? kenapa aku nampak muka fahrin ahmad pulak ni?" 

Jawab si anak buah, "Biasalah... Garnier.." Kuang kuangg kuanggg...

Kami semua pulang sekitar 4 pagi.. itu pun sesudah anak buah menghabiskan nasi goreng kicap yang dipesannya yang kononnya mahu dijadikan habuan sahur itu.....



P/S: Menulis sambil layan lagu Hero's Come Back (OST Naruto Shippuden Season 1) oleh Nobodyknows

No comments: