Gambar ihsan: Owned
Assalamualaikum.....
Kalau dahulunya, tahap kesibukan kerja yang saya lalui adalah berbeza. Bidang kerjanya sahaja masih sama iaitu dalam industri pembinaan tetapi kali ini dari sudut pendekatan tugas itu mungkin sedikit berbeza. Kalau dahulunya, saya menguruskan sekitar 10 macam projek dalam satu-satu masa dengan 10 macam kerenah yang memeningkan kepala. 10 macam tapak projek juga perlu dilawati. Kali ini, hanya beberapa projek kecil dengan satu projek yang agak besar. Senang apabila menguruskan projek kali ini. Tidak perlu pening kepala ke hulu ke hilir melawat banyak tapak. Hanya perlu tumpukan pada projek ini sahaja sehingga siap kelak sebelum beralih kepada projek lain. Bukan kerana tidak mahu urus banyak projek cuma bos syarikat ini jenis yang tidak suka peningkan kepala dengan banyak hal. Sebolehnya akan dipermudahkan, banyak kerja diserah pada sub-kontraktor. Yang tinggal hanya kerja-kerja yang mudah. Pejabat juga agak 'koboi', cukup untuk buat kerja sahaja. Hahahaha... Hampir setiap hari, hanya pantau kerja-kerja di tapak yang sama, boleh ambil tahu banyak perkara secara lebih jelas, selain perlu uruskan kertas kerja di pejabat. Jika tidak ke tapak, urusan berkaitan seperti bil-bil pesanan dan senarai barang di tapak serta tuntutan perlu diuruskan.
Lagi bagus bila hampir semuanya boleh dirujuk terus kepada penyelia tapak dan pegawai di tapak. Semuanya boleh dibuat sendiri. Persekitaran yang tidak mengongkong membuatkan saya ada ruang dan kebebasan untuk siapkan kerja. Jika mahu tahu berkenaan barang-barang di tapak dan tahap siap kerja, boleh pergi sendiri tanpa perlu tunggu bos. Hanya ketika perlu siapkan tuntutan bayaran sahaja perlu dirujuk kepada bos. Itu pun tidaklah seberat dahulu kerana bos juga ada merujuk terus kepada mereka yang berada di pejabat tapak.
Baru-baru ini perlu siapkan dokumen berkaitan kerja-kerja tambahan untuk dituntut. Perlu rujuk kepada penyelia di tapak, pegawai berkaitan, skematik serta shop drawing, B.Q., P.O. untuk harga barang yang dipesan, D.O. barang yang dihantar, senarai barang di tapak yang terbaru, serta surat-surat berkaitan.Semuanya terasa seperti agak mudah kali ini....
Di atas adalah kerja-kerja tambahan yang dibuat minggu lalu yang akan dihantar minggu ini. Bila bos kata sudah boleh dihantar, fuhh! alangkah leganya.
P/S: Menulis sambil mendengar lagu Believe Me oleh Fort Minor


No comments:
Post a Comment