MY FOLLOWERS

Tuesday, January 31, 2012

Jalan-jalan Cari Makan - Steamboat Pulau Duyung

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum.....

Satu lagi destinasi makanan laut di Terengganu. Untuk sampai ke restoran ini, jika anda datang dari arah bandar Kuala Terengganu, anda perlu melalui jambatan Sultan Mahmud sebelum turun ke laluan ke bawah jambatan berkenaan dan membelok ke kanan. Dari situ, anda perlu melalui kawasan penempatan dan blok pangsapuri kos rendah di hadapan Ri-Yaz Heritage di Pulau Duyung, Kuala Terengganu. Di sekitar restoran ini juga terdapat jeti untuk kapal dan bot, kemudahan tandas awam serta lot-lot kedai. Perjalanan mengambil masa sekitar 15 minit sahaja dari bandar Kuala Terengganu. 


Menghadap sungai Terengganu. Di seberang ialah kawasan restoran di Pulau Kambing, berdekatan dengan hotel Felda Residence, Kuala Terengganu.


Kemudahan tandas awam bersebelahan restoran

Terdapat juga jeti untuk kapal-kapal dan bot.


Selain masakan panas, terdapat juga menu makanan laut seperti steamboat dan ikan bakar. Harga ikan adalah bergantung kepada harga pasaran semasa dan jenis ikan. Harga bagi steamboat untuk hidangan sekeluarga sekitar 13 orang juga bawah RM100.00. 

Memasak di atas dapur kecil yang disediakan :-)








Sesudah dimasak dan sedia dimakan

Antara bahan yang terdapat dalam steamboat ini ialah potongan daging serta ayam, sotong, udang, bebola ikan, kepingan ikan (fish cake), mee segera serta sayuran disertakan sos pencicah dan kuah tom yam. Diberikan secara mentah, pelanggan perlu memasak sendiri di atas dapur kecil yang disediakan. Buat anda yang ingin berkunjung ke Terengganu, bolehlah dikatakan ini sebagai salah satu destinasi cadangan yang boleh dilawati dan pastinya satu pengalaman menarik buat anda.

Animasi - Bola Kampung

Kredit kepada: Wikipedia
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....


Sebuah lagi animasi tempatan selain Upin dan Ipin yang mendapat sambutan baik daripada peminat warga tempatan - Bola Kampung. Selain di RTM1 dan TV9, siri animasi 2D ini juga disiarkan di saluran Disney dan Cartoon Network dan kini sudah masuk musim kelima. Tajuk lain siri ini ialah Soccer Boy (Rujuk sini)

Mengisahkan sekumpulan budak-budak kampung Gong Lechar yang begitu sukakan permainan ini tanpa mendapat sebarang latihan secara profesional dan bermain sekadar suka-suka. Namun begitu, masing-masing punya impian untuk menjadi pemain terkenal suatu hari nanti.

Suatu hari, guru besar dan guru sukan di sekolah mereka memutuskan untuk membentuk sebuah pasukan bola sepak bagi mewakili sekolah mereka ke perlawanan peringkat sekolah. Pasukan yang menang akan mewakili sekolah masing-masing ke peringkat daerah pula.

Jika inginkan maklumat lanjut serta aktiviti menarik berkaitan siri ini, anda juga boleh layari laman web Kelab Peminat Bola Kampung. Ada forum, galeri, ruangan muat turun dan bermacam lagi, hanya untuk peminatnya :-)

Monday, January 30, 2012

Kesihatan - 7 Fakta Mengenai Kopi

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....

Terdapat tujuh fakta mengenai kopi yang mungkin ramai di kalangan kita tidak menyedari atau mengetahuinya.



1. Membantu mengurangkan kemurungan.

Kini terdapat kajian dari Harvard School of Public Health dalam Archives of Internal Medicine yang menunjukkan wanita yang meminum kopi berkafein mempunyai risiko menghidap kemurungan 20% lebih rendah daripada yang bukan peminum. Kajian turut mendapati lebih banyak jumlah yang diambil, lebih rendah risiko menghidap kemurungan.


2. Mempromosikan berat yang sihat.

"Meminum kopi sesudah makan akan menyebabkan tubuh memproses makanan yang dimakan pada kadar yang lebih perlahan, " kata Chris Kilham, penyelidik perubatan, pengasas Medicine Hunter, Inc. dan juga penulis Psyche Delicacies. Menurut David Levitsky, PhD, profesor sains pemakanan di Universiti Cornell, "Kafein mengurangkan kadar perut memproses makanan ke dalam duodenum, iaitu bahagian usus kecil di mana proses penghadaman berlaku selain meningkatkan kadar metabolisme." 


3. Meningkatkan kesuburan lelaki.

"Kajian menunjukkan kafein juga memberikan kesan positif ke atas kelajuan sperma untuk bergerak ke arah telur. Mungkin juga meninggikan peluang untuk hamil," kata John Wilcox, MD, FACOG, rakan kongsi pengurusan dan ahli endokrinologi reproduktif di HRC Fertility, California. Selain itu, kajian yang dikendalikan di Universiti Sao Paulo mendapati motiliti sperma adalah tinggi di kalangan peminum kopi berbanding yang bukan peminum, tidak kiralah sebanyak mana kopi itu diminum dalam sehari. Perbezaan ini ditemui hanya di kalangan peminum kopi dan bukan peminum.


4. Boleh menyebabkan bakteria.

Satu kajian yang dijalankan oleh NSF International, sebuah organisasi keselamatan mendapati mesin takungan kopi yang dikaji penuh dengan yis dan organisma kulapuk," kata Robert Donofrio, PhD, pengarah makmal mikrobiologi di NSF International. "Tidak ramai yang kami temui mengatakan mereka membersihkan atau menyahjangkit takungan kopi mereka. Saki-baki air yang masih tinggal serta bahagian mesin tersebut yang lembap menyumbang kepada pembentukan bakteria." Untuk membersihkan mesin takungan berkenaan, pengguna perlu mengikut protokol pembersihan yang disediakan dalam manualnya atau bersihkan bahagian dalamnya menggunakan cuka. 


5. Mengurangkan risiko kanser kulit.

Berlindung daripada sinaran matahari dan biasa menggunakan sejumlah SPF seharusnya menjadi cara utama untuk melindungi kulit daripada kanser. Kajian terbaru dari Hospital Brigham dan Wanita mendapati wanita yang meminum lebih daripada tiga cawan kopi sehari mempunyai risiko mendapat basal cell carcinoma 20% lebih rendah, dan lelaki pula dengan peluang 9% lebih rendah. Walaubagaimanapun, pengkaji tidak menyatakan pengambilam kopi merendahkan risiko squamous cell carcinoma atau melanoma, sejenis kanser kulit yang boleh membawa maut, menjadikannya penting untuk melindungi kulit sewaktu berada di luar rumah.


6. Bukan semestinya menyebabkan ketagihan.

Seorang ahli fakulti dan pengarah bahagian nutrisi sukan di Universiti California di Davis, Liz Applegate, PhD menjelaskan kafein yang terdapat dalam kopi tidak menyebabkan ketagihan. "Kafein ialah perangsang lembut, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan adalah salah membandingkan pengambilan kafein dengan ketagihan dadah kerana masyarakat boleh mengurangkan atau menghentikan pengambilan kafein daripada diet mereka tanpa menghadapi sebarang masalah psikologi atau fizikal hasil daripada ketagihan sebenar." Walaubagaimanapun, peminum kopi yang tegar mungkin mengalami simptom-simptom seperti keletihan dan kerengsaan jika mereka mengurangkan pengambilannya. Menurut Dr. Applegate, mereka yang mengambil 600 milligram kafein atau bersamaan 6 cawan kopi sehari adalah di kalangan yang mengalami simptom sebegini, namun kebiasaannya akan kembali ke keadaan asalnya selepas beberapa hari.


7. Tidak semestinya mengakibatkan sakit perut. 

Berdasarkan Lauren Gerson, MD, MSc, pembantu professor perubatan dan gastroenterology Kolej Perubatan Universiti Stanford, "Tiada bukti daripada kajian lepas menunjukkan kopi menyebabkan ulser atau lebih banyak kesakitan kepada pesakit dengan ulser yang direkodkan. Walaubagaimanapun, terdapat satu isu pencernaan yang menunjukkan kopi boleh menjadikannya bertambah buruk. Dr. Gerson menjelaskan meminum kopi boleh memburukkan lagi simptom pedih ulu hati disebabkan ia merangsang perut untuk menghasilkan asid gastrik.


Sunday, January 29, 2012

Filem - Contagion BluRay (Download!!)

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....

Kisah penyebaran wabak penyakit dan usaha pihak berkuasa menghentikan pandemik yang berlaku.


Contagion (2011) BRRip

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4


Contagion (2011) BRRip 720p 650MB - DEEPSEA

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4

Enjoy :-)

Filem - Blade Trinity MKV (Download!!)

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....

Bahagian ke-3 filem lakonan Wesley Snipes membasmi puntianak. Kali ini Blade bergabung tenaga dengan Hannibal King dan Abigail Whistler bagi menewaskan Drake. Turut membintangi Ryan Reynolds (The Change-Up, Green Lantern), Jessica Biel (The A-Team, Next), Kris Kristofferson, Dominic Purcell (Escapee, Killer Elite), Triple H, James Remar dan Parker Posey.


Blade III: Trinity (2004) MKV.HD

Mediafire - Part 1  |  Part 2

Hahahahahahahaha...enjoyyy.............

Kesihatan - Buah dan Sayur Untuk Kesihatan

Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Yahoo Health


Assalamualaikum.....

Ubi kentang ungu


Satu kajian dari University of Scranton di Pennsylvania mendapat kesimpulan yang berbeza berbanding yang terdahulu. Kajian dijalankan ke atas 18 orang yang terlebih berat dan obes yang menghidapi tekanan darah tinggi. Para peserta diminta untuk memilih makan enam hingga lapan biji ubi kentang ungu bersaiz bola golf untuk makan tengahari dan makan malam, atau diet bebas kentang. Selepas sebulan, peserta akan mengubah rutin diet mereka. Peserta yang memakan ubi kentang menunjukkan perubahan yang ketara pada tekanan darah tinggi yang mereka hidapi. Tekanan diastolik sebanyak 4.3% sementara tekanan darah sistolik menurun sebanyak 3.5%. 


Laici


Mengikut kajian pada 2006 dalam Journal of Nutrition, laici mempunyai polifenol yang baik untuk jantung yang setara dengan 24 jenis buah yang diuji. Kajian mendapati ia mempunyai polifenol yang boleh menghalang penyakit hampir 15% lebih banyak berbanding anggur. Antioksidannya juga membantu menghalang pembentukan sel kanser, berdasarkan kajian dari Sichuan University di China.


Jambu batu


Sebiji buah ini mempunyai 5 kali vitamin C seperti buah oren (377 mg versus 83 mg). Jambu batu mempunyai lycopene, yang boleh menghalang penyakit jantung. Berdasarkan sebuah kajian ahli mikrobiologi dari Bangladesh, jambu batu juga boleh menghalang foodborne pathogens seperti Listeria dan staph.


Bok choy


Sayur daun ini adalah sayur nombor 1 China dan mempunyai 10 kali vitamin A dalam secawan. Ia penuh dengan antioksidan dan tidak mengejutkan bila beberapa kajian menunjukkan pengambilan sejumlah besar sayuran Brassica (keluarga sayuran termasuk kale, brokoli, dan bok choy) boleh mengurangkan risiko menghidap beberapa kanser termasuk prostat. 

Buah pear

Dengan sebiji pear, anda akan mengambil 10 g fiber, hampir separuh daripada jumlah yang disyorkan dalam sehari. Ia mempunyai rendah kolesterol, memberikan rasa kenyang lebih lama dan membantu mengawal paras gula dalam darah.


KLIK SINI untuk ke artikel penuh.

Artikel - Kereta Tercantik 2011

Kredit kepada:Yahoo Auto
Gambar ihsan:Yahoo Auto


Assalamualaikum.....

Di sini saya kongsikan kepada anda beberapa kereta tercantik bagi tahun 2011 yang dikeluarkan oleh Forbes.






KLIK SINI untuk melihat senarai penuhnya yang dikeluarkan oleh Forbes.

Saturday, January 28, 2012

Artikel - Tyre Marking Sebagai Panduan

Kredit kepada: HH
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....

Panduan ini telah sedia dicetak pada setiap tayar. Anda boleh lihatnya sendiri pada bahagian tepi tayar berhampiran rim.



Antara yang ditunjukkan ialah kelebaran (dalam ukuran mm), jejari tayar serta jumlah tekanan angin yang diperlukan (minimum dan maksimum). Anda boleh juga merujuk DI SINI untuk lebih lanjut.

Bagi kereta standard 1.3 atau 1.5, biasanya tekanan tayar sekitar 30 psi (pound square inch.).

Sekadar Luahan - Orang Yang Takde Duit, Tak Merasa La... sobb..sobb...

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum.....

Itulah yang berlaku...


Dato' Siti dan kumpulan Rabbani akan datang ke Terengganu pada 4 dan 5hb Februari ini sempena sambutan Maulidur Rasul. Pada 4hb nanti, akan diadakan konsert di Dataran Taman Tamadun Islam dan ia adalah percuma. Turut memeriahkan konsert ini nanti ialah Sabri Yunus, Amy Search dan pendatang baru, Najwa Latiff. Itu masih tidak mengapa dan semua orang pasti sukakan apa-apa sahaja pemberian secara percuma :-) Kalau semuanya diberi pada harga murah semurah tiket perlawanan bola sepak sekali pun, mungkin masih ramai akan datang menjenguk Dato' Siti dan Rabbani dari dekat.

Pada keesokannya, Dato' Siti dan Rabbani akan menghadiri majlis makan malam bertempat di Ri-Yaz Heritage, Pulau Duyung, Kuala Terengganu dan di majlis ini dikenakan bayaran RM175, RM275 dan RM500 seorang! Oleh kerana harga pun sudah tiga angka, rakyat termasuklah yang hidup di kawasan perumahan kos rendah yang terdiri daripada mereka-mereka yang miskin dan berpendapatan rendah di sekitar Ri-Yaz hanya mampu melihat dari luar pagar sahaja. Mungkin tidak dapat bertemu langsung dengan mereka!

Mungkin ada yang akan terasa ini sesuatu yang tidak adil. Hanya yang berada sahaja berpeluang masuk dan berjumpa mereka.....

Baca lagi berita DI SINI.

Hiburan - Wrath of the Titans, Man on a Ledge

Kredit kepada: Yahoo Movies, Youtube 
Gambar ihsan: Youtube


Assalamualaikum......



Dua buah filem ini adalah lakonan Sam Worthington yang sebelum ini terkenal menerusi Avatar dan Terminator: Salvation. Filem pertama adalah sambungan daripada filem Clash of the Titans - Wrath of the Titans. Mengisahkan sedekad selepas Perseus menewaskan raksasa Kraken, dia cuba meneruskan kehidupan sebagai nelayan dan bapa kepada anaknya, Helius. Dewa kini semakin hilang kawalan ke atas Titans dan ketuanya yang ganas, Kronos yang juga bapa kepada tiga dewa yang telah lama memerintah - Zeus, Hades dan Poseidon. Kronos telah lama digulingkan dan dibiarkan mati reput dalam jurang di Tartarus. Perseus tidak dapat berdiam diri sedangkan Hades bersama anak Zeus, Ares berpaling tadah dan membuat perjanjian dengan Kronos bagi menangkap Zeus. Kekuatan Titans semakin bertambah apabila kuasanya yang masih ada dilepaskan dan mencetuskan huru-hara di bumi. Dengan bantuan Ratu Andromeda, anak separa dewa Poseidon iaitu Argenor, dewa yang ditewaskan, Hephaestus, mereka segera bergerak menyelamatkan Zeus, menggulingkan Titan dan menyelamatkan manusia. Turut membintangi filem ini Liam Neeson (The Haunting, Taken, Unknown), Toby Kebbell, Bill Nighy (Underworld trilogy, Wild Target, Page Eight) dan Rosamund Pike (Doom, Die another Day, Johnny English Reborn).

Filem Man on a Ledge mengisahkan seorang bekas polis yang menjadi penjenayah yang melarikan diri sehingga sanggup berdiri di belebas tingkap untuk memberitahu dia diperangkap dengan tuduhan mencuri berlian bernilai $40 juta. Di sebalik kata-kata yang kelihatan mudah sebenarnya tersembunyi sebuah konspirasi lebih rumit yang menyebabkan nasibnya terumbang-ambing. Lakonan Sam Worthington, Elizabeth Banks, Jamie Bell (Defiance, Jumper, King Kong), Anthony Mackie, Ed Burns, Kyra Sedgwick (The Game Plan) dan Ed Harris (Enemy at the Gates, National Treasure 2).

Wrath of the Titans



Man on a Ledge


Nantikan kemunculannya!

Friday, January 27, 2012

Hidupan Liar - Hidupan Laut Yang Jarang Ditemui Muncul di Pelabuhan Seattle

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum..

Ribbon seal

Seorang wanita penduduk Seattle baru-baru ini dikejutkan dengan kehadiran seekor haiwan berbulu yang kelihatan aneh. "Haiwan ini terjaga dan terbaring di pelabuhannya. Ia tidak berbuat apa-apa kecuali berehat dan tidur sahaja," kata Matthew Cleland, penyelia daerah di bahagian barat Washington kepada USDA's Wildlife Services, dan juga penerima foto haiwan berkenaan. 

"Saya fikir ia seekor haiwan yang menarik, tetapi tidak tahu ia haiwan apa." kata Cleland kepada OurAmazingPlanet. Dia ke pejabatnya untuk membuat rujukan sepintas lalu dan mendapati ia adalah anjing laut jenis ribbon seal, spesis haiwan Artik yang menghabiskan kebanyakan hidupnya di laut dengan berenang di kawasan air yang dingin sekitar Alaska dan Russia. 

Walaubagaimana pun, haiwan ini muncul di pelabuhan wanita tersebut, sebatu dari sungai Duwamish, kawasan laluan air industri yang melalui bahagian selatan Seattle. 



Animasi - The Pirates! Band of Misfits

Kredit kepada: Yahoo Movies, Youtube
Gambar ihsan: Youtube



Assalamualaikum.....


Mungkin ini animasi yang dinanti-nantikan oleh peminatnya. Satu lagi buah tangan daripada Aardman Animation, sebuah produksi sama yang pernah membawakan anda Wallace & Gromit dan Chicken Run. Baru-baru ini, produksi ini telah membawakan Arthur Christmas sempena cuti Krismas yang lalu dan telah mendapat kutipan melebihi $46 juta seluruh dunia. Kali ini, menggunakan suara pelakon seperti Hugh Grant (Notting Hill, Two Weeks Notice), Jeremy Piven (Smoking Aces), David Tennant dan Salma Hayek.Diarahkan oleh Peter Lord dan Jeff Newitt. 

Saksikan trailer animasi ini  :-)



Nantikan kemunculannya!!

Thursday, January 26, 2012

Paranormal - Pengalaman Bella

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

Penulis hanya menyampaikan kembali apa yang pernah disampaikan dahulu. Harap maklum.

Di sini Bella ingin kongsikanapa yang Bella sendiri lalui pada Ahad 18.2.2007 yang lalu. Bella rasakan inilah pengalaman yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Saat ini, Bella terasa juga tertekan kerana teringatkannya.


Sebelum ini, Bella hanya mendengar cerita-cerita orang dan melalui pembacaan mengenai bertemu dengan roh orang yang sudah meninggal dunia. Ceritanya, pada tarikh tersebut, Bella telah laluinya sendiri. Seram sejuk seluruh anggota, usahlah dikata. Jantung berdegup laju.........

Sebelum ternampak arwah nenek duduk di meja soleknya, Bella bermimpi disuruh membaca ayat Kursi oleh orang yang sememangnya Bella tidak kenali. Selepas menyempurnakan bacaan ayat tersebut dan seperti dirancang, lebih kurang pukul 3 pagi, Bella membuka mata dan memandang ke arah yang disuruh dalam mimpi tadi. Mulanya, Bella ingatkan sekadar bayangan sahaja, namun setelah diamati dengan betul dan pandang beberapa kali dan juga cermin barulah Bella tahu siapa dia. Mungkin Dia ingin tunjukkan kekuasaanNya yang Maha Besar kepada hambaNya. Kelihatan arwah nenek seperti sedang meratap dan gerak gerinya ... Bella tidak mampu menatap lebih lama kerana kekuatan diri seperti sudah hilang. Menggigil seluruh anggota tubuh, hanya ayat-ayat suci al-Quran yang menjadi teman. Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan Bella ketika itu. Saat arwah nenek berangkat, memang jelas lagi nyata Bella dapat mendengar bunyi kerusi ditolak, derapan kaki serta seretan kain. Saat itu, semakin kencanglah degupan jantung Bella. 10 minit kemudian, Bella meluru keluar dan tidur di sebelah emak yang ketika itu sedang tidur di bilik arwah nenek dengan dua orang lagi adik Bella. Bella beritahu emak dan ayah tentang kedatangan nenek. Keesokan harinya, saudara mara di kampung bertanyakan cerita sebenar, dan dalam keadaan masih takut-takut pun Bella terpaksa ceritakan juga.


Memang sehingga sekarang pun Bella masih sukar untuk lupakannya, seperti arwah nenek ada di mana-mana dan terbayangkan apa yang Bella nampak. Semalam, tidur Bella masih tidak lena sebab pada pukul 3 pagi Bella akan terbangun dan tidak dapat tidur sehingga Subuh. Selepas solat, Bella tidak putus-putus berdoa agar diberikan kekuatan diri dan dihilangkan semua perasaan yang menghambat diri ini.

Kata emak, Bella lahir pada malam Jumaat sekitar jam 1 pagi dan salah satu faktornya disebabkan waktu kelahiran itulah Bella boleh nampak. Kalau diikutkan, sebelum ini pun Bella pernah juga terasa begitu sewaktu tinggal di hostel dahulu. Itu pun cuma terasa kehadiran makhluk Allah dan tidak pernah nampak. Hanya baru-baru ini sahaja Bella dapat melihatnya dengan jelas.

Filem - Blade II (2002) BRRip 500MB (Download!!)

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....
Kepada sesiapa yang berminat dengan aksi-aksi membanteras puntianak, ini satu pilihan untuk anda!
Blade II (2002) BRRip 500MB

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4 

Password: 300mbfilms.com

Layannnnnnnnn .....

Wednesday, January 25, 2012

Artikel - Bila Sistem Kapitalis Runtuh...

Kredit kepada: Arrayah
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....

Sistem ini banyak mengkayakan orang-orang yang berada di atas. Organisasi syarikat, korporat, multilevel, apa sahaja namanya.. Dengarlah di mana-mana pun, orang akan berkata "Kalau nak kaya, buat la bisnes, bukak la syarikat sendiri lepas tu jadi bos.." Bukan setakat cakap-cakap, tetapi itulah realitinya..


Sistem kapitalis bukan sekadar merosakkan, tetapi dari satu sudut bersifat menindas. Yang bekerja dan memegang jawatan bawahan paling terasa. Bukan setakat tugasan yang adakalanya berat, adakalanya gaji juga tidak setimpal dan tidak adil. Jika mahu gaji besar juga, terpaksalah buat kerja lain untuk tambah pendapatan yang tidak seberapa. Ada yang menjual burger selepas waktu pejabat, mengajar tusyen, berniaga di pasar malam dan seumpamanya. Sehinggakan ada yang hilang nikmat masa bersama keluarga dek kerana terpaksa bekerja lebih keras untuk menampung keperluan yang semakin mendesak. 

Bila difikirkan, timbul rasa sedih dan terkilan bila berpeluang melintas depan rumah bos yang besar sedangkan kita letih dan merana bekerja selama 8 jam dan hanya dibayar kurang daripada empat angka!! 

"Bila ditanya bos senang la cakap, duk bagi motivasi itu ini nak naikkan semangat kita untuk terus kerja tapi bila ikut cakap dia, akhir-akhirnya jadi kayakah kita sekelip mata atau lepas tu?? 

Kalau bos kata yang dia tu adil dengan pekerja, pasal apa dia jadi makin kaya? Sebab dia bos ker? 

Tak boleh ke kalau dia ada gaji sama macam kita?" dan seumpamanya lagi yang kita boleh dengar di mana-mana..


Sedangkan yang menjadi bos atau yang di atas adalah sebaliknya. Kerjanya mungkin tidak seteruk mana tetapi dengan senangnya bertukar-tukar kereta, berbelanja lebih dan sebagainya. Dengan adanya kesenangan sebegini pada sesetengah pihak, maka dengan itu juga wujudlah sifat-sifat seperti tamak, sombong serta hasad dengki sesama manusia. Yang di atas semakin merasa nikmat kesenangan dengan kuasa membeli itu ini semakin bercambah, yang di bawah pula semakin terhimpit. Kuasa membeli juga semakin terhakis.

Bukankah itu sesuatu yang tidak adil? Bagaimana rakyat akan merasa sejahtera dengan adanya sistem ini yang masih digunakan? 

Tidak perlu lihat sejauh Amerika atau di Barat, di tempat kita sendiri pun sama juga. Negara Amerika yang besar itu juga kini sakit kerana penangan sistem kapitalisme. Rakyatnya yang semakin sedar akan buruknya sistem ini, kini memberontak kerana menuntut perlaksanaan sistem lain yang jauh lebih adil dan lebih sejahtera.

KLIK SINI untuk baca lagi.

Wordless Wednesday - Expecting :-)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum.....

Wordless Wednesday - Break

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum...

Filem - The Spy Next Door DVDRip, Wild Target (Download!!)

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.. 

Filem aksi komedi The Spy Next Door mengisahkan Bob Ho, seorang perisik tajaan CIA yang perlu menyelesaikan tugasan terakhirnya sebagai syarat untuk bersara dan bersama teman wanitanya. Keadaan menjadi kecoh apabila Farren dan Ian memuat turun sebuah formula sulit daripada komputernya. Musuhnya Poldark yang mencipta sebatian menguraikan petroleum mula bertindak. Lakonan Jackie Chan, Amber Valetta, Lucas Till (X-Men: First Class), Billy Ray Cyrus, dan George Lopez.

Filem aksi komedi Wild Target keluaran 2010 ini pula adalah filem pertama Rupert Grint selepas berakhirnya siri filem Harry Potter. Filem ini adalah adaptasi daripada sebuah filem Perancis, Cible Emouvante keluaran 1993. Turut dibintangi Emily Blunt (The Devil Wears Prada, Gulliver's Travel, The Adjustment Bureau), Eileen Atkins, Bill Nighy (Underworld trilogy, Hot Fuzz, Rango), Rupert Everett, dan Martin Freeman (LOTR trilogy).



The Spy Next Door (2010) DVDRip

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4 (subtitle)



Wild Target 2010

Mediafire - Part 1  |  Part 2 

Layannn....

Monday, January 23, 2012

Hiburan - Dari Sukan ke Filem

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Movies, Youtube



Assalamualaikum..


Ini bukanlah perkara baru di Hollywood, namun sudah banyak antara atlit dalam pelbagai jenis sukan terjun ke dunia perfileman. Itu sudah berlaku sejak dari zaman Arnold Schwarzenegger lagi. Selepas memenangi kejuaraan dalam sukan bina badan, dia mula terlibat sebagai pelakon utama filem Conan seterusnya Conan the Destroyer sebelum terkenal menerusi filem Terminator. Itu sebahagian sorotan generasi terdahulu :-)

Kini ramai di kalangan pelapis baru yang mula naik ialah penggusti WWE, Dwayne Johnson yang sudah banyak membintangi filem antaranya The Scorpion King, The Rundown, Walking Tall, Be Cool, Gridiron Gang, The Game Plan, Tooth Fairy, Faster, Fast Five, Get Smart, Race to Witch Mountain, Planet 51, Doom, The Other Guys, yang terkini G.I.Joe: Retaliation dan Journey 2: The Mysterious Island. Penggusti lain yang turut terjun ke dunia perfileman seperti John Cena (Ready to Rumble, The Marine, 12 Rounds, The Reunion), Steve Austin (The Longest Yard, The Expandables), Bill Goldberg (Universal Soldier, The Longest Yard) dan Triple H (Blade Trinity, The Chaperone).

Atlit MMA turut tidak ketinggalan memasuki dunia perfileman. Quinton Jackson yang telah memulakan langkahnya sejak 2001 dan terkini menerusi The A-Team, bersama Liam Neeson, Bradley Cooper, Sharlto Copley, Jessica Biel dan Patrick Wilson. 


Filem Haywire menampilkan bekas American Gladiator yang juga penggusti MMA wanita Gina Carano (gambar) yang akan menemui penonton di pawagam bermula Januari 2012. Filem ini turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Michael Fassbender (X-Men First Class), Ewan McGregor (Nightwatch, Down with Love, Star Wars Ep 1-3), Bill Paxton (Thunderbirds, Titanic), Channing Tatum (G.I.Joe, The Son of No One, Fighting), Antonio Banderas (Spy Kids, Puss in Boots) dan Michael Douglas. 

Untuk lebih lanjut, saksikan dahulu treler filem ini.


KLIK SINI untuk info selebihnya.

Animasi - Tangled BluRay (Download!!)

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum...


Tangled 3D (2010) BluRay 720p Half SBS (600M)

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3

 Layaaannnnnnnnnnn .......  :-)

Hidupan Liar - Parasit Lalat Yang Membunuh Lebah Madu di California dan Dakota Selatan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum...


Sejenis parasit lalat dikatakan menjadi punca epidemik yang menyerang populasi lebah madu seluruh dunia. Parasit lalat ini akan menumpang dalam perut lebah berkenaan dan akan menyebabkannya bertukar sifat seperti lalat dengan berjalan dalam bulatan, adakalanya akan mengejar cahaya terang sebelum mati. 

Parasitic Phorid Fly Apocephalus borealis akan menetaskan telurnya dalam abdomen lebah madu dan menyebabkan lebah madu bertukar sifat seperti zombi. 

"Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan dalam tempoh tertentu terhadap mana-mana lebah yang masih hidup, kami mendapati ia berjalan dalam bulatan tanpa arah," kata ketua penulis Andrew Core dari San Francisco State University dalam satu kajian mengenai parasit lebah dalam jurnalnya, Plos One. 

Menurut Core lagi, kebiasaannya, lebah hanya akan duduk setempat, kadangkala bergerak secara menggelung sebelum ia mati. Namun lebah yang mempunyai parasit ini masih lagi hidup tetapi tidak mampu untuk berdiri dengan kakinya. "Ia terus cuba dan jatuh," katanya. "Ia menunjukkan suatu keadaan seperti zombi." 

Walaupun parasit ini telah menyebabkan kerosakan teruk kepada populasi lebah madu, namun terdapat penemuan lain berdasarkan Mirror yang menyatakan saintis menjumpai parasit ini secara tidak sengaja tetapi percaya bahawa ia akan membantu saintis menemui apa yang menyebabkan gangguan keruntuhan sesebuah koloni yang membinasakan separuh daripada koloni lebah madu di Eropah dan Amerika. 

Parasit berkenaan dipercayai masih baru dan ada persamaan dengan parasit yang menjejaskan populasi kumbang dengung (bumble bee) pada masa ini. Saintis kini masih berusaha mengkaji bagaimana parasit ini bekerja, tetapi teori awal oleh Professor John Hafernik dari San Francisco menyatakan parasit ini mengubah body clock lebah madu yang menyebabkan sifatnya yang tidak menentu seterusnya membawa kepada kematiannya.



Foto lalat Apocephalus borealis yang dikatakan menjadi penyumbang kepada penurunan jumlah populasi lebah madu. Kajian San Francisco State University mengatakan lalat ini mengeramkan telurnya dalam abdomen lebah madu dan sewaktu larvanya semakin membesar, lebah madu berkenaan akan semakin hilang kawalan terhadap keupayaannya untuk berfikir dan berjalan, terbang membuta-tuli ke arah cahaya terang sebelum ia mati seterusnya larva lalat akan keluar.


Rujukan: 

Artikel - Hukum Merokok Dari Pandangan Islam

Kredit kepada: Redzuan-ridz
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....


Sesetengah ulama memfatwakannya sebagai haram, manakala sebahagian lagi memfatwakannya sebagai makruh. Jika ikutkan pendapat saya secara peribadi, jika sesuatu perkara itu mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri tidak kiralah untuk jangka pendek mahupun jangka panjang, adalah baik dielakkan sahaja.

Sumber dan Sumber 2

Berita - Protes Larangan Memakai Tudung di Sekolah

Kredit kepada: Arrayah
Gambar ihsan: Sinar Harian


Assalamualaikum....

Perkara sebegini bukanlah suatu perkara baru, malah sebelum ini juga pernah disiarkan di akhbar berikutan sikap prejudis golongan tertentu yang menghalang pemakaian tudung di sekolah buat pelajar Islam. Kalau tidak silap, di Singapura. Kononnya untuk menyelaraskan keadaan supaya semuanya sama di sekolah (maknanya semua pelajar perempuan mesti nampak rambut dan tidak bertudung). Begitu juga dengan isu pelajar lelaki yang ke sekolah memakai serban yang turut mendapat perhatian dalam akhbar suatu masa dahulu. 


Terbaru, Sinar Harian semalam (11.1.2012) mendedahkan perkara sama yang berlaku di sebuah sekolah di Bangkok, Thailand. Ratusan penduduk Islam berhimpun secara aman di hadapan Pejabat Perdana Menterinya sebagai membantah tindakan sebuah sekolah aliran Buddha yang melarang pelajar Islam memakai tudung di sekolah. Tindakan sekolah itu dikatakan bertentangan dengan peraturan pakaian seragam sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran memandangkan seorang pelajar mempunyai hak untuk memilih pakaian seragam. 

Turut dinyatakan, pihak Kementerian Pelajaran di negara terbabit sudah menghantar surat menyatakan tindakan sekolah terbabit sebagai salah laku. Pun begitu, kumpulan aktivis Muslim Group for Peace mendakwa pihak pengurusan sekolah dan beberapa gurunya masih enggan mengajar atau membenarkan pelajar berkenaan memasuki sekolah ekoran daripada isu tersebut.

Menteri Pelajarannya, Woravat Auapinyakul juga menegaskan bahawa setiap pelajar mempunyai hak dalam memakai pakaian seragam mengikut aliran agama masing-masing berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian negara tersebut.


Sumber: (Arrayah dan Sinar Harian)