MY FOLLOWERS

Thursday, March 29, 2012

Sekadar Luahan - Sehari Sebelum Ujian .....

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum.... 

Dah study?? dah praktis ape2 yg sensei ajar tu?? jiyu kumite?? kata? dah refer balik silibus lama dengan yang baru?? minggu depan dah ko nak kene buat ujian depan grandmaster... semua ko kene cover, bai !!

Yang jiyu kumite tu, tengok keadaan la.. kalau dia suruh ko buat, kene buat jugak.. ready jer laa...

Adoooiii... kata buat salah pulak!! hangin betul!!

Ujian tu nanti buat kat sini...

Itulah serba sedikit kata-kata salah seorang sensei yang saya teringat tatkala cemas sebab memikirkan ujian yang bakal diadakan minggu depan.. Bak kata orang, cuak! Lagi cuak apabila diberitahu pada awalnya saya akan mengambil ujian ini berseorangan!

Sebenarnya kalau diikutkan, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki untuk menjadikan segala yang dipelajari lebih sempurna kerana ia akan menentukan sejauh mana saya mampu lakukan sewaktu ujian nanti. Dari sudut silibus, banyak lagi yang perlu diulangkaji seperti juga subjek akademik.

Habis semua video dirujuk, sebaik mungkin mencari apa sahaja bahagian yang tidak lengkap untuk disempurnakan... aaaaarrrggghhh!!

Namun sewaktu sesi latihan semalam, diberitahu para ahli yang lain dari pelbagai tahap tali pinggang juga akan turut sama mengambil ujian ini di tempat sama dengan saya..Fuuhhh!! Lega sedikit rasanya.. Agaknya saya mampu laluinya kali ini.

Kali terakhir saya mengambil ujian ini adalah pada 18 tahun yang dulu sewaktu di sekolah menengah! Doa-doalah semoga lulus ujian kali ini. 



P/s: Menulis sambil dengar lagu Wish You Were Here dendangan Avril Lavigne

Petua - Mendapatkan Muka Berseri

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum..... 


Setiap hari sesudah bangun pagi, sebelum air menyentuh mana-mana anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Jangan tinggalkan juga solat, bacaan al-Quran dan wirid. Amalkan setiap hari. 

Jangan rautkan wajah dari atas ke bawah kerana akan menjadikan wajah anda cepat berkedut.

Filem - Tron Legacy BRRip (Download!!)

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum..... 

Kali ini filem Tron Legacy dalam format Bluray. 


Tron Legacy (2010) BRRip 650MB

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4  |  Part 5

Password: 300mbfilms.com


Selamat menonton :-)

Filem - Johnny English Reborn DVDRip (Download!!)

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum......

Johnny English kini kembali lagi dalam satu pengembaraan aksi yang mencuit hati dalam usahanya mencari pembunuh upahan yang cuba membunuh duta dari China. Lakonan Rowan Atkinson, Rosamund Pike, Gillian Anderson dan Dominic West


Johnny English Reborn (2011) DVDRip RMVB/MKV-340MB

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3



:-D

Wednesday, March 28, 2012

Artikel - Laman Loo Jo Yee Di Facebook

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB, Google Images


Assalamualaikum...



Sebelum ini, penulis ada paparkan entri kisah ringkas penghijrahan Loo Jo Yee dari agama asalnya kepada Islam. Anda boleh membacanya DI SINI.

Sebentar tadi sewaktu melayari Facebook, penulis menemui dua halaman yang dibina sebagai menyatakan sokongan dan doa daripada masyarakat berikutan penghijrahannya ini. Dua video Youtube yang menceritakan pengalamannya sewaktu mendapat hidayah daripada Allah s.w.t. turut dimuatkan dalam halaman berkenaan. Banyak kata-kata perangsang serta galakan dipaparkan selain turut menyediakan pautan ke beberapa laman tokoh agama yang lain seperti Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus.

Sebagai peringatan, jika anda cari di enjin carian Facebook, anda tidak akan mendapati sebarang halaman yang asli miliknya seperti Ustaz Azhar Idrus (Original) kerana laman yang ditemui adalah dibina oleh orang lain sebagai tanda sokongan buatnya sebagaimana dinyatakan.



Anda boleh ke halaman Facebook Kami Sayang Loo Jo Yee dan Loo Jo Yee (Fan Page) untuk mengetahui selanjutnya.

Artikel - Menang $100K Tanpa Bertanding??

Kredit kepada: Yahoo Sports
Gambar ihsan: Yahoo Sports



Assalamualaikum..... 


Eric Prindle memenangi perlawanan heavyweight Bellator beserta hadiah wang tunai $100,000 selain akan berdepan dengan juaranya Cole Konrad. Prindle melakukannya tanpa melangkah masuk ke gelanggang bagi perlawanan semula peringkat akhir dengan Thiago Santos.

Dalam satu pertemuan antara dua peserta ini, Santos kurang berat sebanyak 12 paun berbanding had berat untuk heavyweight seberat 265 paun menyebabkan perlawanan dibatalkan dan Prindle diumumkan sebagai pemenang.

Minggu lalu, perlawanan ditangguhkan kerana Prindle menghidap selsema. Pada November lalu, mereka telah bertemu buat pertama kali dalam perlawanan akhir. Walaubagaimanapun, perlawanan tersebut tidak dikira kerana Santos menyerang dengan sepakan yang tidak dibenarkan ke bahagian kangkang Prindle.

Prindle mara ke peringkat akhir setelah menewaskan Abe Wagner selain 40-second knockout ke atas Ron Sparks. dia kini akan berdepan Konrad dalam satu cabaran bagi memenangi tali pinggang heavyweight Bellator.



KLIK SINI untuk berita penuh.

Wordless Wednesday - Click !!

Kredit kepada:  -
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum...


:-)

Wordless Wednesday - Cheese !!

Kredit kepada: - 
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum....



:-D

Saturday, March 24, 2012

Artikel - Asal-usul Perkataan ASSASSIN dan Sejarah Berkaitan Dengannya

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Syok.org


Assalamualaikum.....



Hashishin atau hashasin, namanya menjadi legenda di Timur Tengah pada tahun 1092-1265. Sejarah soal kelompok ini bercampur dengan dongeng dan mitos. Namun yang pasti. kelompok ini merupakan pembunuh yang sangat terlatih. Memiliki kemampuan tinggi untuk mengganas dan menyelesaikan lawan-lawan mereka.

Seorang tokoh mazhab Islamiyah, Hassan-i-Sabbah bertanggungjawab memulakan gerakan ini. Hassan sangat popular di kalangan mazhab Islamiyah dan memiliki ramai pengikut. Dia mendirikan Hashasin untuk melawan lawan politiknya, terutama dinasti Saljuk yang beraliran Sunni.



Namun kerana saat itu Perang Salib melanda Timur Tengah, para pengikut Hassan i-Sabbah ikut serta memerangi kesatria salib dari Eropah.

Kata Hashisin, merupakan sindiran yang diberikan lawan-lawannya. Hashis, bererti pengisap ganja. Mitos menyebutkan mereka adalah pemabuk dan penghisap ganja. Namun sebenarnya, nama yang benar adalah Hashasin, yang berasal dari kata Asasiyun, iaitu orang yang berpegang teguh pada iman.

Ada tiga urutan dalam organisasi Hashasin, yang paling atas disebut Muhibbin. Golongan ini adalah yang paling setia pada Hassan. Merekalah pembunuh yang paling terlatih. Mampu bergerak cepat, menguasai berbagai bahasa dan mampu menggunakan berbagai senjata. Tapi senjata yang paling ditakuti adalah menggunakan belati pendek melengkung. Ratusan korban mereka tewas dengan belati terpacak di dada.

Hashasin membangunkan jaringan mereka di seluruh Timur Tengah. Bergerak di dalam sel-sel bawah tanah, misi mereka penuh dengan rahsia. Mereka boleh menyamar menjadi sesiapa sahaja demi melaksanakan misi mereka. Korban pertama mereka adalah seorang pekerja di pejabat Dinasti Saljuk, Nizam al-Mulk yang dibunuh tahun 1092 di Baghdad. Selanjutya korban-korban mereka terus tumbang. Tapi Hashasin tidak melawan rakyat jelata, mereka hanya mengganas ke atas lawan-lawan politik mereka.

Karakter Hashasin turut dimasukkan dalam filem Prince of Persia lakonan Jake Gyllenhaal, Karl Urban dan Ben Kingsley. Penuh dengan unsur sihir, ganas dan seram. Mungkin memang seperti itu Hashasin bekerja pada zamannya.

Markas mereka bernama kubu Alamut. Sebuah istana megah di Parsi, di tempat inilah Hassan-i-Sabbah melatih para pengikut setianya. Marco Polo, seorang penjelajah Eropah menggambarkan istana ini seperti syurga, dengan segala kenikmatan di dalamnya. Dia menceritakan Hassan memberikan ganja untuk memabukkan para pengikutnya. Beberapa tulisan menggambarkan istana ini juga dipenuhi wanita cantik yang menggoda.

Sepak terajang Hashasin selama ratusan tahun akhirnya berakhir. Serangan bangsa Mongol tahun 1257 ke Alamut menghancurkan benteng ini sekaligus menghancurkan sebahagian besar catatan tentang Hashasin. Selanjutnya, Kesultanan Ottoman menghancurkan sisa-sia kekuatan Hashasin. Maka dengan itu, berakhirlah kisah kelompok elit ini.

Tapi namanya diabadikan. Kata Assassin dalam bahasa Inggeris yang bererti pembunuh diambil daripada nama kelompok ini, Hashasin. Sebagai memperingati kehebatan kelompok ini dalam melumpuhkan lawan-lawan mereka.

 
Hashyashyin (Assassins) “guru” bagi Knights Templar

 

Kononnya Hashyashyin ini merupakan “guru” dari Knights Templar yang dibentuk oleh Ordo Sion di tahun 1118 Masehi. Keduanya — Hashyashyin mahupun Templar memiliki banyak persamaan. Bermula dari struktur organisasi, membangkang terhadap agama (bid’ah) dan dianggap agnostik (tidak yakin agama apa pun kecuali pemimpinnya), kepandaiannya dalam berperang, membunuh, serta menyerlah dalam pengunaan racun, serta adanya upacara-upacara khusus yang penuh dengan warna mistik dan unsur-unsur pagan.

Malah banyak penulis sejarawan moden menganggap mazhab Syiah Qaramithah adalah asal generasi gerakan Assassins — sebagai kelompok Bolsyewisme Islam atau cenderung komunisti. Pengasas mazhab ini bernama Hamdan al-Qarmath orang Iraq yang gemar pada ilmu-ilmu astrologi dan kebatinan, mirip dengan pengikut Kabbalah (Hitti, History of the Arabs: From the Earliest Times to the Present, 2002). Sedangkan Templar sendiri sesungguhnya pengikut Kabbalah, walaupun mereka mengaku sebagai pemeluk Kristian pada awalnya.

 
Assassin Bertugas Menciptakan Perpecahan Di Kalangan Islam

Hillenbrand mengajukan pertanyaan: “Momentum ini bagi pasukan Salib sungguh menguntungkan. Apakah saat itu pasukan Salib telah diberitahu bahawa saat itu merupakan momentum yang sangat bagus untuk menyerang Jerusalem?”

Jika di sebalik pertanyaan Hillenbrand “Adakah kekacauan di Dunia Islam ini telah diatur?" Assassins bertugas menimbulkan perpecahan di kalangan Islam dengan melakukan serangkaian pembunuhan di berbagai dinasti Islam yang kuat dan di lain sisi Ordo Yohanit (Peter The Hermit dan Godfroi de Bouillon sebagai dua tokohnya) dan pada masa yang sama menyusup masuk ke Vatikan dan memprovokasi Pope agar menyemarakkan Perang Salib untuk merebut Jerusalem.

Sejarah turut mencatatkan bahawa hanya setahun sebelum pasukan Salib tiba di depan gerbang Jerusalem, kota suci itu telah jatuh ke tangan Dinasti Fathimiyah. Adakah ini merupakan konspirasi antara Assassins dengan Ordo Yohanit di mana keduanya memang diketahui cenderung kepada ilmu-ilmu ramalan, astrologi , sihir, dan sebagainya yang menjurus pada ajaran Kabbalah?

Dengan kata lain, adakah semua kejadian besar itu merupakan hasil konspirasi yang dilakukan Ordo Kabbalah dengan pembahagian kerja: Assassins bekerja di Dunia Islam, sedangkan Yohanit (Ordo Sion dan kemudian Templar) bekerja di Dunia Kristian?

Bukan rahsia lagi apabila Assassins dan Templar di kemudian hari benar-benar melakukan kerjasama. Templar sering menyuruh Assassins untuk membunuh musuh-musuh politiknya. Salah satu korban dari Assassins adalah Richard The Lion Heart. Salahuddin al-Ayyubi sendiri pernah menerima ancaman dari Assassins.

 
Shalahuddin al-Ayyubi dan Assassins
 

Selain Tentara Salib dengan Ksatria Templar dan Hospitaller-nya, pasukan Shalahuddin Al-Ayyubi juga harus menghadapi kelompok Assassins. Shalahuddin tidak boleh melupakan bagaimana Assassins pernah mengancam dirinya dengan meletakkan kek beracun di atas dadanya ketika dia sedang tidur. Sebab itu, setelah membebaskan Jerusalem dengan mengalahkan Tentara Salib pada tahun 1187, Shalahuddin tidak berhenti. Panglima pasukan Islam itu terus menyusuri ke utara, membebaskan daerah-daerah lainnya hingga mengejar kaum Assassins ke Benteng Alamut.

Pos serangan yang dilakukan oleh pasukan Shalahuddin, kemudian pasukannya Mongol, kelompok Assassins menyebar ke berbagai wilayah, utamanya Lebanon, Persia, dan Suriah. Bertahun-tahun kemudian, kelompok ini tidak lagi terdengar dan istilah “Asassins” telah mengalami perubahan makna menjadi “Pembunuh Bayaran”. Dalam budaya pop, istilah ini diangkat ke dalam novel-novel dan layar perak.



Dalam kancah konflik di dunia Arab, anak keturunan kelompok ini dikenal sebagai kaum Druze, suatu kelompok pro-komunis di Lebanon dan Syria. Namun beberapa kelompok kecil masih bertahan hingga kini di sekitar wilayah tersebut.

 
Sumber    

Artikel - Permainan Video Terbaru Resident Evil: Operation Raccoon City

Kredit kepada: Yahoo Games
Gambar ihsan: Yahoo Games


Assalamualaikum....

Sebahagian foto di bawah adalah karakter daripada permainan video terbaru dalam francaisnya, Resident Evil: Operation Raccoon City.

Ada Wong

Carlos Oliviera

Claire Redfield

Hunk

Jill Valentina

Leon S. Kennedy

Nicholai Ginovaef

KLIK SINI untuk lebih banyak foto.

Petua - Muka Licin Berseri

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum......


Ambil yogurt asli dan sapukan pada seluruh bahagian muka. Buatkannya seperti masker. Biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering. Kemudian cuci muka dengan air bersih. Lakukannya 3 kali seminggu.

Friday, March 23, 2012

Artikel - Rahsia Surah Al-Kautsar

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Quran.com


Assalamualaikum....


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
  • Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, InsyaAllah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1,000 kali rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Sumber

Petua - Menghilangkan Jerawat dan Bintik-bintik Hitam di Muka

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....


Caranya:
  1. Ambil kulit kayu manis dan celupkannya dalam air. 
  2. Kemudian kikiskan di atas permukaan kesat seperti batu. 
  3. Sapukan kulit kayu manis yang sudah dikikis tadi pada kawasan bintik-bintik hitam dan jerawat. 

Selamat mencuba  :-)

Artikel - Angry Birds Space

Kredit kepada: Yahoo Games
Gambar ihsan: Yahoo Games


Assalamualaikum.... 

Sebelum ini, penulis ada mengulas mengenai edisi terbaru permainan Angry Birds Space. Anda boleh membacanya DI SINI. 







Terbaru, Yahoo Games menyiarkan beberapa screenshot daripada permainan ini. Anda boleh melihatnya DI SINI. Penulis yakin para peminatnya pasti teruja dengan permainan ini apabila ia memasuki pasaran kelak.

Wednesday, March 21, 2012

Artikel - Foto Kiriman Pembaca NATGEO

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....

Foto-foto ini adalah kiriman pembaca Natgeo. Kualitinya setaraf jurugambar amatur dan profesional.. Pendapat anda? Nilaikan sendiri :-)







Lagi foto KLIK SINI

Petua - Menaikkan Seri Wajah III

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....


Ambil embun pagi di hujung rumput atau daun di kawasan yang tiada pencemaran dan sapukan pada tapak tangan. Kemudian, sapu ke muka dan selawat. Biarkan sehingga kering. Selepas itu, basuh muka anda.

Hiburan - Siri First Wave

Kredit kepada: Wikipedia
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....


Siri berunsur fiksyen sains ini pernah disiarkan di TV3 sekitar tahun 2002 hingga 2003 yang lalu. Siri ini dicipta oleh Chris Brancato yang juga bertindak sebagai penulis bersama bagi salah satu episod X-Files iaitu 'Eve'. Francis Fors Corpola bertindak sebagai penerbit eksekutif. Siri ini hanya disiarkan sebanyak 66 episod atau 3 musim di saluran SciFi dan ditamatkan kontrak siarannya kerana rating yang tidak memuaskan. 

Kisah bertumpu pada bekas penjenayah yang kemudia menjadi pakar keselamatan, Cade Foster yang menjadi buruan pihak berkuasa atas tuduhan membunuh isterinya. Tanpa disedarinya, dalam masa yang sama dia juga dikenalpasti sebagai subjek eksperimen 117 oleh sekumpulan makhluk asing berupa manusia dikenali sebagai Gua. Sebagai sebahagian daripada eksperimen itu, kehidupannya musnah sedikit demi sedikit. Dia adalah satu-satunya yang terselamat dalam eksperimen ini yang berjaya melarikan diri daripada tahanan dan hidup sebagai pelarian. Cade menjumpai rangkap catur larik Nostradamus yang misteri, yang menerangkan bahawa akan berlaku tiga gelombang yang akan memusnahkan planet. Atas alasan inilah Cade menyiasat pelbagai peristiwa aneh yang mungkin ada kaitannya dengan rangkap catur larik berkenaan dengan harapan dapat memerangi Gua.

Dalam usahanya memerangi Gua dan menyelamatkan seluruh manusia daripada dihapuskan, Cade dibantu Crazy Eddie, seorang penggodam komputer yang mahir dan juga penulis tabloid laman web Paranoid Times. Dengan membuat analisa dan rujuk silang rangkap catur larik ini membantu mereka mengetahui lebih banyak peristiwa berkaitan. 

Walaubagaimanapun, salah seorang daripada ahli Gua, Joshua tidak mempercayai bahawa penaklukan bumi adalah perlu. Menyedari kesan jika berlaku penaklukan daripada orang-orangnya, Joshua membantu Cade dan Eddie menghalang mereka daripada memulakan gelombang kedua, yang mungkin akan menyebabkan dunia kehilangan 19 juta penduduk.

Sewaktu siri ini disiarkan di TV3 dahulu, ia ditayangkan sehingga ke episod akhir sirinya iaitu setelah Cade Foster berjaya merampas kembali tukul dewa Thor dan menyelamatkan manusia. Siri ini dibarisi oleh Sebastian Spence, Rob LaBelle, Roger R. Cross, dan Traci Lords.

Wordless Wednesday - Wait ....

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum....

Sunday, March 18, 2012

Berita - Sekitar Acara Karate City Night Games 3/2012 Pada 16.3.2012

Kredit kepada: SKA, Eyza Jefri, Semua AJK dan ahli/peserta
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum......

Acara Karate-do untuk City Night Games 3/2012 diadakan pada 16.3.2012 bermula jam 9 pagi. Acara ini dihadiri hampir semua ahlinya sebagai peserta meliputi kategori umur 7 hingga 18 tahun. Ahli-ahlinya adalah daripada Persatuan Karate-do Shotoshinkai (SKA) cawangan Padang Hiliran, beberapa ahli daripada skuad karate-do Sukma Terengganu, UiTM Chendering serta beberapa ahli jemputan daripada FRU menjadikan jumlah peserta sekitar 40 orang. Antara acara yang dipertandingkan ialah kata perseorangan umur 7-14 tahun lelaki dan perempuan, kumite perseorangan lelaki dan wanita umur 7 hingga 14 tahun, serta kumite terbuka lelaki dan wanita. Acara sebelah pagi dimulakan dengan kata perseorangan lelaki dan perempuan.


Persediaan sebelum acara kata


Sensei mengumumkan pemenang salah satu acara kata


Sebilangan tetamu yang hadir


Sensei dan barisan juri


Acara diteruskan dengan kumite lelaki dan perempuan bawah 14 tahun





Peserta setiap acara sama ada kata atau kumite 'ditandakan' dengan warna tali pinggang biru (Auo) dan merah (Aka) bagi memudahkan pengecaman. Pengadil adalah di kalangan jemputan FRU serta jurulatih persatuan karate sendiri iaitu Sensei Chepto Haji Sumadi, Sensei Mat Isa Yaacob dan Sensei Zoul Imran dari UiTM Chendering. Acara berlangsung sehingga jam 12.45petang dan berhenti seketika untuk solat jumaat dan bersambung semula sekitar jam 3 petang untuk acara akhir kumite terbuka lelaki, bagi perlawanan antara Mohd Zaki dan Noor Azizan. Hadiah dan sijil penyertaan disampaikan oleh Inspektor Tuan Nizam dari IPK Kuala Terengganu. Acara tamat sekitar 4.30 petang.

Sensei Chepto memberikan sedikit ucapan sebelum memulakan acara kumite terbuka lelaki dan wanita


Peserta cilik yang sudah menamatkan acara


Sempat berposing sebelum acara bermula :-)


Barisan juri bersedia sebelum acara bermula


Kumite terbuka wanita - Zaireen (biru) dan Wani (merah)



Rin (biru) dan Izzah (merah)

Meskipun tempat tidak seluas dewan di Padang Hiliran, tetapi itu tidak sekali-kali mematahkan semangat peserta untuk bertanding selain ibu bapa yang turut hadir memberikan sokongan dan memeriahkan lagi acara yang berlangsung. 

Perlawanan akhir kumite terbuka lelaki - Azizan (merah) dan Zaki (biru)




Acara penyampaian hadiah dan sijil kepada para peserta oleh Inspektor Tuan Nizam dari IPK Kuala Terengganu



Selepas mendapat hadiah dan sijil


Kumite terbuka wanita - tempat kedua


Kumite terbuka wanita - tempat ke-4


Kumite terbuka lelaki - juara


Kumite terbuka lelaki - tempat ke-2




Tahniah buat Zaireen dan Izzah :-)


Barisan peserta dan AJK - Dari kiri: Rizky, Helmy, Azuwan, Hassan, Sensei Chepto, En Asmad, Sensei Zoul Imran, Sensei Mat Isa, Azizan


Sebagai penutup, semua AJK teknikal yang bertugas turut menerima hamper saguhati sebagai penghargaan di atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang hari pertandingan. Diharapkan acara sebegini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang.

Sebagai memenuhi permintaan Eyza Jefri di Facebook, maka beberapa lagi foto pilihan dan video perlawanan telah segera dimuatnaik. Semuanya ada dalam album DI SINI.