MY FOLLOWERS

Monday, April 30, 2012

Artikel - Galakkan Anak-anak Ceburi Seni Beladiri !!

Kredit kepada: Yahoo, FB
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....

Iklan ini memaparkan mesej mengajak anak-anak bagi menyertai seni beladiri, karate. Iklan ini juga boleh dicari di enjin carian dengan menaip karate for kids advertisement dan turut disiarkan di laman Facebook.



Waacchhaa!!  Osssuuu!!

Sekadar Luahan - Kecil Hati dan Terasa Ditipu

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum..... 


Baru-baru ini salah seorang ahli kelab karate di sini memberitahu keinginannya untuk datang sendiri ke dewan tempat kami berlatih ketika cuti semester universiti nanti. Sebelum ini, dia berlatih di universiti tempat dia menuntut kerana jurulatihnya juga staf di situ. Apabila ditanya kenapa akan datang seorang, katanya sebab yang lain tidak mahu turut serta.

Dengar ceritanya, ketika kejohanan pada bulan April ini dan mungkin juga Mei nanti, keadaan akan begitu juga. Dia ada menyatakan hasratnya untuk menyertai acara berkenaan tetapi yang lain masih tidak akan turut serta. Jurulatihnya tidak akan tolong menghantar kerana hanya dia seorang tambah lagi dia perempuan.

Sewaktu sesi latihan beberapa minggu lalu, saya juga ada terbuka cerita ketika bersembang dengan sensei-nya mengenai apa yang berlaku di sebalik acara pada bulan Mac lalu. Terus ditarik muka masam. Masakan tidak, ramai yang sudah diajak untuk datang namun ada sahaja alasannya. Ramai yang kata ada kertas peperiksaan dalam jadual hari itu, walhal sebenarnya tiada. Mungkin sensei-nya sudah melihat jadual keseluruhan. Yang datang pun, ketika semua acara sudah berakhir dan hadiah sudah disampaikan.


Perasaan? Kecewa dan kecil hati :-(

Bila terlibat dalam apa sahaja kerja atau aktiviti, datang sahajalah jika tiada sebarang masalah. Jangan kerana orang lain tidak nampak apa yang anda buat, anda boleh tipu sana dan sini. Jangan amalkan sikap begitu dikhuatiri ilmu yang dipelajari tidak mendapat berkat.

Sekadar Luahan - Hangin Jer Kene Sound Sebab Takde Akaun Fesbuk!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....

Asalnya memang tidak mahu buka sebarang akaun di Facebook, tetapi terpaksa disebabkan ada seorang hamba Allah nie duk perli-perli dan mulut yang suka mengata yang macam-macam.. Kadang-kadang ada pula yang nakal beri senyuman sinis bila tahu kita nie tidak ada akaun Facebook. Sebenarnya tidaklah penting sangat. Jika diingat semula, ia seperti zaman ketika Friendster naik dahulu. Dengan kata lain, buat masa kini, ia adalah trend yang masih panas.. Perlu tunggu untuk jangka masa beberapa tahun lagi untuk lihat sama ada ia masih berkekalan atau berakhir. 


Hampehh jer... puiihh..


P/s: Sekarang dah ade... hehehe

Sunday, April 29, 2012

Artikel - Pemandangan Di Bumi Dilihat Dari Angkasa Lepas

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.... 

Foto-foto permukaan bumi yang menakjubkan yang dilihat dari angkasa lepas.











KLIK SINI untuk bacaan selanjutnya.

Sekadar Luahan - Akhirnya... Milik Sendiri !!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum....


Alhamdulillah ... hari ini, dengan rasminya dapat memakai tali pinggang hitam eksklusif milik sendiri.

Sudah boleh berbangga selepas 18 tahun melalui liku-liku dalam seni beladiri ini...

Artikel - Laman Google+ Kini Berwajah Baru...

Kredit kepada: Google+
Gambar ihsan: Google+


Assalamualaikum.....



Sesiapa yang ada akaun Google Plus, boleh menikmati kemudahan terkini yang disediakan. Susun atur yang sedikit berbeza yang ditampilkan diharapkan akan lebih memudahkan pengguna melayarinya. Butang +1 juga lebih ummphh!

Friday, April 27, 2012

Artikel - Islam Bermula Dalam Keadaan Terasing ....

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB



Assalamualaikum.....

Dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa Islam itu bermula dalam keadaan yang terasing. Dari Abu Hurairah, ia berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti semula, maka beruntunglah orang-orang yang terasing”


Petikan dari laman Jom Berdakwah di FB

Renung-renungkan...

Artikel - Larangan Mengumpat

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum..... 



Dalil dari sepotong ayat al-Quran dan 2 hadis sahih ini boleh dijadikan hujah yang melarang kita mengumpat. Kadang-kadang berlaku sewaktu kita sedar, dan adakalanya kita terumpat tanpa kita sedari.

Firman Allah bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. " - surah al-Hujurat: ayat 12

Rasulullah s.a.w. menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yang bermaksud, “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”
- Hadis riwayat Muslim

Daripada Anas r.a. katanya, Rasulullah bersabda: "Ketika aku dimikrajkan (malam israk dan mikraj) aku berjumpa dengan satu golongan yang kukunya adalah daripada tembaga, mereka melukakan muka-muka dan dada-dada mereka (dengan kuku itu). Lalu aku bertanya: Siapakah mereka ini wahai Jibril? Jibril menjawab: Merekalah orang-orang yang memakan daging-daging manusia (mengumpat) dan mengatakan keburukan terhadap maruah orang lain". - Hadis riwayat Abu Daud.


Sumber

Artikel - Atasi Zina Hati

Kredit kepada: email, Quran.com
Gambar ihsan: Yahoo Images, Quran.com


Assalamualaikum.....


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan. 


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - Surah Yusuf: ayat 24

Ikhlas kepada Allah. 
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan. 
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.” 


Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. 
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Wednesday, April 25, 2012

Kesihatan - Shisha: Ada Kebaikan Ker??

Kredit kepada: Khairil Mazri
Gambar ihsan: Khairil Mazri



Assalamualaikum.....

Seperti juga merokok atau menghisap curut atau yang seumpamanya, tiada kebaikan dan manfaat daripada sekadar menghisap dan menghembus asapnya. Kalau dikatakan mahu nampak bergaya, banyak cara lagi boleh dilakukan selain daripada menghisap asap yang merosakkan organ dalaman ini.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Petua - Menghaluskan Kulit Muka

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....



Dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik itu pada batu. Kemudian, lumurkan pada muka anda...

Wordless Wednesday - Fries

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum....


Wordless Wednesday - Blow

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum....


Sunday, April 22, 2012

Artikel - Nicolas Cage Kata Dia Bukan Vampire :-D

Kredit kepada: Yahoo TV
Gambar ihsan: Yahoo TV


Assalamualaikum.....

Bila Nicolas Cage dikatakan seperti puntianak zaman Perang Sivil ....




Nicolas Cage muncul dalam rancangan "Late Night With David Letterman" pada 9 Februari lalu bagi menafikan bahawa dia adalah puntianak yang merentas masa dari zaman Perang Sivil. Oleh kerana tiada fakta yang jelas untuk dimasukkan dalam dokumentari Ken Burns, Cage tidak perlu membuktikan dia bukanlah puntianak.

Cage muncul dalam rancangan berkenaan bagi mempromosikan filem terbarunya "Ghost Rider: Spirit of Vengeance". Khabar angin di internet sukar untuk diketepikan semenjak September 2011 sewaktu eBay melelong sejumlah 1870 foto yang menunjukkan seorang lelaki dari Tennessee yang bermisai yang wajahnya seiras dengan Cage.

Cage, sewaktu melihat foto berkenaan mengakui persamaannya namun berkata ia hanyalah dirinya dalam versi yang lain. Dia juga berkata terdapat foto berkaitan dirinya dan dia tidak menghisap darah dan kali terakhir dia dirinya di cermin, dia hanya melihat refleksi dirinya.


KLIK SINI untuk berita penuh.

Petua - Memutihkan Kulit Muka

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum......


Ambil sebatang timun batang yang diparut isi dalamnya dan campurkan bersama 1/2 biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dan dipakai di muka setiap malam. Ia bukan sekadar membantu memutihkan kulit muka, malah menghilangkan jerawat.

Petua - Dapatkan Wajah Jelita

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....


Semasa berdandan di waktu pagi, bacalah selawat nabi di kedua-dua tapak tangan dan raupkan ke muka disertakan dengan niat dalam hati supaya diindahkan wajah sebagaimana nabi Yusuf.

Friday, April 20, 2012

Artikel - Keutamaan dan Kelebihan Surah Al-Kafirun

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Quran.com


Assalamualaikum....



Terdapat banyak hadis yang menjelaskan tentang fadhilat dan faedahnya surat ini, di antaranya:
  • Surah ini menyamai 1/4 Al-Quran. Jika dibaca ketika naik matahari dan terbenam matahari juga sebelum tidur, nescaya terpelihara daripada syirik. Ini juga sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca ...(surah al-Kafirun) kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada syirik." - Hadis riwayat al-Tirmidzi
  • Jika dibaca sebanyak 10 kali ketika naik matahari, kemudian berdoa apa-apa hajat yang dikehendaki, InsyaAllah dikabulkan walau apa hajat sekalipun.
  • Jika diamalkan selalu surah ini, nescaya semua makhluk suka dan kasih kepadanya.

Sumber: Facebook dan Blog

Artikel - Si Kecil Ini Khusyuk Mendengar Bacaan Al-Quran

Kredit kepada: Taotauajer
Gambar ihsan: Taotauajer


Assalamualaikum....

Satu video di Youtube memaparkan si kecil yang begitu khusyuk mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran di tv rumahnya.


Sumber

Adakah kita yang dewasa boleh sekhusyuk ini?

Artikel - BMW i8 Concept Spyder

Kredit kepada: Yahoo Auto
Gambar ihsan: Yahoo Auto


Assalamualaikum..



Kereta terbaru keluaran BMW ini juga digunakan oleh Tom Cruise dalam filem terbarunya Mission Impossible: Ghost Protocol.

KLIK SINI untuk artikel penuh.

Wednesday, April 18, 2012

Hidupan Liar - Ada Sesiapa Tahu Binatang Apa Nie?

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Syok.Org



Assalamualaikum......

Ada yang kata ia kelihatan seperti kala jengking tetapi ekornya panjang dan hampir tiada ciri-ciri haiwan araknid tersebut. Begitu juga bahagian penyepit di kaki depannya. Dikatakan ia kerap muncul ketika musim tengkujuh dan guruh kuat. Sebagaimana dimaklumkan daripada sumbernya, habitatnya di dalam lubang dalam tanah, boleh dimakan dan rasanya sedap. Ada yang kata rasanya seperti ketam. Kebiasaannya orang hanya akan makan pada bahagian ekor dan sepitnya sahaja. Di musim tengkujuh, jumlah tangkapan mampu mencapai puluhan kilogram. 

Diharap pembaca boleh cari sendiri jawapannya untuk kepastian. 






Ada sesiapa tahu sebarang maklumat mengenai jenis haiwan ini?

Berbeza pula dengan sejenis udang yang dipanggil udang lipan. Lihat foto di bawah:



Sumber asal mengenai haiwan ini.

Seni & Kreativiti - Hasil Dari Urat Dawai

Kredit kepada: Zulkbo
Gambar ihsan: Zulkbo


Assalamualaikum......






Pautan asal

Hebattt...

Wordless Wednesday - Cheese

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum.....

Monday, April 16, 2012

Artikel - Maksud Mati Katak? :-D

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Syok.Org



Assalamualaikum......

Maksud mati katak jika diterjemahkan dalam bentuk visual.... heheehehe

Eeerrrkkk....


:-D

Hiburan - Siri Fringe

Kredit kepada: Wikipedia
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....


Fringe ialah satu siri tv fiksyen sains Amerika disiarkan di saluran Fox, ciptaan bersama J. J. Abrams, Alex Kurtzman dan Roberto Orci. Alex Kurtzman dan Roberto Orci sebelum ini pernah terlibat di belakang tabir siri Hawaii Five-O versi baru selain menulis skrip untuk filem trilogi Transformers arahan Michael Bay. Mengisahkan "Fringe Division", sebuah divisyen khas Biro Siasatan Persekutuan FBI berpengkalan di Boston, Massachusetts di bawah seliaan Homeland Security. Divisyen ini menggunakan kaedah sains 'fringe' yang tidak ortodoks dan teknik siasatan FBI bagi menyiasat siri kejadian yang dahsyat dan tidak dapat dijelaskan, yang ada kaitan dengan misteri berkisar alam semesta yang selari (parallel universe).

Siri ini disifatkan sebagai hibrid siri X-Files, Altered States dan The Twilight Zone. Sehingga kini, siri ini masih disiarkan di saluran NTV7 dan sudah berada di musim keempat.

Siri Fringe menyelusuri kes-kes yang dikendalikan oleh Divisyen Fringe, yang bekerjasama dengan FBI melibatkan ejennya Olivia Dunham; Dr. Walter Bishop, seorang saintis arketip dan anaknya Peter Bishop. Mereka turut dibantu pengarah pasukannya Phillip Broyles, ejen Astrid Farnsworth, yang membantu Walter dalam kajian makmalnya. Divisyen Fringe menyiasat kes melibatkan sains 'fringe' daripada kes eksperimen transmanusia yang gagal, teknologi pemusnah luar biasa sehinggalah kepada pertembungan antara dua alam semesta. Kerja yang dilakukan divisyen ini seringkali bersilang dengan teknologi bio canggih yang dikembangkan oleh syarikat dipanggil Massive Dynamic, yang diasaskan oleh bekas rakan kongsi Walter iaitu Dr. William Bell dan diuruskan oleh Nina Sharp. Divisyen ini turut diperhatikan secara senyap oleh sebuah kumpulan digelar "Observers".

Antara pelakonnya Anna Torv, Joshua Jackson, Lance Reddick, Kirk Acevedo, Blair Brown, Jasika Nicole, Mark Valley, John Noble dan Seth Gabel.

Siri Fringe, para pelakon serta krewnya telah dicalonkan dan memenangi beberapa anugerah antaranya Emmy, Saturn Awards, Golden Reel Awards, Satellite Awards, dan Writers Guild of America Awards.

Sumber

Berita - Brock Lesnar Bakal Kembali Ke Arena WWE

Kredit kepada: Yahoo Sports
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum......


Brock Lesnar sudah tidak bersama WWE sejak 2004 dan mula bersama UFC pada 2007. Sejak itu, Lesnar telah  merebut gelaran dalam perlawanan yang keempat. Selepas memenangi gelaran daripada Randy Couture, dia menewaskan Frank Mir dan Shane Carwin sebelum tewas kepada Cain Velasquez dan Alistair Overeem. Kekalahannya pada Overeem pada Disember lalu telah meyakinkan bahawa dia bakal meninggalkan sukan MMA.

KLIK SINI untuk artikel penuh.  


Berita - Sekitar Karnival Pendidikan dan Kerjaya Anjuran MARA 4-5.4.2012

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum.....

Di Galeri A Terengganu Trade Center diadakan Karnival Pekerjaan Azam Kerja 1Malaysia Negeri Terengganu. Di sini, pengunjung terutama di kalangan pencari kerja disajikan dengan pelbagai peluang kerja untuk dipilih. Papan iklan disediakan memaparkan iklan jawatan kosong pelbagai sektor kepada sesiapa yang berminat. Pengunjung boleh menghubungi nombor telefon syarikat yang dinyatakan dalam iklan-iklan berkenaaan atau terus sahaja menghadiri temuduga terbuka yang diadakan sepanjang hari karnival. Beberapa syarikat dan jabatan terlibat dalam karnival ini seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran, Proton, Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur dan Western Digital. 








Beberapa syarikat usahawan turut diberi peluang memasarkan produk mereka. Bagi menarik lebih ramai pengunjung, ruang kafe disediakan bagi mereka menjamu selera. Selain itu, booth Semakan Daftar Pemilih SPR turut dibuka bagi pengunjung membuat semakan.


Karnival Pendidikan dan Kerjaya MARA diadakan pada 4 dan 5.4.2012 bertempat di Galeri B Terengganu Trade Center (TTC), Kuala Terengganu. Karnival ini dibuka kepada orang ramai bermula jam 9.00 hingga 6.00 petang. Karnival ini banyak memberi tumpuan kepada para pelajar lulusan SPM dan STPM dan sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi tempatan. Pelbagai kursus ditawarkan oleh IPT yang terlibat seperti kejuruteraan, dandanan, solekan, kewangan, pengurusan, dan sains. Antara IPTA dan IPTS yang terlibat dalam karnival kali ini ialah Pusat Giatmara, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), TATIUC, KLIUC, KLMU, Kolej Teknologi Bestari, Kolej Inforana, KUIS, GMI, KIST, Universiti Malaysia Kelantan, Terengganu Skill Development Center (TESDEC), Geomatika College Kuala Lumpur, Kolej Teknologi YPC-ITWEB, Kolej Saito, Real Millenium Hair and Beauty Academy, International College of Automotive (ICAM), Asia Pacific University College of Technology and Innovation (UCTI), IKIP International College dan beberapa lagi.








Di karnival ini, pengunjung boleh mengisi sendiri borang yang disediakan oleh pihak institut berkenaan jika berminat dengan kursus-kursus yang ditawarkan.