Gambar ihsan: Owned
Assalamualaikum......
Acara Terengganu Shotoshinkai Karate Open telah berlangsung dengan jayanya pada 26.5.2012. Acara yang dijaduakan bermula sekitar 8.30 pagi ini diadakan di tingkat atas Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu memperlihatkan bakat-bakat atlet seramai hampir 160 orang dan terdiri daripada 12 pasukan. Antaranya dari SKA Terengganu, Sabah, Kedah, Melaka (Yayasan Saad), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor, Kuniba-kai Kuala Lumpur, IOSSKAM, Itosu-ryu Kuala Lumpur, UiTM Shah Alam, Shito-ryu Pahang dan Negeri Sembilan Karate-Do Association (NSKA).
Sebagai permulaannya, kejohanan ini bertumpu hanya pada acara tempur atau kumite dan sebanyak 11 kategori dipertandingkan. Bagi acara bawah 17 tahun, kesemua kategori dipertandingkan adalah mengikut peringkat umur seperti 6-7 Tahun, 8-9 Tahun, 10-11 Tahun, 12-13 Tahun dan 14-16 Tahun. Bagi acara 17 tahun ke atas, kesemuanya dipertandingkan mengikut berat seperti B 55kg, B 60kg, B 67kg, B 75kg, B 84kg dan A 84kg.
Dua gelanggang digunakan bagi acara lelaki dan wanita dan seramai hampir 10 orang jurulatih karate bertugas sebagai pengadil dan juri sepanjang acara berlangsung. 2 orang pegawai perubatan turut ditugaskan bagi memastikan tiada kecederaan serius berlaku ke atas peserta.
Dua gelanggang digunakan bagi acara lelaki dan wanita dan seramai hampir 10 orang jurulatih karate bertugas sebagai pengadil dan juri sepanjang acara berlangsung. 2 orang pegawai perubatan turut ditugaskan bagi memastikan tiada kecederaan serius berlaku ke atas peserta.
Sesi pemanas badan pasukan SKA Terengganu
Pengadil dan AJK Teknikal baru memulakan tugas menyemak senarai peserta yang bakal bertanding
Pasukan Shito-ryu sewaktu sesi pemanas badan
Barisan pengadil dan juri sewaktu diberikan taklimat oleh Shihan Ridzuan
Acara bermula - kumite lelaki
Acara kumite wanita kategori 10-11 Tahun
Barisan juri dan AJK Teknikal bertugas mengawal masa dan pemarkahan.
Turut serta: Sensei Alias dan Shihan Loh Beng Hooi
Turut serta: Sensei Alias dan Shihan Loh Beng Hooi
Ahli SKA Terengganu sewaktu menanti acara penyampaian pingat.
Di belakang: Pasukan UiTM Shah Alam
Di belakang: Pasukan UiTM Shah Alam
Ahli pasukan SKA Terengganu
Acara selama sehari ini turut dihadiri Shihan Loh Beng Hooi (Kobe Osaka International), Shihan P. Pathamanathan (Persatuan International Okinawan Shorin-ryu Sei-bu-kan Karate-Do of Malaysia (IOSSKAM)), Shihan Ridzuan Md. Zain serta para pegawai dari MSNT selaku tetamu kehormat dan penyampai pingat kepada para pemenang. Acara tamat sekitar 6 petang.
Tahniah kepada semua pemenang!!
P/S:
Ulasan berita sempena acara ini turut disiarkan di berita tengahari RTM1 pada 27.5.2012 dalam segmen sukan. Pautan berkaitan:
Persiapan AJK teknikal, pengadil, juri dan petugas sempena Terengganu Open





























































