MY FOLLOWERS

Tuesday, July 31, 2012

Jalan-jalan Cari Makan - Ronda-ronda Bazaar Ramadhan 2012 (Bhgn I)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum..........

Sekadar meluangkan sedikit masa ronda-ronda sekitar bazaar Ramadhan untuk melihat menu yang menarik yang dijual sebagai juadah berbuka puasa. Saya bawakan anda meronda-ronda sekitar bazaar melihat pakaian, menu air dan kuih-muih yang dijual di sini sepanjang bulan yang mulia ini.


















Berbanding tahun sebelum ini, kali ini saya banyak meluangkan masa berbuka puasa di rumah. Hanya selepas seminggu berpuasa barulah saya ke bazaar Ramadhan untuk melihat dan membeli juadah. 

Selamat berbuka puasa :-)

Artikel - Festival Ramadhan 2012 di TTC

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum....

Festival Aidilfitri dan Bazaar Ramadhan 2012 diadakan di Galeri A dan B, Terengganu Trade Center (TTC) sepanjang Ramadhan ini dari 21.7.2012 hingga 18.8.2012.


Banyak gerai jualan yang menjual pakaian dan makanan dibuka sepanjang ia diadakan. Dibuka kepada pengunjung dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam.

Monday, July 30, 2012

Artikel - Tukar Tayar Bila Tiba Masanya, Elakkan Kemalangan

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum.......

Setiap tayar ada had perjalanan yang ditetapkan. Bagi tayar hadapan, perlu ditukar setiap 40, 000 km manakala bagi tayar belakang pula adalah setiap 80, 000 km. Apabila anda ke pusat servis tayar kenderaan dan ingin menukar tayar, anda perlu tukarkannya sepasang iaitu kiri dan kanan. Jika anda seorang pemandu yang agak lasak, mungkin perlu tukarkannya lebih awal. Elakkan memandu dalam keadaan tayar yang sudah botak atau sudah merekah kerana boleh menyebabkan kemalangan. Ini adalah untuk kebaikan dan keselamatan anda juga. 




Baru-baru ini, saya menukarkan tayar hadapan kerana timbul rekahan (crack) pada salah satu tayar berkenaan. Lihat foto di atas. Adalah suatu tindakan berbahaya bagi pemandu jika meneruskan perjalanan apabila sudah timbul rekahan sedemikian, lebih-lebih lagi perjalanan jauh. 

Selesai menukar tayar, anda boleh minta pekerja di pusat servis tayar untuk memeriksa keadaan traveling arm, drive shaft serta yang berkaitan dengannya sebelum membuat penjajaran (alignment) dan penyeimbangan (balancing).


Pautan lain yang berkaitan:

Sekadar Luahan - Bila Anak Ikut Jejak Papa :-)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum.....

Foto ini diambil sesudah saya selesai latihan memanas badan beberapa hari yang lalu. Sarung tangan ini saya gunakan ketika kumite (free sparring) di kelas karate. Asalnya sarung tangan ini saya bawa keluar sebab mahu potong sedikit benang yang terkeluar sebelum mahu menyimpannya semula, tetapi sempat dilihat pula tatkala dia sedang bermain. Maka bertambahlah satu lagi permainannya walaupun sekejap :-D

Lagak macam masuk gelanggang


Berdiri dalam posisi 'yoi' (bersedia) sebelum bertemu lawan


Lagak ketika menakutkan pihak lawan (dusshh!!)

Diisytiharkan menang tanpa bertanding. Pihak lawan tarik diri sebab takut, 
penumbuk besar sangat.. hahaha

Berehat sebentar sebelum ke pusingan seterusnya.. ada lagi ke yang nak lawan? Hahaha :-)


Sambil bermain dengan sarung tangan barunya, dia ditanya ibunya mahukah jadi seperti papa dan katanya "Mahu.." Tidak tahulah bila waktunya, sebab itu cakap budak-budak sahaja. Kalau boleh, macam-macamlah dimahukannya. Budak-budaklah katakan.. Hari ini kata lain, esok lain pula.. hahaha.........

Pun begitu, kalau ingin menurut jejak langkah keluarga yang baik-baik, apa salahnya kan? Sekiranya ia adalah sesuatu yang baik, ibu bapa perlulah berikan galakan.

Kalau sebelum ini, mahu jadi penjual ubat. Kali ini mahu cuba kerjaya lain pula.. hahaha

Artikel - Kenapa Rasulullah Sayangkan Kucing??

Kredit kepada: Taotauajer
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum......



Rasulullah berpesan agar menyayangi kucing sebagaimana kita menyayangi keluarga sendiri. Sekiranya ada tetamu datang ke rumah, Rasulullah selalu mengendong Mueeza (nama kucingnya) dan diletakkan di atas pehanya. Satu sifat Mueeza yang disukainya ialah ia selalu mengiau ketika azan dilaungkan seolah-olah mengikut lantunan suara azan. 

Ada sebab mengapa kucing dijadikan Allah sebagai suci dan tidak najis. Terdapat juga beberapa hadis yang diriwayatkan oleh beberapa perawi berkenaan hal ini.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Sunday, July 29, 2012

Artikel - Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia Menggunakan Wang Kertas (Bhgn 1)

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum......

Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.



"Apa itu wang kertas?" wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah. 



Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan oleh empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas. Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikutan runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.


Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan putar belit yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat, sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.


Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat, antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Banking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.


Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dunia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.


Bersambung...

Sekadar Luahan - Parut UFC, Hikmat Spek Terbang, Nasi Goreng Kicap??

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....
 
Bagi sesetengah kelab atau permainan, bulan puasa adalah bulan untuk merehatkan diri dan menumpukan perhatian bagi menambahkan pahala ibadah. Namun, masih tidak menjadi kesalahan sekiranya masih ada yang mahu meneruskan latihan seperti biasa. Sedangkan Nabi sendiri bersama para sahabat boleh keluar mengerah tenaga di medan perang, kenapa pula latihan yang mengeluarkan peluh sebegini harus jadi masalah?

Kami sendiri pun pada awalnya berfikir untuk berehat daripada sesi latihan ini sehingga selepas Aidilfitri nanti, tetapi selepas melalui sesi perbincangan dan mendapati masih ada segelintir yang masih berminat untuk teruskan berlatih, maka kami bercadang untuk turutkan sahaja. Kami sendiri selaku jurulatih dan pembantu jurulatih setakat ini alhamdulillah, tiada sebarang masalah untuk teruskan latihan seperti biasa memandangkan sudah ada pengalaman sebelum ini. Untuk itu, daripada melakukannya pada sebelah petang yang mungkin memenatkan, kami lakukannya pada sebelah malam selepas solat Isyak. Solat tarawih kami lakukannya sendiri selepas pulang. Bagi kami, latihan sebelah malam lebih thrill dan menyeronokkan :-)



Oleh kerana masih terasa kehangatan latihan sebelum ini, maka kami putuskan untuk adakan latihan pada malam semalam. Latihan kami diadakan jam 9.30 malam. Pada asalnya kami ingin adakannya di sebuah dojo yang disediakan di sebuah kompleks tenis di sini tetapi tidak berpeluang untuk lakukannya di situ kerana kunci pagar sudah ditukar oleh pihak berkuasa di situ memandangkan SUKMA 2012 sudah berakhir. Disebabkan kami turut membawa beberapa orang anak buah dan tidak mahu berpatah balik dan mematahkan semangat sesiapa, maka kami pun beralih ke dewan latihan di sebuah flat kediaman yang dikendalikan oleh ketua jurulatih di sini. Kami berlatih di dewan ini juga selepas diberikan kebenaran oleh ketua jurulatih berkenaan, lagipun tidak menjadi masalah kerana tiada sebarang pertindihan jadual dengan apa-apa aktiviti dewan berkenaan.


Fighhhtt!!

Selepas sesi memanas badan, kami tumpukan latihan pada kumite. Latihan dilakukan secara bergilir-gilir 5 orang. Semua tunjuk ajar sudah sifu berikan, maka latihan jadi seronok.... antara bahagian yang seronok ialah bila saya sendiri terlupa untuk simpan cermin mata. Kan tak pasal-pasal dihadiahkan hikmat-tendangan-spek-terbang oleh pihak lawan.. Bukan apa, pada awalnya ingatkan latihan ini hanyalah light training sahaja memandangkan ini bulan puasa, tetapi lain yang difikir lain pula yang jadi.. Serangan 'betul-betul' pula yang diberi. Nasib baik cermin mata tidak patah, cuma bengkok sedikit. Kalau tidak, kenalah minta RM400 daripada si penyerang... huahuahuahuaa.!! Cermin mata ini baru sahaja kurang daripada 3 bulan dipakai menggantikan yang sebelum ini yang patah sebab besi bingkainya reput.

Duusshhh!!

Bukan satu tetapi dua hadiah yang dapat. Hadiah kedua - dua parut tepi mata selepas terkena sepakan penyerang (dusyyuumm!!).. Saya sendiri tidak perasan sehinggalah terasa pedih selepas peluh menitik terkena bahagian luka parut dan ada sedikit cecair merah. Biasalah, kalau tiada parut bukan anak jantanlah namanya. Itulah kata sensei.. hehehe.... Lagi haru, bila dikatakan itu yang membezakan lelaki sejati daripada gay! hahahaha...

Selepas beberapa pusingan dengan anak buah, sensei sempat lagi bertanya "kenapa kau invincible sangat malam ni?" Manalah saya tahu...........

Latihan masih diteruskan selepas saya berehat seketika, mengambil giliran membelasah tiga orang lagi anak buah buatkan masing-masing lebih bersemangat! Pun begitu cerita tidak habis lagi kerana ada yang dihadiahkan sepakan daripada saya sehingga senak dan terduduk. Bukan makin menangis, suka pulak dia... :-D Kalau menangis, jadilah seperti di kelas sebelum ini bila dihadiahkan hikmat-penumbuk-sarung-tangan-baru ke muka sehingga kepala tertonyoh ke belakang..



Sewaktu makan

Sehinggalah ketika waktu makan sewaktu sebelum pulang, dia pula masih mengungkit sebab senak "ni kene kat rahim ni... huhuhu.." sehinggalah sensei menghentamnya semula "Rahim apa? Rahim Maarof?" Sudahlah entah berapa kali kena ashi barai (leg sweep) sehingga tergolek, masih sempat lagi bising-bising..

Sambil menjamu selera, bermacamlah cerita keluar sehinggalah salah seorang anak buah memesan nasi goreng kicap yang dibungkus kununnya :-D  untuk dijadikan hidangan sahur. Sensei dengan kehairanannya sebab tidak pernah pula tengok macam mana rupanya. Kalau nasi goreng USA, daging merah, nasi goreng pataya, itu sudah biasa...

Lain pula ceritanya dengan saya. Jadi mula bising bila saya mengambil gelas berisi ais (air sudah dihabiskan) dan dituamkan pada bahagian parut yang masih terasa sedikit berdenyut. Siap ada yang tanya "eh, henpon baru ke bang? siap dengan antena lagi?" Saya cuma jawab "mana ada.. nak ais jerr.." Kemudian sensei tambah "Parut kau ni, aku tengok dah macam parut fighter UFC yang menang fight pulak" sambil ditunjukkan parut di lengannya. Memandangkan saya tidak nampak parut saya tadi, saya pun pinjamlah cermin solek kepunyaan anak buah untuk lihatnya.. kemudian bertanya "ehh apsal tak nampak muka aku? kenapa aku nampak muka fahrin ahmad pulak ni?" 

Jawab si anak buah, "Biasalah... Garnier.." Kuang kuangg kuanggg...

Kami semua pulang sekitar 4 pagi.. itu pun sesudah anak buah menghabiskan nasi goreng kicap yang dipesannya yang kononnya mahu dijadikan habuan sahur itu.....



P/S: Menulis sambil layan lagu Hero's Come Back (OST Naruto Shippuden Season 1) oleh Nobodyknows

Friday, July 27, 2012

Artikel - Mangsa Terselamat Tragedi Titanic

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.. 

Dua bersaudara Michel Navratil, 4, dan Edmond, 2, telah diletakkan dalam salah satu bot penyelamat terakhir oleh bapa mereka sebelum kapal tersebut karam sepenuhnya. Bapa mereka terkorban dalam tragedi itu menjadikan kedua bersaudara ini satu-satunya anak yatim yang yang menaiki kapal berkenaan. Dirujuk sebagai 'Louis dan Lola' dalam artikel di akhbar, ibu mereka berjaya dikesan dan dapat bertemu semula dengan kedua bersaudara ini sebulan selepas tragedi. 

 





 

KLIK SINI untuk lebih banyak foto.

Artikel - Sungai-Sungai di Syurga

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Quran.com, Yahoo Images



Assalamualaikum.....

Sungai-sungai syurga pula memancar dari bawah-bawah bukit. Di dalam al-Quran, Allah banyak menyebut tentang macam-macam sungai di syurga ini antara lain firmanNya dalam surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud:


Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggeledak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama!). - surah Muhammad: ayat 15

Ayat di atas memberi pengertian bahawa sungai-sungai di syurga bukanlah mengandungi air-air biasa seperti di dunia ini, sebaliknya ada sungai yang berair susu, ada yang berair anggur (arak) yang tidak memabukkan, ada yang dari madu dan sebagainya. Sungai-sungai ini semuanya mengalir dengan tenang melalui rumah-rumah di syurga, di kebun-kebun dan di celah-celah pokok. Bahkan terdapat juga mata-mata air yang mengalir.

Jadi Allah telah menjanjikan bagi orang yang bertakwa itu sungai yang airnya mempunyai ciri-ciri sebagai berikut:

= Airnya tidak berubah rasa dan baunya.
= Air susu yang tidak berubah rasa dan warnanya
= Air anggur (arak) yang lazat dan tidak memabukkan bagi peminumnya.
= Madu yang disaring

Sewaktu Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. pernah melihat sungai yang dinamakan Al-Kausar. Sungai ini dilingkari oleh bukit-bukit yang terdiri dari permata-permata dan tanahnya dari wewangian yang paling wangi. Tepian sungai ini terdiri dari emas sedangkan anak-anak batunya dari mutiara.


Barangsiapa meminum air dari Al-Kausar ini walau hanya satu kali sahaja, dia tidak merasa haus untuk selama-lamanya.

Tentang nama-nama sungai di syurga, tidak ada disebut dengan jelas di dalam al-Quran. Tetapi dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi bersabda:

Bahawasanya di syurga terdapat suatu sungai yang disebut sungai rajab, airnya lebih putih daripada air susu dan rasanya lebih manis daripada madu. Sesiapa yang puasa satu hari dari bulan Rajab, maka Allah memberikan minuman dari sungai itu.

Yang jelas sungai yang bersama Rajab dengan sifat-sifatnya yang luar biasa ini belum pernah dilihat dan dirasakan airnya oleh manusia di dunia ini. Walau bagaimanapun di dalam keterangan-keterangan lain disebutkan bahawa di syurga ada sungai-sungai seperti Al-Kausar dan Al-Firdaus.

Tentang Al-Kausar, Anas r.a. ada bercerita bahawa Rasulullah s.a.w. tidur di atas tikar jerami, tiba-tiba sambil mengangkat kepalanya Baginda tersenyum. Anas bertanya: "Mengapa engkau tertawa ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Ayat yang diturunkan kepadaku tadi (yang bermaksud):


Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak (Al-Kausar), maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus. - surah al-Kawthar: ayat 1-3

Kemudian Baginda bertanya: "Adakah engkau tahu apa itu Al-Kawthar?" Anas menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih tahu." Lalu Rasul menerangkan: "Al-Kawthar itu satu sungai yang dijanjikan kepadaku oleh Allah, pada sungai itu banyak kebajikan. Di atasnya sebuah kolam (Al-Haudi) yang akan datang umatku kepadanya. Bejananya banyak sebanyak bintang-bintang di langit." - Hadis riwayat Muslim


Seterusnya Imam At-Termizi meriwayatkan, Nabi bersabda:

"Bahawa masing-masing nabi itu mempunyai kolam. Mereka ini bangga membanggakan manakah yang lebih banyak orang datang. Dan ana mengharap, bahawa adalah ana yang terbanyak orang datang."

Mendengar tentang banyaknya kenikmatan yang terdapat pada Al-Kawthar ini, tentu banyak di antara kita yang berharap untuk dapat menjadi golongan orang-orang yang dapat datang ke tempat tersebut. Agar harapan ini menjadi nyata, hendaklah kita berusaha mencari keredhaan Allah dalam kehidupan ini dari segala segi.


Sumber

Berita - Hujan Batu dan Ribut Melanda Texas

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....



Ribut disertai hujan lebat dan ketulan hujan batu telah melanda utara Texas pada petang Rabu satu ketika dahulu. Sebahagian ketulan yang jatuh adalah sebesar bola besbol.

"Ia sungguh menakutkan," kata seorang wanita kepada stesen tv WFAA-TV. "Ia seperti kawasan itu dibom atau seumpamanya." Cuaca buruk telah merosakkan pawagam di sini, memecahkan tingkap dan menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri.


KLIK SINI untuk artikel penuh. Rakaman video turut disediakan.

Hiburan - 10 Permainan Video Paling Sukar

Kredit kepada: Yahoo Games
Gambar ihsan: Yahoo Games


Assalamualaikum.......

Rasanya jika ada sesiapa yang hidup di era 80an dan tidak bermain salah satu permainan ini, tidak akan rasalah nikmatnya dan susahnya permainan itu. Seronok? Teruja? Hanya yang pernah merasa sahaja yang tahu... hehehehe



Battletoads - NES, 1991

Permainan dengan mod kerjasama dua pemain. Sekali tersilap langkah terpukul kawan sendiri, anda perlu ulang semula dari awal. Selepas dua dekad berada di pasaran, ia masih diiktiraf antara yang paling sukar.



QWOP - PC/Flash, 2008

QWOP memerlukan anda berlari 100 meter, tetapi ia memerlukan anda mencubanya banyak kali sebelum boleh melepasi garisan tanpa halangan.



Demon's Souls - PS3, 2009

Gelap, dalam, dengan kekejaman yang berterusan, Demon's Souls (sekuel pada 2011, Dark Souls) antara yang tersenarai sebagai permainan paling sukar beberapa tahun lalu.



Contra - NES, 1987

Tidak sah kalau tidak kenal permainan ini! Permainan klasik penembak dengan paparan secara sisi mendapat tempat di kalangan ramai pemain ketika itu. Dikeluarkan pada 80an menerusi arked dan di NES, mod dua pemain serentak merupakan pembaharuan ketika itu dan dengan tahap kesukaran yang melelahkan - begitu juga dengan sambungannya Super Contra! Hahahaha........



The Oregon Trail - Various, 1974-1985

Permainan ini adalah yang pertama berbentuk pendidikan mendapat tempat di sekolah-sekolah pada era 1970an. Dikeluarkan dengan maksud mengajar mengenai realiti kehidupan yang kejam telah merintis jalan pada era 1800.



The Heist - iOS, 2011

Cantik, kreatif, dan sangat sukar sehingga mampu membuatkan anda menangis, The Heist menguji minda sehingga anda akan cuba menamatkannya.



Super Mario Bros: The Lost Levels - Famicom, 1986

Versi diperbaharui pada 1986 selepas Super Mario Bros., yang pada awalnya dikeluarkan di Jepun sebagai Super Mario Bros. 2, tidak dikeluarkan di Amerika Syarikat menerusi NES. Ini kerana Nintendo merasakan ia sangat sukar buat peminatnya di Amerika dan tekaan mereka agak tepat kerana ia menjadi seperti mimpi ngeri di platformnya.



Trials HD - Xbox Live Arcade, 2009

Pernah terfikir bagaimana rasanya menjadi penunggang motorsikal? Kekecewaan berterusan dari permainannya yang asal serta sekuelnya adalah segalanya..



Ghosts 'n Goblins - Arcade/NES, 1985

Asalnya adalah permainan arked yang kemudiannya beralih kepada platform permainan di rumah hanya di Wii's Virtual Console service.



I Wanna Be The Guy - Flash, 2007

Ingin menjadi lelaki sejati? Masalahnya, tidaklah semudah yang disangka - seperti yang ditunjukkan dalam permainan ini.


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Wednesday, July 25, 2012

Hidupan Liar - Jerung Paus

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV


Assalamualaikum.....


Satu foto yang memaparkan seekor jerung paus sangat besar di bawah sebuah perahu layar telah tersebar di Facebook dengan sebahagian pembacanya melahirkan rasa skeptisim mengenai ketulenannya. Ini kerana hampir tiada butiran terperinci mengenainya. Walaubagaimanapun, Shawn Heinrichs, selaku jurufoto yang menangkap foto berkenaan di Isla Mujeres di Mexico, mengesahkan ia tulen. 

Jerung paus mendiami kawasan laut tropika dan sub-tropika di seluruh dunia kecuali di kawasan Mediterranean. Haiwan ini adalah pelagik yang memilih makanan dan secara umumnya bergantung hidup dengan memakan plankton dan sekawan ikan kecil. Ikan ini boleh membesar sehingga sepanjang 40 kaki. Oleh kerana sifatnya yang semulajadinya jinak dan dengan saiznya yang besar menyebabkan ia popular di kalangan penyelam skuba dan penyelam snorkel. 


KLIK SINI untuk bacaan selanjutnya.

Artikel - Memperingati 90 Tahun Sejarah Hitam Sistem Khalifah

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum....

Sempena memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.



KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH !!


Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

3hb Mac 2012 adalah tarikh bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis keparat, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan sistem Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintahkan supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walaupun jumlah mereka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 billion daripada keseluruhannya berjumlah 7 billion).

Persoalannya: Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?

Wordless Wednesday - Dinner :-)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum......

Tuesday, July 24, 2012

Artikel - Kekuasaan Allah Di 2nd Link JB-Singapura

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Syok.org


Assalamualaikum....

Sebenarnya tidak diketahui dengan bilakah kejadian ini berlaku tetapi penulis asalnya pasti ia berlaku di 2nd link Johor Bharu-Singapura. Allahuakbar, kuasa Allah yang Maha Besar…
 








- Sumber