MY FOLLOWERS

Sunday, April 26, 2015

Berita - Kursus Seni Beladiri 25.4.2015 SMK Sultan Ahmad, Losong, K.Trg

Kredit kepada: Sensei Zul Imran, ahli (semua peserta), AJK, guru Ko-ko
Gambar ihsan: Kelab

 

Assalamualaikum.....


Peserta, jurulatih dan guru penasihat selepas tamat kursus


Kursus Seni Beladiri telah diadakan pada 25.4.2015 bertempat di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, Losong, Kuala Terengganu. Kursus ini bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. 

Kursus ini diadakan dengan objektif untuk:
  • Memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kepentingan dan kebaikan mempelajari  ilmu seni beladiri  
  • Memberikan pengetahuan kepada para pelajar tentang beza antara seni beladiri sukan dengan seni beladiri asli/kombat.   
  • Sebagai satu wadah perkongsian ilmu di kalangan pelajar
  • Melatih pelajar bertindak sewajarnya bila berlaku situasi tidak dijangka serta bahaya berkaitan dengannya.
  • Menggalakkan pelajar menyertai aktiviti berfaedah
  • Memupuk nilai murni, keyakinan, keberanian  dan disiplin di kalangan pelajar  
  • Memberikan satu nilai tambah kepada ilmu sedia ada.    

Seramai 20 orang peserta menghadiri kursus ini dengan sebahagiannya daripada Kelab Karate dan Kelab Wingchun manakala sebahagian lagi adalah bukan ahli. Selain itu, guru penasihat kelab dan Ko-kurikulum iaitu Puan Nor Aini Awang dan Encik Syafie serta beberapa AJK bertugas turut hadir. Kursus ini dikendalikan oleh Sensei Hassan Ahamat dan Sensei Zul Imran Ahmad, menumpukan pada teknik kilasan (torite/grappling) serta gulingan (kaiten) secara tangan kosong. Setiap teknik akan ditunjukkan dahulu sebelum semua peserta melakukannya.



 
Sesi pagi dimulakan dengan sedikit ucapan daripada Sensei Zul Imran Ahmad sebelum teknik ditunjukkan. Makan minum disediakan oleh pihak sekolah. Sijil penyertaan disediakan kepada peserta yang terlibat dan disampaikan di sesi perhimpunan pagi hari persekolahan. 



Artikel - Foto Beberapa Jam Sebelum Bom Atom Dijatuhkan di Jepun

Kredit kepada: Debat Malaysia
Gambar ihsan: Debat Malaysia

 

Assalamualaikum.....


Foto-foto ini dirakamkan pada 9.8.1945 beberapa jam sebelum bom atom ini dijatuhkan di Hiroshima.











KLIK SINI untuk lebih banyak foto.




Artikel - Bagaimana Lightsaber Pertama Dicipta Dalam Star Wars?

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Movies

 

Assalamualaikum.....




Seorang pereka set untuk filem Star Wars Roger Christian tahu bahawa pedang cahaya (lightsaber) dalam filem ini menjadi salah satu ciptaannya yang penting. Dalam koleksi digitalnya, dia menunjukkan demonstrasi bahagian kamera yang diceraikan membawa kepada terciptanya pedang cahaya ini. 

Ia bermula apabila George Lucas mahu memulakan penggambaran di sebuah padang pasir di Tunisia. Ketika itu Roger Christian perlu memasang apa sahaja bahan yang ada untuk membikinnya. Dia ke kedai kamera dan membeli alat ganti dan menemui sekotak Graflex, sebuah alat pemegang lampu kamera 1940an. Kemudian dia kembali ke studio dan mencantumkannya dengan kayu dan butang dan mencipta prototaip lightsaber yang pertama. Hasilnya dapat dilihat dalam filem Star Wars Episode IV: A New Hope, ketika adegan Obi-Wan memberi pedang ini kepada Luke.  



Dalam filem Star Wars Episode VII: A Force Awaken yang akan datang, satu lagi lightsaber ditampilkan.



KLIK SINI untuk artikel penuh.


Artikel - Kisah Si Petugas Di Gaza Berhenti Merokok

Kredit kepada: The Pena
Gambar ihsan: The Pena

 

Assalamualaikum.....

Beberapa lagi kisah sesuai sebagai motivasi untuk berhenti merokok.




Apa-apa hal pun, merokok membahayakan kesihatan :-)


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.



Sekadar Luahan - 2 Cerita, Ending Lain

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

Ohh... kisah tusyen lagi.. Dua kisah dengan pengakhiran berbeza..




Kisah 1

Penulis mengajar di sebuah pusat tusyen ini dengan kontrak selama 6 bulan. Bermacam projek dirancang, daripada pengajaran di rumah pelajar sehinggalah kepada beberapa projek di sekolah. Ada yang sempat penulis ikut serta, cuma kebelakangan ini agak pelik sebab mereka tidak hubungi pula sedangkan dalam laman Facebook ada dimuat naik beberapa kemaskini memaparkan projek-projek terbaru. Selalunya mereka akan dimaklumkan jika mereka akan jalankan sebarang rancangan.

Selepas tamat kontrak, langsung tiada sebarang panggilan atau sms. Maka kebetulan pada satu hari ketika menghadiri satu karnival jualan di Unisza penulis terserempaklah dengan cikgu yang uruskan bahagian tusyen di pusat ini. Katanya mahu tengok dahulu macam mana keadaannya. Kesudahannya? Senyap!

Jadi penulis pun pergi sendiri ke pusat itu dengan niat untuk tanya sendiri keadaannya. Lain diharap lain pula jadinya. Rupanya staf perempuannya kini sudah ambil alih tugasnya kerana menurutnya cikgu tersebut sudah berhenti sebulan lalu dan sudah buka tusyen sendiri. Dia pula mengambil tugas dan jawatan baru selepas CEO sendiri isytiharkan cikgu itu sudah berhenti dan tiada sebarang surat diserahkan. Kiranya berhenti senyap terus. Uiisshhh!!  

Berkenaan kontrak, perlu dapatkan dahulu semua dokumen berkaitan daripada cikgu itu.


Kisah 2

Satu lagi pusat tusyen di bandar ini. Bezanya staf yang uruskan tusyen sebelum ini sudah maklumkan kepada penulis mengenai dia kini tidak lagi bekerja di pusat itu. Staf baru kini sudah ambil alih tugasnya dan sedang mencari kembali mana-mana guru yang mengajar subjek sebelum ini. Tusyen ditangguhkan dahulu bagi memberi laluan kepada kerja naik taraf tempat tusyen yang mempunyai kelas dan pejabat. 


Sekadar Luahan - Krisis Masa!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....




Dalam masa seminggu dua ini, yang kerap berlaku apabila ada orang yang balik bercuti pertengahan semester selama dua minggu yang sibuk untuk minta pergi ke sana sini sedangkan kita inilah yang patut lebih sibuk. Kenapa? Sebab setiap pagi mahu berada di pejabat untuk sesi perkongsian pagi serta urusan lain. Bukannya bawa kereta macam bawa teksi ke sana sini. Kita ini sebenarnya tiada masa mahu layan itu semua sebab mahu bergerak dengan menepati masa (punctual!).

Nak punctual tahu?! Hari-hari!

Mentang-mentanglah kita tidak perlu punch card sebab jadual bebas, maka mulalah ambil kesempatan pula dengan anggapan kita ini bebas boleh disuruh itu ini. Dia pula yang lebih-lebih sibuk minta tolong hantar dan tolong ambil sebab segan sangat mahu minta tolong kawan lain. Macamlah kawannya tiada kenderaan langsung untuk ditumpang. Teruk betul! Kalau tiada orang mahu ambil dan hantar, pergilah sendiri atau paling tidak pun, duduk sahajalah di rumah tanpa perlu sibuk sangat mahu ke sana sini. Ini tidak, setiap kali balik sahaja cuti, itulah dia dan setiap kali itu jugalah kita akan mengeluh benda yang sama "Hmmm! Lewat lagi la aku.." Sampaikan ada juga ditegur beberapa orang kenalan seangkatan bila diluahkan hal ini, sebab masa yang sepatutnya diluangkan di pejabat sudah habis angkara pihak tidak bertimbang rasa.


Kalau sudah sampai ke tahap ini - TAK RETI-RETI LAGI KEE????!!!