MY FOLLOWERS

Friday, September 30, 2011

Artikel - 10 Rahsia Kejadian Manusia

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Quran.com


Assalamualaikum......

Allah telah mengurniakan beberapa keistimewaan kepada makhlukNya yang dipanggil manusia. Keistimewaan ini ialah grand design dan menjadi rahsia Allah yang tidak diceritakan kepada makhluk-makhlukNya yang lain, termasuklah para malaikat. Apabila malaikat menyoal Allah, adakah kemungkinan manusia akan membuat kerosakan di muka bumi, Allah menjelaskan bahawa kejadian manusia adalah untuk menjadi khalifahNya di muka bumi ini. Memang beruntung makhluk yang bernama manusia ini.


Buktinya dapat dilihat dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud "Sesungguhnya Aku akan menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Lalu para malaikat bertanya, 'Apakah Engkau hendak menjadikan di muka bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami sentiasa bertasbih dan memuji Engkau?’ Allah menjelaskan; ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui'."

Walau bagaimanapun, rahsia kejadian manusia itu Allah ceritakan dalam kalamNya yang teragung, iaitu al-Quran dan al-Hadis yang Mulia.


Rahsia Pertama – Allah sendiri memuliakan manusia


Allah sendiri telah memuliakan makhluk yang bernama manusia ini. Allah berfirman dalam al-Quran surah al-Isra ayat 70 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah memuliakan Bani Adam (manusia) dan Kami tempatkan mereka di bumi dan di lautan serta Kami berikan kepada mereka dari jenis yang baik-baik. Dan Kami berikan mereka banyak kelebihan daripada makhluk-makhluk lain yang Kami jadikan."

(Makna makhluk lain di sini ialah tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang, jin-jin, syaitan-syaitan dan yang lain daripada manusia)


Rahsia Kedua – Manusia dijadikan dengan sebaik-baik kejadian 


Allah berfirman dalam surah at-Tin ayat 4 yang bermaksud "Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian."

Sebaik-baik kejadian manusia termasuk dijadikan hati/perasaan/naluri dan akal fikiran dan pancaindera yang boleh membina tamadun bumi ini. Makhluk lain tidak diberikan kelebihan akal ini. Kalau tidak, sudah lama nelayan susah untuk menangkap ikan. Andainya ikan-ikan bijak berfikir, maka akan susahlah nelayan menangkapnya untuk dimakan.


Rahsia Ketiga – Manusia diberikan akal fikiran

Kemuliaan manusia kerana diberikan akal daripada Allah. Itulah kelebihan yang nyata manusia berbanding makhluk-makhluk ciptaan Allah yang lain.

Rasulullah SAW pernah bersabda, yang bermaksud "makhluk yang mula-mula sekali dijadikan Allah ialah akal". Maka Allah berfirman kepadanya; ‘Menghadaplah kepadaKu’. Akal pun menghadap. Kemudian firmanNya lagi; ‘Membelakangilah Aku’. Lalu akal membelakang. Allah berfirman lagi mengenai akal; "Demi kemuliaan dan kebesaran Aku, tidak Aku jadikan makhluk yang lebih mulia daripada engkau. Dengan engkau Aku mengambil dan dengan engkau Aku memberi. Dengan engkau Aku memberi pahala dan dengan engkau Aku menyeksa."
(Riwayat Tabrani dari Abi Umamah).

Gunalah akal kita sebaik-baiknya untuk mencari rezeki Allah Taala. Nescaya kita boleh kaya raya tapi jangan lupakan Allah SubhanAllah Wa Taala yang menciptakanNya. Bersyukurlah sentiasa.

Akal ialah makhluk yang mula-mula dijadikan dan termulia daripada makhluk lain. Dengan akal juga, manusia menjadikannya sebagai panduan dan neraca dalam hidup untuk mendapatkan pahala atau dosa. Di samping itu, dengan akal, iman, agama dan akhlak manusia akan menjadi sempurna. Mana-mana manusia yang menjadikan akal sebagai alat untuk mendapatkan petunjuk, mendapatkan iman, membina akhlak dan panduan dalam hidup, maka manusia itulah yang mendapat martabat mulia dan tinggi di sisi Allah serta makhluk lain.

Tetapi jika sebaliknya, maka tergolonglah manusia itu ke dalam golongan yang disebutkan Allah di dalam Al-Quran sebagai yang lebih hina daripada haiwan.

Firman Allah SubhanAllah Wa Taala;

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. Kedatangan azab Allah kepada orang-orang yang mendustakan ayat-ayatNya dengan cara istidraj [584] ".


[584] Istidraj iaitu: dengan membiarkan orang itu bergelumang dalam dunianya yang penuh dengan kesesatan dan dosaNya , hingga orang itu tidak sedar bahwa dia didekatkan secara beransur-angsur kepada kebinasaan yakni nyawanya dicabut dalam dia tidak sedar bahawa mati bertemu Allah SubhanAllah Wa Taala. itu adalah BENAR .
Surah Al-A’raf, Ayat 179

Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud, "Orang yang paling sempurna akalnya di antara kamu ialah orang yang paling takutkan Allah dan amat mengambil berat mengenai perintah dan larangan Allah walaupun dia melakukan amalan sunat sedikit." (Riwayat Ibnu Mahbar).

Bagi orang yang menggunakan akalnya untuk berfikir, merenung, merancang dan menghasilkan sesuatu yang berguna, maka faedah pahalanya melebihi ibadah sunat setahun!


Rahsia Keempat – Manusia dilantik Allah sebagai khalifah

Maksud khalifah ialah wakil atau pengganti. Apabila manusia dilantik menjadi khalifah di bumi ini, bermakna dia dilantik sebagai wakil bagi pihak Allah untuk mengurus dan mentadbir muka bumi mengikut peraturan yang telah ditetapkanNya, yakni mengikut al-Quran dan al-Hadis.

Jawatan ini hanya diserahkan kepada manusia, yang menunjukkan bahawa manusia memang makhluk Allah yang mempunyai darjat dan kedudukan tinggi pada pandangan Allah. 


Pentauliahan ini jelas diterangkan dalan al-Quran, surah al-An’am, ayat 165 yang bermaksud “Dan Dialah yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di muka bumi ini.”


Rahsia Kelima – Manusia diatur keturunan dengan baik.

Manusia sahaja yang diberi peraturan dan panduan dalam kekeluargaan. Perlu ada ikatan perkahwinan dan zuriat yang dilahirkan berbin kan si bapanya. Hal ini bagi menjaga kerukunan hidup manusia itu sendiri.


Rahsia Keenam – Manusia mempunyai tempat tinggal yang khusus dan indah

Kita sebenarnya diciptakan Allah dengan memiliki sifat kreatif. Kita mampu mempelbagaikan bentuk dan jenis tempat tinggal yang kita ingini (tidak perlu ambil kursus senibina pun). Manusia juga kreatif membuat pelbagai kerja untuk tujuan mencari nafkah.

Tidak seperti binatang yang tidak ada tempat tinggal dan tidak kreatif membuat pelbagai jenis kerja. Maka tidak hairanlah manusia tinggal di rumah yang cantik, indah dan dihiasi pelbagai jenis perhiasan, perabot dan lain-lain. Bidang pekerjaan untuk mencari nafkah terlalu banyak. Contohnya petani, tukang masak, guru, doktor, jurutera, pelukis dan lain-lain.

Keadaan ini wujud hanya bagi manusia.


Rahsia Ketujuh – Manusia makhluk bermasyarakat

Manusia dijadikan dalam pelbagai bangsa dan bersuku. Mereka boleh berkenalan, hidup rukun dan aman, malah suka membantu. Dengan kata lain, manusia boleh membentuk masyarakat. Kalau kita tidak hidup dalam bermasyarakat, kita digelarkan orang yang SOMBONG. Allah SubhanAllah Wa Taala sangat benci pada hamba-hambaNya yang sombong dan lagi bongkak dan membangga diri. (Minta berlindung kita dari Allah SubhanAllah Wa Taala dari demikian ini)

Firman Allah SubhanAllah Wa Taala;


"Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat(Ku), mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mau menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai dari padanya."
(Surah Al-Araaf: ayat 146)


Rahsia Kelapan – Manusia diberi kuasa memilih

Manusia diberi keisitmewaan untuk memilih jalan hidupnya, sama ada untuk hidup bahagia atau terseksa, sama ada di dunia atau akhirat. Manusia tidak pernah dipaksa. Al-Quran dan hadis telah ada, tidak mengapa jika tidak mahu baca dan amalkannya kerana Allah SubhanAllah Wa Taala tidak kerugian apa-apa.

Mereka memilih sendiri jalan hidup dan akan bertanggungjawab terhadap jalan hidup yang dipilihnya. Agama adalah pegangan hidup bagi manusia yang beriman yang sesuai dengan fitrah dan sifat semulajadinya.

Allah berfirman yang bermaksud:


"Tidak ada paksaan dalam agama. Sesungguhnya telah jelas dan nyata jalan kebenaran dan jalan kesesatan. Siapa yang menolak jalan taghut (Sembahan lain daripada Allah SubhanAllah Wa Taala) dan memilih jalan beriman kepada Allah sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali Allah yang tidak akan putus. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."
(Surah Al-Baqarah: ayat 256)


Rahsia Kesembilan – Kemuliaan manusia kerana berakhlak

Manusia menjadi makhluk yang termulia di sisi Allah adalah kerana Allah telah menyempurnakan akhlak manusia itu. Ini merupakan kemuncak tertinggi dalam diri manusia.

Baginda Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia." (Riwayat Ahmad, Hakim dan Baihaqi).

Akhlak mulia adalah akhlak Rasulullah s.a.w., kita perlu mencontohi semua akhlak Baginda s.a.w. barulah akhlak kita dijamin mulia dan merupakan hasil daripada ibadah yang khusyuk dan cara hidup orang Islam dan beriman.

Setiap orang akan dinilai dari segi akhlaknya. Kalau baik akhlaknya, maka ia akan dianggap baik dan juga sebaliknya.

Rasulullah juga menegaskan bahawa akhlak mulia itu adalah tandanya keimanan kita dan cinta kita pada agama (cara hidup). Sabda baginda s.a.w. yang bermaksud: "Bermula agama itu ialah budi pekerti mulia." (Riwayat Muhammad bin Nasyur)

Pernah seorang sahabat datang memberitahu Rasulullah bahawa terdapat seorang wanita ahli ibadah, yang bersolat dan siang berpuasa sunat, tetapi mempunyai akhlak yang buruk dan suka menganggu serta menyakiti hati jiran dengan lidahnya.

Maka Nabi s.a.w. dengan tegasnya bersabda yang bermaksud: "Tidak ada kebaikan pada wanita itu dan dia termasuk ahli neraka" (Riwayat Ahmad dan Hakim)

Kalau kita rasa kita ada akhlak baik tapi tidak solat kita termasuk ahli neraka juga.


Firman Allah SubhanAllah Wa Taala:


"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." (Surah Al-Ma'un: ayat 4-5)

Lalai tidak solat dan Lalai dengan makna tidak khusyuk yakni solatnya tak membawa diriNya menjadi orang yang baik dan berakhlak mulia.

Sebab itu berkata seorang yang Alim,

"Sekiranya aku berkawan dengan orang derhaka yakni tidak solat, lebih baik bagi aku berkawan dengan seorang ahli ibadah yang berakhlak buruk"
(Al-A'lamah Al-iman Fudhail)

Kesempurnaan akhlak seseorang itu juga berkait rapat dengan kesempurnaan akalnya. Ini bermakna akal dan akhlak tidak terpisah. Itulah nilai martabat makhluk selaku manusia.

Mulia atau hinanya bangsa itu bukan terletak pada kekuatan senjata dan kekayaan harta tetapi lebih banyak terletak pada akhlak mulia.

Untuk mengembalikan kekuatan, kemuliaan dan keagungan umat Islam, tidak cukup dengan hanya membina kekuatan ekonomi, politik dan senjata tanpa akhlak mulia. Akhlak mulia ialah asas kekuatan umat Islam. Selagi umat Islam berakhlak mulia, selama itu akan disegani dan dihormati oleh semua bangsa. Kekuatan zahir hanya dijadikan sebagai kekuatan tambahan.


Rahsia Kesepuluh – Manusia mampu mengendali dan meningkatkan maqam nafsunya

Malaikat berjiwa suci, tapi tiada nafsu. Binatang pula diberi nafsu tanpa akal. Manusia pula diberikan akal dan nafsu serta perasaan. Nafsu sebenarnya dapat dipecahkan kepada beberapa jenis. Antaranya:
  1. Ammarah
  2. Lawwamah
  3. Mulhimah
  4. Mutmainnah
  5. Radhiah
  6. Mardhiah
  7. Kamilah

Nafsu sentiasa mengajak kepada kejahatan adalah nafsu ammarah. Walau bagaimanapun, Allah telah memberikan kemampuan dan kekuatan untuk manusia mengendalikan nafsu sehingga menjadi baik dan boleh didorong kepada kebaikan.

Nafsu yang terdidik menjadi baik iaitu nafsu mutmainnah. Nafsu ini adalah nafsu ahli syurga.

Nafsu ada yang baik dan ada yang jahat. Kedua-duanya wujud dalam diri manusia. Sesiapa yang dikuasai salah satu daripadanya, dia akan bersifat dengan pilihannya itu.

DAN untuk menentukan antara nafsu itu yang menjadi sifat manusia, ia bergantung sejauh mana akal manusia itu berusaha mengendalikan dan mengawal serta berusaha untuk mencapai nafsu yang baik.

Nafsu jahat boleh dikalahkan dan nafsu baik boleh ditingkatkan dengan beberapa latihan, melalui 4 cara iaitu kurangkan makan, kurangkan tidur, bercakap sekadar perlu dan sabar dengan ujian yang menimpa. 

Kenalilah diri kita semoga kita berjaya di dunia dan akhirat.

Hidupan Liar - Pokok Kambing???

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....

Apakah .... ???

Pemandangan ini hanya terdapat di Morocco. Kambing Tamri yang mendiami kawasan ini begitu tertarik dengan buah beri pada pokok Argan sehinggakan perlu memanjat pokok ini untuk memakan buahnya. Ini turut menyebabkan kambing-kambing ini menjadi mahir memanjat pokok.

Lebih pelik lagi, bahan buangannya dikatakan mempunyai intisari daripada biji buah berkenaan yang diambil oleh petani tempatan untuk dikisar bagi mendapatkan minyak yang banyak digunakan dalam masakan dan pembuatan kosmetik.






Klik pada Sumber di bawah untuk melihat lebih banyak foto.

Hiburan - Ghost Rider 2: Spirit of Vengeance

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assalamualaikum......


Johnny Blaze kembali lagi. Kini lebih bergaya dan lebih berapi!



Filem ini adalah adaptasi komik Marvel dengan tajuk yang sama.

Nicholas Cage kembali semula sebagai Johnny Blaze dalam sekuelnya Ghost Rider: Spirit of Vengeance. Kali ini, dia bersembunyi di sebuah kawasan terpencil di timur Eropah dalam usahanya untuk membuang sumpahan sebagai pemburu syaitan. Ketika masih di sana, dia direkrut oleh sebuah badan rahsia sebuah gereja untuk menjalankan misi menyelamatkan seorang budak (Fergus Riordan) daripada syaitan (Ciaran Hinds). Pada mulanya, Johnny agak keberatan untuk menggunakan kuasanya namun ia hanyalah satu-satunya cara bagi menyelamatkan budak berkenaan dan mungkin itu sahaja cara baginya untuk membuang sumpahannya. 

Johnny Blaze ditemui setahun selepas insiden yang berlaku dalam filem terdahulu. Johnny dicari kerana pengalamannya sebagai stuntman untuk menjejaki seorang wanita bernama Nadya dan anaknya Danny yang perlu dilindungi daripada Roarke, yang turut menarik perhatian Johnny untuk menemuinya atas sebab-sebab tertentu.

Berbanding filemnya yang sebelum ini, filem kali ini bertumpu kepada jiwa Johnny yang makin bercelaru selain menjelaskan lebih lanjut kisah silam yang berkait dengan Ghost Rider dan mengimbas kembali asal-usul Ghost Rider, perjanjian antara Johnny dan Mephistopheles.

Filem ini diarahkan oleh Mark Neveldine dan Brian Taylor. Lakon layarnya oleh Scott M. Gimple, Seth Hoffman dan David S. Goyer yang juga bertindak sebagai penulisnya. Steven Paul, Ashok Amritraj, Michael De Luca, Avi Arad, dan Avi Arad bertindak sebagai penerbit. Filem ini bakal ditayangkan pada bulan Februari 2012.

Sebelum itu, saksikan dahulu treler filem ini.



Filem - Red Riding Hood, The Fighter, The A-Team, Johnny English (Download!!)

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....

Oleh kerana masih banyak yang saya boleh kongsikan, jadi saya kongsikan di sini empat filem yang menarik buat anda. 


Red Riding Hood (2011) 720p BluRay - ShAaNiG - MEDIAFIRE - 656MB


Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4  |  Part 5  |  Part 6  |  Part 7


The Fighter (2010) DVDRips MKV-Hadeaz  498mb


Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4 


The A-Team (2010) 720p BRRip 700mb PRT


Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4


Johnny English (2003) 720p BRRip 500mb PRT


Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3 


Terbaaeekkk!!

Wednesday, September 28, 2011

Artikel - Kisah Dari Tanah Suci: Berkat Sayang, Muliakan Kucing

Kredit kepada: email
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....

Kisah ini saya terima menerusi email beberapa tahun lalu. Semoga kita sama-sama insaf dan memperbaiki diri.


Sempena wukuf di Arafah hari ini (18 Disember) dan Hari Raya Korban esok (di Arab Saudi), disiarkan Kisah Dari Tanah Suci ini untuk iktibar bersama. Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu. 

Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah. Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja. 

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya. Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi. Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap. Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. 


Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu. Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas. Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah. Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. 

Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan. Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar. Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah. Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni. 

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda. Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu.. Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia. Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu. Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya. 

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin.......

Pautan lain berkaitan kucing:

Wordless Wednesday - Rainbow

Credits to: Family
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum....

Filem - Shutter Island, The Green Hornet (Download!!)

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

Maaf kerana mengambil sedikit masa untuk segmen ini kembali. Bukanlah kerana halangan bulan puasa, tetapi banyak draf perlu disusun sebelum dapat disiarkan. Kali ini saya bawakan dua filem buat tontonan anda, Shutter Island menampilkan Leonardo DiCaprio sebagai watak utama manakala The Green Hornet menampilkan Seth Rogen dan Jay Chou. Filem The Green Hornet saya tampilkan dalam dua format seperti di bawah.


Shutter Island


USA Upload - Part 1  |  Part 2  |  Part 3


The Green Hornet (2011) 


HardSub English R5 LINE RMVB-KURYU

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4


DVDRip 450MB

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3


Semoga anda terhibur!

Animasi - Rio format BRRip, Rango (Download!!)

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images

Assalamualaikum.....

Buat kali pertama, saya paparkan filem animasi untuk dimuat turun. Jika sebelum ini, saya kongsikan filem untuk dimuat turun menerusi segmen Filem dan Kamen Rider. Sebelum ini saya kongsikan filem animasi Steamboy menerusi segmen filem bersama filem Space Battleship Yamato kerana ia dari satu kategori yang sama - produk dari Jepun.

Animasi Rio dihasilkan oleh produksi yang sama yang pernah menghasilkan trilogi Ice Age. Rango menggunakan khidmat suara Johnny Depp sebagai cicak chameleon koboi. Bintang filem lain yang turut menyumbangkan suara bagi animasi ini ialah Bill Nighy (Pirates of the Carribean, Harry Potter), Ray Winstone, Isla Fisher, Abigail Breslin dan Alfred Molina (Spider-Man 2, Prince of Persia). Harap anda sukakannya!


Rio (2011) BRRip 500MB


Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4  

Password: 300mbfilms.com


Rango (2011) Extended mDVD 576p [550MB]


Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3 

Semoga terhibur!!

Monday, September 26, 2011

Artikel - Ayat Pengasih Nabi Yusuf

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Quran.com


Assalamualaikum....

Bacalah surah Yusuf ayat 4 yang berbunyi:


Kemudian sambung surah Taha ayat 39


Caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk dapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

* Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini untuk tujuan yang tidak baik.


Artikel - Kekenyangan Makan Pisang :-)

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg



Assalamualaikum....



Kembunglah perut....Hahahahaha    :-D

Filem - RED, Inkheart (Download!!)

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....

Filem RED (Retired: Extremely Dangerous) adalah satu lagi adaptasi daripada komik Marvel mengisahkan empat orang pesara ejen persekutuan yang diburu angkara orang dalam organisasinya sendiri. Menampilkan Bruce Willis (Die Hard 4.0), Morgan Freeman (Batman Begins, Wanted), Helen Mirren, John Malkovich, Mary-Louise Parker, Brian Cox (Troy, Bourne Identity) dan Karl Urban dalam barisan utama pelakonnya.

Manakala Inkheart pula menampilkan Brendan Fraser sebagai watak utama. Mengisahkan apa yang ditulis dalam buku cerita (seperti Bedtime Stories) menjadi kenyataan dan muncul di dunia realiti.


Red (2010) BDRip RMVB


Mediafire - Part 1  |  Part 2 


Inkheart (2008) BRRip 600MB


Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3

Password: alllatestmoviez.blogspot

:-)

Sekadar Luahan - Gara-gara Cakap di Belakang.....

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....

Bacalah luahan si bapa yang tidak berpuas hati dengan sikap segelintir manusia yang suka bercakap di belakangnya bila ada yang tidak kena. Ishh..ishh..isshh... kesiiiaaaaaaaannnnn....

Aku paling rasa terhina kalau ada orang yang tak nak tegur salah orang depan-depan bila tahu orang tu ada buat salah, tapi main cakap belakang-belakang lepas orang tu takde! Dah la cakap kat belakang lepas orang tu takde, siap main passing pulak suruh orang lain sampaikan kat orang yang buat salah tu! Takde keje ke? Apasal la la otak kau tu kau cabut pergi bubuh kat lutut?! Kau rasa bila kau buat macam tu, kononnya kau jaga hati orang ke? Apasal la bebal sangat kau ni?! Aku rasa bila kau buat macam tu, bukan makin jaga hati orang tapi makin sakitkan hati orang lagi ada la! 


Kalau dah tahu orang tu first time hantar anak kat tempat kau, kau patutnya bagitahu dia peraturan yang perlu. Cakap la depan-depan, biar orang tu tahu apa patut kene buat bila dia hantar lagi anak dia esok-esok! Ni ker cara kau nak mengasuh budak?! Siap nak ajar orang pulak lagi??! Lagi teruk, kau siap sound orang pulak suruh jangan main cakap-cakap kat belakang kau! Apehal kau ni??! Kau buat kat orang pastu larang orang lain buat macam tu kat kau?! Kau sape pulak nak larang2?! Bebal! Tak beradab! Tak guna! Tak profesional! Bodoh betul!!

Tunggu la! Kau tengok la nanti macam mana aku tulis surat kat pihak pengurusan kau!

Kepada semua, jika ada yang perlu diperkatakan, beritahulah orang berkenaan secara berdepan. Semestinya sikap suka bercakap di belakang lebih banyak mengguris perasaan orang lain daripada membawa kebaikan. Bagi si mangsa, jika dapat tahu ada yang berkata di belakang, pastinya akan berasa marah, terhina dan kecewa seperti si bapa di atas. Fikirkan...

Kesihatan - Khasiat Za'faran

Kredit kepada: Eyna Ibrahim
Gambar ihsan: Facebook Zafaran



Assalamualaikum.....

Za’faran atau Saffron ialah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 - 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna ungu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Sebab itulah Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia.

Filamen za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga saffron. Setiap bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran atau saffron  merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo!


زعفران  - ZA’FARAN (STIGMA BUNGA)

Stigma bunga za’faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali juga sebagai “King Of Spices”. Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa za’faran sangat baik untuk kecerdasan minda.

Dalam kitab       “ طب اللأمأم علي ”, m.s. 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
من أخذ من الز عفر ان الخالص جزءا ومن السعد جزءا ويضاف اليهما عسل
يشرب منه مثقلين في كل يوم فانه يتخوف عليه من شدة الحفظ أن يكون ساحر

Maksudnya : “Sesiapa yang mengambil sebahagian za’faran tulen dan su’dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.


Khasiat Za’faran atau Saffron

Dalam kitab-kitab perubatan Islam, terlalu banyak  memperkatakan tentang khasiat za’faran begitu juga dari perubatan moden Barat. Ia kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin dan Tiamin).
Khasiat utama za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia dan menguatkan ingatan.


Di antara khasiat lain Za'faran / Saffron ialah:
(Berdasarkan kitab perubatan Islam dan Perubatan Moden....Insyaallah......)
  1. Membantu menyempurnakan proses penghadaman
  2. Menguatkan ingatan
  3. Merawat anemia
  4. Mengawal tekanan darah dan kolestrol
  5. Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  6. Melancarkan pengaliran darah
  7. Merawat penyakit saraf
  8. Mengurangkan keletihan
  9. Mengurangkan sembelit, bisa-bisa sendi
  10. Pertumbuhan akal dan fizikal bayi , kanak-kanak serta remaja
  11. Penenang diri
  12. Perangsang tenaga batin dan banyak lagi (dibuat kajian oleh saintis barat)
  13. Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa.

CARA MAKAN / MENGGUNAKANNYA....

6 stigma (filamen) za'faran untuk 500 ml air. Boleh dicampurkan dengan apa juga jenis minuman. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam). Sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan selamat diambil oleh ibu-ibu mengandung.


Untuk mendapatkan 1kg saffron kering, sebanyak 150,000 kuntum bunga saffron diperlukan. Maka tidak hairanlah tumbuhan yang digelar sebagai “Longgok Emas Gurun Pasir” ini dianggap sebagai rempah yang paling mahal di dunia.


Filamen saffron yang telah dikumpulkan.

Sumber:

Artikel - Karangan Yang Best Giler :-D

Kredit kepada: email
Gambar ihsan: email



Assalamualaikum......


Anak siapalah agaknya yang menulis karangan 'sehebat' ini?  :-D

Filem - Flypaper, Page Eight HDTVRip (Download!!)

Kredit kepada:SyokOrg
Gambar ihsan:Yahoo Images


Assalamualaikum.....

Di bawah ini saya kongsikan dengan anda dua filem terbaru untuk tahun 2011. Filem Flypaper mengisahkan seorang lelaki terperangkap di antara dua kejadian rompakan berturutan yang berlaku di sebuah bank. Filem ini dibintangi oleh Ashley Judd (Double Jeopardy, Nightwatch, Tooth Fairy) dan Patrick Dempsey (Grey's Anatomy, Enchanted, Transformers Dark of the Moon). Filem ini saya datangkan dengan tiga format.

Filem Page Eight pula mengenai Johnny Worricker yang telah lama berkhidmat di pejabat MI5. Sahabatnya mati secara tiba-tiba meninggalkan failnya menjejaskan stabiliti organisasinya. Sementara itu, peluang untuk mencari kebenaran muncul apabila kes jirannya yang juga seorang aktivis politik yang kelihatan agak tidak masuk akal. Filem ini dibintangi oleh Bill Nighy (Harry Potter, Pirates of the Carribean), Ralph Fiennes (Harry Potter), Judy Davis, Michael Gambon (Sky Captain and the World of Tomorrow, Harry Potter) dan Rachael Weisz (Constantine, The Mummy).


Flypaper (2011) PPVRip Malay Hardsub Avi,Mkv-Jie


Release Date: 26 August 2011 (Italy) | Country: Germany | USA | Language: English | Genres: Comedy | Crime | Subtitle: Malay Hardsub | 700MB Avi , 350MB Mkv | Quality: PPVRip -Jie Azz

Format .mkv

Mediafire - Part 1  |  Part 2 


Format .avi

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4 


Flypaper (2011) R5 FiLTERED 350MB 

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4  

PASSWORD : scr0ll0ck.blogspot.com

Page Eight (2011) HardSub English HDTVRip MKV-KURYU



Mediafire - Part 1  |  Part 2 


Selamat menonton :-)

Hiburan - Superman Reboot: Man of Steel

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assalamualaikum.....


Sinopsis ringkas filem Superman: Man of Steel telah dibocorkan dalam talian dan ia memberikan serba sedikit gambaran mengenai jalan cerita filem ini. 

Seorang wartawan muda bernama Clark Kent melibatkan dalam dunia kewartawanan yang menulis pelbagai bentuk berita. Di suatu masa, dia dipaksa untuk menggunakan kuasa rahsia dalam krisis di Afrika Barat, selain kembali untuk mengetahui lebih lanjut mengenai asal-usulnya.



Ini adalah serupa dengan plot buku komik Superman, hak cipta yang sebelum ini dipercayai menjadi plot bagi filem terbaru ini. Dalam komik ini, Clark Kent merupakan seorang wartawan bebas di awal dua puluhan, menulis berita di seluruh dunia. Pada satu ketika dia terpaksa menggunakan kuasanya. Ini menyebabkan dia kembali ke kediaman Kent untuk mengetahui lebih lanjut asal usulnya, warisan yang ditinggalkan dan membuat keputusan untuk menjadi Superman. 


Henry Cavill - Clark Kent/Superman

Diane Lane - Martha Kent

Kevin Costner - Jonathan Kent

Lawrence Fishburne - Perry White

Amy Adams - Lois Lane

Russell Crowe - Jor-El

Michael Shannon - General Zod


Gambar yang pertama Superman reboot akan datang telah diturunkan. "Man Of Steel" diarahkan oleh Zack Snyder, yang sebelum ini terkenal dengan 300, Watchmen dan Legend of Guardian: The Owl of Ga'Hoole. Filem terakhirnya Sucker Punch tidak digemari pengkritik. Pelakon utama dalam filem Superman yang akan datang terdiri daripada Henry Cavill (Superman), Amy Adams (Lois Lane), Russell Crowe (Jor-El), Lawrence Fishburne (Perry White), Diane Lane (Martha Kent), Kevin Costner (Jonathan Kent) dan Michael Shannon (General Zod).

Antara foto terbaru bagi filem ini:


Filem ini akan menemui anda pada Jun 2013.