MY FOLLOWERS

Wednesday, February 29, 2012

Artikel - Melepaskan BATUK Atau BATOK Di Tangga?

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum..

Satu lagi pepatah Melayu yang perlu diberi perhatian - melepaskan batuk di tangga. Ini satu lagi kesilapan dalam terjemahan dari ejaan jawi kepada rumi. Ejaan 'batuk' dan 'batok' mempunyai ejaan sama dalam tulisan jawi, jadi tidak nampak bezanya sehingga ditukar kepada rumi. Disebabkan kesalahan ini juga, ramai yang beranggapan batok itu bermaksud batuk.

Sama juga dengan  pepatah 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Lihat pautannya DI SINI.

'Batuk' adalah cough dalam Bahasa Inggeris, manakala 'batok' adalah sejenis kayu seperti gayung yang diperbuat daripada tempurung kelapa yang digunakan untuk menceduk air yang biasanya diletakkan dalam tempayan di tepi tangga sebelum menaiki rumah. Ini adalah pemandangan biasa dalam masyarakat Melayu kita kerana rumah mempunyai tangga dan perlu membasuh kaki sebelum naik atas rumah.


Kes tersalah ejaan ini juga sama seperti harapkan pagar, pagar makan padi.


Dengan ejaan yang betul melepaskan batok di tangga, barulah nampak gambaran dan maknanya juga lebih jelas - membuat kerja separuh jalan.  

Petua - Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....


Caranya, gunakan lendir pokok lidah buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda.


Selamat mencuba :-)

Wordless Wednesday - Grad

Kredit kepada: Family (Siti Hajar)
Gambar ihsan: Family (Siti Hajar)


Assalamualaikum....

Wordless Wednesday - Maths

Kredit kepada: Family
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum....

Tuesday, February 28, 2012

Artikel - Pokok Rasulullah Berteduh dan Gambaran Saiz Nabi Adam a.s.

Kredit kepada: Khairil Mazri, Denaihati
Gambar ihsan: Khairil Mazri, Denaihati


Assalamualaikum......

Jika ingin diselongkar segala macam kisah kehidupan di zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah ke zaman Rasulullah s.a.w. dari segenap sudut, pasti tidak terhitung banyaknya. Segala apa yang kita ketahui hari ini sebagaimana yang kita baca mahupun daripada daripada sumber-sumber lisan belum cukup lagi untuk membolehkan kita melihat ke dalam kehidupan mereka.

Jika ditanya bagaimana kehidupan Nabi Adam a.s. di dalam syurga sebelum turun ke dunia ini, kita mengetahuinya daripada apa yang disampaikan sahaja, kerana kita yang masih hidup tidak akan pernah merasai apatah lagi melihat bagaimana suasana di dalam syurga itu sehingga kita ke alam akhirat dan memasukinya. Namun jika ditanya pula bagaimana keadaan kehidupannya di dunia ini, mungkin kita boleh mengkajinya dan mendapatkan sumber pengetahuan daripada artifak-artifak sejarah yang ditinggalkan selain petunjuk-petunjuk yang diberikan Allah dalam al-Quran.

Daripada blog tulisan blogger Khairil Mazri menyiarkan satu foto replika baju yang dipakai oleh Nabi Adam a.s. yang dibuat oleh pihak Arab Saudi. Replika ini dibuat bagi membolehkan kita melihat gambaran lebih jelas bagaimana saiznya Nabi Adam serta umat terdahulu yang dikatakan sangat tinggi. Ini juga sebagaimana yang pernah dinyatakan dalam hadis.


KLIK SINI untuk bacaan lanjut.

Dalam blog Denaihati pula ada entri dengan foto dikirimkan dari Syam menunjukkan pokok tempat Rasulullah pernah berehat sebagaimana dinyatakan dalam sirah Nabi iaitu ketika baginda bersama rombongan niaga membawa barang dagangan ke negeri Syam.

KLIK SINI dan SINI untuk lebih lanjut.

Artikel - Rokok Buat Kaki Facebook

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Syok.Org


Assalamualaikum.....

Buat kaki-kaki Facebook yang menghisap rokok, ini ada sedikit buah tangan buat anda. Jangan marah.. Hehehehehe


Sumber

Hahahaha... berasap jer ye?? :-D

Pautan berkaitan Facebook yang terdahulu - DI SINI dan DI SINI.

Artikel - Widget Percuma Baru Untuk Promosikan Blog Anda

Kredit kepada: HH
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum....

Ini satu lagi widget baru buat semua blogger yang dicadangkan oleh blogger Hasrulhassan dalam entri diblognya DI SINI. Widget ini boleh didapati di laman web BlogUpp! dan adalah percuma serta tidak perlu membuat sebarang pendaftaran atau login. Anda hanya perlu taipkan nama blog anda di ruangan yang disediakan di laman web BlogUpp! dan tunggu sebentar bagi membolehkannya menjana kod HTML buat anda. Kemudian, lekatkan kod ini di bahagian widget HTML sidebar blog anda.



Anda boleh skrol ke bawah ruangan sidebar sebelah kanan blog ini untuk lihat hasilnya.

Selamat mencuba :-)

Sunday, February 26, 2012

Artikel - Perihal Mengorek Hidung ........ Yang Melucukan :-D

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Syok.org


Assalamualaikum.....

Tiada siapa pun mengetahui siapakah manusia pertama mengorek hidung bagi tujuan keselesaan. Sama seperti penemuan api, perbuatan mengorek hidung berlaku sebelum rekod sejarah ditulis. Bagaimanapun, kita mempunyai beberapa bukti menarik tentang mengorek hidung yang telah tersebar sejak 10 000 tahun sebelum masihi. Kedengarannya melucukan, tetapi itulah hakikatnya ....



Rekod bertulis pertama tentang mengorek hidung telah ditemui oleh Wilbur Leakey pada penghujung tahun 70-an ketika beliau bekerja di Mesir. Terdapat sejumlah besar skrol papirus yang dipulihara digunakan sebagai catatan harian firaun budak yang terkenal, Tutankhamun, menyatakan tentang bayaran 3 kepala lembu selain makanan dan pakaian diberikan kepada pengorek hidung peribadi raja muda itu. Siapa berminat dengan bayaran tersebut, bolehlah memohon kerja itu... Selain itu, beberapa skrol papirus bertarikh beberapa dekad selepas kematian Tut jelas menunjukkan kepentingan kerja-kerja mengorek hidung golongan bangsawan di Mesir Purba... hahahaha :-D

Terdapat beberapa manuskrip berasal dari India purba di mana sebilangan kecil para pengkaji beranggapan, ia mungkin sebahagian dari 33 bahagian kitab India Veda yang hilang. Di dalam manuskrip berkenaan, mengorek hidung dipercayai amalan untuk mendapatkan deria bau yang tajam.

Beberapa ribu tahun kemudian, amalan mengorek hidung dianggap menjijikkan. Pada 350 SM, Aristotle menulis mencela perbuatan tersebut, manakala Archimedes yang hidup seabad kemudian menyatakan, "Jari saya tidak akan digunakan untuk kepentingan pengorek hidung kerana mereka bukan golongan yang disenangi"

Maharaja Constantine mengisytiharkan pada 299 Masihi, SESIAPA yang ditangkap dengan sebatang jarinya di dalam hidung melebihi satu ruas akan ditangkap dan dihukum! 

Raja John England (King John of England) cukup terkenal dengan kegemarannya mengorek hidung. Malah tahi hidungnya dikatakan telah dibuang merata-rata tempat. Bagaimanapun, perbuatannya itu mendapat bantahan di Rom.
 
  
Heil Hitler! 

Pada penghujung 1942, propaganda Amerika yang anti-Hitler mengisytiharkan orang Jerman sebagai "rapers of women, eaters of children, defilers of the dead, and pickers of their noses''.

Hahahahahahahahaha .... !!!!!

Sumber asal: Buku Aneh,Ganjil dan Luar Biasa terbitan Sutek Corp dan dipetik dari Syok.org.

Sekadar Luahan - Iklan Dah Basi !!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: -


Assalamualaikum...

Kecewa sungguh dengan yang menghantarnya .... Diterima menerusi email berkaitan Jawatan Kosong Kerajaan.


Kenapalah internet masih hantar iklan macam ni time2 ni?? Kenapa la hari ni baru sampai sedangkan iklan ni dah basi... Memang la orang tengah carik keje, tapi kot ye pun hantar la yang masih baru... Frust tau tak? Dah la lebih umur, tak kene pulak dgn kelulusan! CGPA pun bawah sikit jer... bagi la peluang! Penat dah mohon sana sini tapi takde satu pun yang sangkut lg stakat ni... Apasal la yg hantar iklan ni bodoh sgt??

Pun begitu, masih ada lagi...

Saturday, February 25, 2012

Hiburan - Siri Terminator: The Sarah Connor Chronicles

Kredit kepada: Wikipedia
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....


Terminator: The Sarah Connor Chronicles (juga disingkatkan Terminator: TSCC atau TSCC) ialah sebuah siri tv sains fiksyen ciptaan Josh Friedman dan disiarkan di saluran Fox. Siri ini dihasilkan oleh 20th Century Fox Television, Warner Bros. Television dan C2 Pictures (C2 Pictures kemudiannya digantikan oleh The Halcyon Company pada musim kedua siri ini). Siri ini adalah spin-off kepada filemnya. Berkisar mengenai kehidupan Sarah dan John Connor, selepas peristiwa dalam Terminator 2: Judgment Day.

Di Malaysia, siri ini bersiaran di 8TV selama dua musim sahaja. Disebabkan sambutan peminatnya, presiden Fox, Kevin Reilly mengumumkan bahawa pihaknya tidak akan memperbaharui siri ini ke musim ketiga. Permulaan siri ini menerima empat daripada lima bintang daripada USA Today dan menyifatkan siri ini sebagai menghiburkan. Pada Mei 2009, siri ini memenangi undian E!Online iaitu "Save One Show" dan mendapat liputan yang positif daripada Wired dan CNN. Sebagai usaha untuk memastikan siri ini terus diputarkan, para peminatnya telah mencipta laman komuniti sokongan di Facebook dan MySpace selain memuatnaik video di Youtube.

Siri ini adalah edaran Sarah Connor Pictures, Bartleby Company, C2 Pictures, The Halcyon Company, Warner Bros. Television dan 20th Century Fox Television.


Plot

Pada akhir Terminator 2: Judgment Day, Sarah Connor, anaknya bersama 800 Series Terminator berjaya memusnahkan T-1000, termasuk lengan dan cip komputer daripada Terminator dalam filem yang pertama. T-800 daripada filem kedua di atas permintaannya sendiri turut dimusnahkan bagi menghapuskan segala teknologi masa depan yang mungkin boleh digunakan bagi mencipta Skynet. Dalam Terminator 3: Rise of the Machines, didedahkan bahawa Sarah mati akibat kanser dan Judgment Day ditangguhkan. Pada permulaan siri ini, T-888 dengan nama Cromartie dihantar semula ke masa Terminator 2: Judgment Day untuk membunuh John. Cameron, sebuah Terminator yang dihantar oleh John dari tahun 2027 untuk melindungi dirinya ke 2007 ketika Sarah dijangka mati. Dengan kematian akibat kanser yang menghantuinya, kini mereka menjadi pelarian dan berdepan dengan realiti kemungkinan banyak lagi musuh dari masa depan akan memburu mereka.

Episod awal mengambil tempat pada tahun 1999 dengan memperkenalkan watak Sarah, anaknya John, dan Cameron, sebuah Terminator perempuan yang diprogram semula bagi melindungi John. Mereka dikejar oleh dua pihak iaitu Terminator, Cromartie, yang dihantar dari masa depan bagi membunuh John serta diburu ejen khas FBI James Ellison,yang percaya bahawa Sarah adalah penjenayah yang tidak siuman. Bagi mengelakkan diri daripada pihak yang sentiasa memburunya, Sarah memutuskan hubungannya dengan seorang paramedik, Charley Dixon. Pada awal siri, Sarah, John, dan Cameron pergi sebentar ke tahun 2007. Ketika itu, Cromartie mengalami kerosakan teruk dalam cubaannya membunuh mereka sebelum itu tetapi kini dalam proses membaiki semula endoskeleton dan tisu buatannya sebelum meneruskan usahanya memburu John pada 2007.

Oleh kerana John mulai bosan dengan pelariannya, Sarah mengambil keputusan secara offensif bagi melawan Skynet. Dunnia pada 2007 yang kompleks menunjukkan Skynet telah pun menghantar Terminator tambahan ke masa kini sebagai usaha untuk terus menyokong kewujudannya. Kumpulan penentang juga telah menghantar askar-askarnya untuk mengganggu usaha Skynet. Sewaktu bertemu dengan komputer catur intuitif yang digelar The Turk yang dipercayai pelopor Skynet, mereka membentuk pakatan dengan Derek Reese, seorang askar penentang dan bapa saudara John. Perkembangan ceritanya menyaksikan mereka bertiga berdepan realiti bahawa mereka akan menemui lebih ramai musuh ketika di masa kini atau dari masa depan, dalam usaha membentuk masa depan kehidupannya sendiri.

Antara pelakon yang terlibat ialah Lena Headey, Thomas Dekker (Heroes, A Nightmare on Elm Street), Summer Glau (Firefly, Serenity, Angel, The Unit, The 4400), Brian Austin Green, Garret Dillahunt, Shirley Manson, Leven Rambin dan Richard T. Jones.

Siri ini turut memenangi anugerah Saturn bagi Pelakon Pembantu Terbaik siri TV, 2007 (Summer Glau) dan dicalonkan bagi beberapa anugerah lain, antaranya:

Saturn Award: Best Actress on Television, 2007 (Lena Headey)
Saturn Award: Best Network Television Series, 2007
Teen Choice Awards: Choice TV Actress: Action Adventure, 2008 (Summer Glau)
Teen Choice Awards: Choice TV Breakout Show, 2008
Teen Choice Awards: Choice TV Breakout Star Female, 2008 (Summer Glau)
Teen Choice Awards: Choice TV Breakout Star Male, 2008 (Thomas Dekker)

Sumber

Filem - Immortals Bluray, Blade II Bluray (Download!!)

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum...... 

Sebagai koleksi dan tontonan buat anda. Layan jer laaa!!!


Immortals (2011) 720p PROPER BR

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4
 
Password: scr0ll0ck.blogspot.com


Immortals (2011) 280MB HardSub English BRRip RMVB-KURYU
Mediafire - Part 1  |  Part 2  

 

Blade II (2002) BRRip 500MB

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4

Password: 300mbfilms.com

Enjoy :-)

Animasi - Batman Beyond: Return of the Joker (Download!!)

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum......

Animasi ini juga dikenali sebagai Batman of the Future: Return of the Joker. Mengambil tempat di masa depan. Ketika ini, Bruce Wayne sudah meningkat tua dan tidak lagi bertindak sebagai Batman, tetapi tugas berkenaan kini diambil alih oleh perintisnya, Terry McGinnis. 

Mengisahkan bagaimana Joker muncul kembali setelah mati 40 tahun yang lalu dan mencuri sebuah peralatan komunikasi. Setelah kejadian rompakan di Wayne Enterprise, Joker melepaskan diri. Terry pula segera menghantar teman wanitanya ke hospital selepas diserang di kelab malam sebelum bergegas pulang ke kediaman Wayne bagi menyelamatkan Bruce yang hampir mati akibat racun Joker. Dia turut dibantu Barbara Gordon. 

Terry kemudian mendesak bagi mengetahui apa yang berlaku kepada Joker. Barbara memberitahu selepas Dick Grayson berpindah dan menggunakan identiti Nightwing, Joker telah menculik dan menyeksa Tim Drake (Robin baru) sehingga menjadi hampir gila. Segala rahsia Bruce dan Batman bocor dan Joker berjaya menewaskan Batman.  Lagi sinopsis, KLIK SINI.

Masih menggunakan khidmat suara Kevin Conroy dan Mark Hamill masing-masing sebagai Bruce Wayne/Batman dan The Joker, selain Melissa Joan Hart, Michael Rosenbaum, Rachael Leigh Cook dan ramai lagi.


Batman Beyond: Return of the Joker

Mediafire - Part 1  |  Part 2

Hahahahahahahaha.......

Friday, February 24, 2012

Artikel - Tazkirah Hari Jumaat .....

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum.....


Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.”  - Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)."  - Hadis riwayat Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah

Renung-renungkan...

Petua - Memerahkan Bibir Yang Hitam

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....


Caranya ialah ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah, kemudian sapu pada bibir pada waktu malam.

Promosi - Pertandingan Mencipta Logo dan Jersi T-Team

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum....

Kepada yang berbakat mencipta logo dan corak pakaian serta sesiapa sahaja yang berminat, di sini ada satu peluang untuk anda mencabar diri sendiri dan melihat sejauh mana yang anda mampu lakukan. Hadiah dalam bentuk wang tunai yang lumayan menanti anda!



Semoga berjaya!

Thursday, February 23, 2012

Sekadar Luahan - Tekanan Yang Terbuku di Hati, Terima Kasih Datang Singgah :-)

Kredit kepada: HH, Mak Dara, Bloggers
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum......

Kebelakangan ini saya sangat jarang blogwalking ke mana-mana blog kerana kesibukan menghantar permohonan kerja, projek yang baru bermula serta latihan sebelum ujian kenaikan karate-do yang bakal diadakan bulan depan. Masih banyak juga draf entri yang belum disiapkan dan dengan jumlah pengikut yang kini melepasi angka 500, agak sukar untuk saya melakukan blogwalking.

Tidak tahu bagaimana harus diluahkan kecuali mengharapkan supaya anda faham-faham sendiri. Semuanya sudah bercampur-campur dan dalam minda ini, segalanya agak tidak menentu.


Kesakitan buku lali akibat kecederaan sewaktu latihan intensif pagi tadi menghadkan sedikit pergerakan. Mungkin saya tidak akan ke mana-mana dalam sehari dua ini. Ah, tekanan lagi! Inilah antara yang buatkan saya tidak dapat tidur lena dan termimpi-mimpi baru-baru ini.... mahu lulus ujian, dalam masa yang sama didorong pihak atasan untuk menjadi jurulatih di kelas. Percubaan kali pertama mengendalikan kelas baru-baru ini buatkan saya 'blank' seketika. Tidak tahu dari mana perlu mulakannya. Rasanya saya perlukan lebih masa untuk betul-betul bersedia melakukannya .... atau mungkin saya perlukan sesuatu sebagai kick-start...

Entahlah, saya pun tak tahu... saya lakukannya kerana minat. Jika tidak, masakan saya boleh berada bersama persatuan ini selama 18 tahun? Namun begitu, saya terfikir kadangkala manusia takut pada sesuatu yang tidak munasabah.. Apa sebenarnya yang ditakuti? Mungkin itu sekadar ketakutan yang tercetus dalam minda? Kita rasa kewujudannya dalam minda, tetapi tidak dapat menyentuhnya. Jadi, ia sebenarnya boleh dibuang. 

Adakah keadaan saya sebenarnya begitu?? Jika dilihat dari sudut realiti, tiada apa pun yang perlu ditakuti. Jika tidak, kenapa orang lain boleh melakukannya?

Runsing dan kadangkala apa yang berlaku sejak akhir tahun lalu buatkan saya agak bingung. Masakan tidak, banyak permohonan kerja yang dihantar tidak mendapat jawapan yang dinantikan. Semua senyap begitu sahaja tanpa sebarang jawapan. Yang membalas, mengatakan permohonan tidak berjaya. Mungkin dalam 10-20 syarikat, hanya 1 sahaja yang membalas sebegini. Boleh kira dengan jari :-(

Sibuk!

Terus terang, saya sekarang sudah 3 bulan tidak bekerja. Lagi menekankan, bila memikirkan anak pertama yang semakin membesar dan yang kedua bakal lahir sebelum Aidilfitri tahun ini. Dalam mencari kerja, bukannya tiada yang menolong. Ramai yang sudi, dengan macam-macam cara dan ramai 'kabel besar' dicari. Sehinggakan kepada anak jutawan pun dicari untuk membantu saya dalam perihal mendapatkan pekerjaan tetap. Susah sebenarnya mahu mengharap dengan kerjaya jurulatih ini kerana bidang pekerjaan tetap di luar sana lebih terjamin, terutama dari segi kewangan. Sedikit sebanyak terkesan juga di hati dan terharu memikirkan masih ramai yang ikhlas membantu. Namun segalanya terpulang kepada Allah s.w.t. untuk tentukan di mana dan bila rezeki itu akan sampai di tangan kita. Lambat atau cepat itu ada hikmahnya.

Yang penting, buat masa ini, usahakan dahulu apa-apa yang patut. Sebagaimana generasi muda kini, antara cita-cita saya ialah mahu mendapat kerja tetap dan stabil!

Tidak tahu ke mana lagi untuk minta tolong berkenaan hal kerja ini, saya terfikir - ada tak sesiapa di kalangan blogger boleh bantu? Apa kata HH? Apa kata Mak Dara?


Penulis mengambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada semua yang datang singgah dan mengikuti blog yang tidak seberapa ini, terutamanya yang datang dari entri di blog Hasrulhassan dan penulisnya sendiri. Terasa dihargai dan lega sedikit daripada tekanan nie...

Artikel - Bukti Kelebihan Undang-undang Allah

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB



Assalamualaikum.....

Hanya undang-undang Allah sahaja mampu melakukannya. Baca dan renungkanlah...


Sumber

Tuesday, February 21, 2012

Artikel - Harapkan PAGAR atau Harapkan PEGAR??

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....

Tahukah anda mengenai satu pepatah Melayu - harapkan pagar, pagar makan padi? Tidakkah anda terfikir betapa peliknya kerana pagar boleh makan padi? Sebenarnya pepatah ini tidak tepat. Yang sebetulnya ialah HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI. Ini kerana pagar bukanlah makhluk hidup tetapi pegar, iaitu sejenis burung yang digunakan untuk menghalau haiwan perosak tanaman padi. 

Yang menjadikan kita membaca pepatah ini sebagai harapkan pagar, pagar makan padi kerana berlakunya kesilapan ketika menterjemah ejaan jawi kepada rumi. Ini sebagaimana dinyatakan oleh Rashid Rahman Hassan atau namanya Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit dalam laman Facebook miliknya. Sekadar untuk pengetahuan, beliau ialah pemenang tempat kedua Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011 yang diadakan di Putrajaya International Convention Center (PICC) awal tahun ini. 

Ini screenshot mengenai pernyataan ini dari Facebook yang dikongsikan daripada sumbernya:



Ini pula rupa burung pegar yang dimaksudkan. Anda juga boleh cari di enjin carian.


Pegar atau dalam Bahasa Inggeris disebut pheasant. Di Malaysia dipanggil ayam pegar manakala di Indonesia pula dipanggil burung pegar. Pada masa dahulu, burung pegar digunakan bagi menjaga kawasan tanaman padi kerana tiada orang yang memagar kawasan tersebut. Kiranya kawalan secara biologi digunakan bagi memastikan tiada serangga atau tikus merosakkan tanaman tuan empunya padi. Namun, ketika mengharapkan supaya ia menjaga tanaman padi, ia sebaliknya memakan padi tersebut. Maka dengan itu keluarlah pepatah harapkan pegar, pegar makan padi yang juga bermaksud orang yang mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh tuannya.


Petua - Menghilangkan Tahi Lalat

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....


Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan pada tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukannya 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri.

Artikel - Siapa Nie??

Kredit kepada: HH
Gambar ihsan: Beautifulnara, HH



Assalamualaikum......

Sebelum ini penulis menyiarkan entri mengenai si manis Bank Negara yang menjadi model duit baru. Kali ini giliran si cantik pemilik butik ini pula. Kontroversi berikutan putus tunang dan tuduhan sebagai orang ketiga yang dikaitkan dengannya baru-baru ini membuatkannya dikenali.


Ingin mengenalinya?

KLIK SINI dan KLIK SINI untuk tahu lebih lanjut mengenainya.

Filem - Stardust, Rio BluRay (Download!!)

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum..


Stardust (2007) 720p 900MB

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4  |  Part 5  |  Part 6 

Password: scr0ll0ck.blogspot.com



Rio 3D (2011) BluRay 1080p Half SBS

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4 (subtitle) 


Enjoyyy...

Sunday, February 19, 2012

Artikel - Pernahkah Anda Lihat Duit Syiling Lama Ini?

Kredit kepada: Zulkbo
Gambar ihsan: Zulkbo



Assalamualaikum.....

Generasi baru mungkin tidak berpeluang untuk melihat apatah lagi memegang duit syiling yang pernah digunakan oleh abang-abang dan kakak-kakak sebelumnya. Sebagaimana dinyatakan daripada sumber, duit lama ini yang tidak digunakan lagi kini bakal dilelong. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadikannya koleksi, inilah peluang anda menambah satu lagi barangan dalam simpanan anda :-)




KLIK SINI untuk lebih lanjut.

Filem - Bridesmaids BRRip, Bounty Hunter DVDRip, What's Your Number (Download!!)

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum......
 
Mari bergelak ketawa kali ini dengan filem-filem komedi pula... :-)
 


Bridesmaids (2011) UNRATED 720p BRRip x264

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4  |  Part 5  |  Part 6  |  Part 7



Bounty Hunter (2010) DvDrip

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4



What's Your Number (2011) UNRATED DVDRip 450MB

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  


Enjoy :-)

Filem - Fright Night BluRay, Paranormal Activity 2 (Download!!)

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum...

Untuk kali ini saya kongsikan kepada anda filem berunsurkan seram.



Fright Night 2011 BRRip

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4



Paranormal Activity 2 UNRATED (2010) 720p 625MB

Mediafire - Part 1  |  Part 2  |  Part 3  |  Part 4  |  Part 5

Password: scr0ll0ck.blogspot.com


Hehehehehe ......

Saturday, February 18, 2012

Hidupan Liar - Tahukah Anda Mengenai Belalang Rusa?

Kredit kepada: Ramken (Syok.org), mStar Online, Kosmo Online
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum.....

Penulis menemui serangga ini petang tadi apabila ia hinggap di pintu gelangsar. Pada awalnya tidak tahu dari mana datangnya kerana sebelum ini ia tidak pernah kelihatan di kawasan sekitar rumah, tetapi serangga ini kelihatan seperti salah satu spesis belalang. Berukuran sekitar 3 ke 4 inci panjang (sekitar sejengkal) dan berwarna coklat. Maaf jika paparan kurang memuaskan .... :-(





Pun begitu, sebagaimana dinyatakan oleh seorang ahli forum Syok.org, inilah serangga dinamakan belalang rusa atau nama saintifiknya Orthoptera tettigoniidae. Ia didapati di sekitar kawasan belukar dan berupaya mengeluarkan bunyi yang unik ketika dalam gelap. Antara makanan serangga ini ialah pucuk nenas dan timun.

Di beberapa kawasan kampung di negara kita, kegiatan menangkap serangga ini dijadikan hobi masa lapang dan dikumpulkan bagi menyertai pertandingan suara belalang. 

Pautan berita berkaitan:

Sekiranya sesiapa ada pengalaman berkaitan serangga ini, sila kongsikan untuk manfaat bersama  :-)

Artikel - Makna Huruf 'i' Pada Produk Apple

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum....


Apple menciptakan tanda produk ‘i’ yang boleh dikatakan tidak berhubungan dengan fungsi dan rekaan. Terfikirkah anda apa yang dimaksudkan dengan huruf tersebut?

Ketika Apple mengeluarkan produk ‘i’ pertamanya, iMac, pengasas dan CEO Apple Steve Jobs mengatakan, “Itu merupakan perkahwinan antara kesenangan internet dan kesederhanaan Macintosh”.

Jadi, ‘i’ mewakili internet dan ‘Mac’ mewakili Macintosh. Internet merupakan kata yang paling sering dikira diwakili ‘i’. Namun, internet bukanlah satu-satunya erti ‘i’ yang dimaksud Jobs.

Selain internet, ‘i’ juga berarti individual, merujuk pada sifat alami personal komputer. Arahan, komputer juga dimaksudkan untuk tujuan pendidikan serta informasi dan inspirasi.

Sejak pengeluaran iMac pada 1998, Apple mula merancang beberapa rancangan serupa produk pengguna lainnya menggunakan ‘i,’ termasuk iPod, iPhone dan kini iPad.


Friday, February 17, 2012

Artikel - Al-Quran Lama Yang Tidak Dimakan Anai-anai

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum....



Subhanallah, anai-anai sekecil ini pun tahu mengenai kesucian al-Quran!
 
Kejadian ini berlaku di dalam rumah seorang muslimyang tinggal di Tappachabutra, Hyderabad. Al-Quran beserta terjemahannya dalam bahasa Urdu yang telah berusia 100 tahun ini telah dimakan oleh anai-anai.

Apa yang ajaibnya anai-anai ini memakan semua bahagian termasuk terjemahannya tetapi tiada satu pun ayat al-Quran dalam bahasa Arab yang dimakan oleh anai-anai tersebut. Ini menunjukkan serangga lebih mengerti akan kesucian ayat suci al-Quran daripada manusia yang membuang ayat al-Quran di dalam stor tanpa faedah.

Renung-renungkan ......

Petua - Bibir Merah Semulajadi

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....



Sapukan sedikit mentega atau marjerin pada bibir sebelum tidur. Amalkannya setiap hari.

Petua - Melebatkan Bulu Kening

Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....


Setiap wanita inginkan bulu kening yang cantik dan tersusun rapi tanpa dicukur. Caranya mudah sahaja!

Ambil daun lidah buaya, ramaskannya sehingga melekit dan sapukannya pada setiap malam.

Wednesday, February 15, 2012

Artikel - Apa Itu Inflasi?

Kredit kepada: Quran.com, Syok.org
Gambar ihsan: Quran.com, Syok.org


Assalamualaikum....

Terlebih dahulu, dimulakan dengan firman Allah:


Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. - Surah al-Baqarah: ayat 276

 

Bila manusia mula mengamalkan mengambil riba / interest, maka Allah akan menarik semula berkat daripada harta kita. Kesannya, terjadilah inflasi dalam sesebuah negara. 

Apa itu inflasi?

Secara umumnya, inflasi bermaksud kenaikan tingkat harga barangan dan perkhidmatan secara umum dan terus menerus selama waktu tertentu.


Komponen Inflasi
 
Ada tiga komponen yang menunjukan terjadinya inflasi
 
1. Kenaikan harga
Harga suatu barang komoditi dikatakan naik jika menjadi lebih tinggi daripada harga bagi jangka masa sebelumnya.

 
2. Bersifat umum
Kenaikan harga suatu komoditi belum dapat dikatakan mengalami inflasi jika kenaikan tersebut tidak menyebabkan harga naik secara umum.

 
3. Berlaku secara berterusan
Kenaikan harga yang bersifat umum tidak akan menyebabkan inflasi, jika terjadi dalam jangka waktu yang sekejap. Disebabkan hal ini, pengiraanya bersifat bulanan atau tahunan.

 
Hal inilah yang dinyatakan Allah di dalam al-Quran di dalam ayat di atas, riba itu kesan akhirnya adalah kekurangan. Selagi mana kita berada di dalam sistem yang mengamalkan riba, masyarakat akan terus tertekan dengan keupayaan membeli yang sentiasa berkurangan.


Berdasarkan carta DI SINI apa yang dapat anda rumuskan? Kenapa kadar inflasi sesebuah negara itu begitu tinggi?

Ini halnya di dunia, hanya sekadar harga barangan yang terus meningkat. Walaubagaimanapun, Allah telah memberi amaran kepada kita tentang balasan yang lebih perit di akhirat seperti mana firmanNya:


Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. - Surah al-Baqarah: ayat 281

Maka marilah kita sama-sama berusaha untuk kembali kepada sistem yang tiada riba. Antara langkah yang perlu diambil adalah kembali kepada penggunaan matawang dinar dan dirham. Matawang yang disebut Allah di dalam al-Quran.


Keadaan ekonomi di Zimbabwe


Sekeping matawang USD100 dibandingkan dengan selonggok wang kertas Zimbabwe. Apa sebenarnya telah berlaku? 



100 billion dollar Zimbabwe hanya mampu untuk membeli tiga biji telur! (Lebih kurang RM1 atau RM1.30 duit Malaysia untuk tiga biji telur)



Wordless Wednesday - Down

Kredit kepada: Family
Gambar ihsan: Family



Assalamualaikum....